Tuesday, May 27, 2008

Di Hadapan 'Pulau'

Salam,

Keputusan ICJ menyaksikan rakyat Malaysia telah kehilangan satu lagi khazanah negara ,
Pulau Batu Putih. Dalam erti kata lain juga, keputusan itu menunjukkan kita telah hilang satu lagi kedaulatan negara. Sungguh menyedihkan dan lagi membimbangkan apabila keputusan itu merupakan satu keputusan muktamad dan tidak boleh dicabar lagi peringkat pengadilan antarabangsa.

Kesan yang pasti ditakuti oleh Tanah Melayu ini adalah kehilangan kedaulatan serta persempadanan semula perairan negara. Apabila ini berlaku,maka negara akan mengalami kerugian dari segi ekonomi terutama kepada pelabuhan Pasir Gudang di Johor sekiranya Singapura bertindak menutup laluan. Apa pentingnya pulau tersebut?

Pertama, ia adalah satu lokasi strategik bagi negara yang memilikinya kerana di situ 'angle of view' adalah lebih luas dan amat penting untuk keselamatan negara dari segi pertahanan.Yang kedua, pentingnya pulau berbatu tersebut adalah demi memastikan kedaulatan negara kita tidak terus dicabuli oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Apa yang ditakutkan sekiranya Singapura membenarkan pulau tersebut dibangunkan oleh sekutu rapat mereka terutama, AMERIKA SYARIKAT, untuk membina pengkalan tentera di kepulauan tersebut. Mungkin bagi sesetengah orang perkara ini adalah tidak masuk akal memandangkan itu hanya sebuah pulau kecil yang dipenuhi batu2 sahaja,tetapi sebenarnya perkara ini tidak mustahil bagi AS.

'AS' negara yang polis dunia, mempunyai kuasa autoriti dalam pertubuhan dunia dan juga memiliki kemajuan teknologi yang amat terkehadapan,'sumber' kewangan yang ber'trillion2', maka tidak mustahil bagi mereka untuk membina sebuah pengkalan tentera yang serba canggih di sebuah pulau berbatu tersebut,apatah lagi kemungkinannya adalah tinggi apabila mengambil kira faktor Singapura sebagai 'adik' ke-2 AS selepas Israel. Amat2 tidak mustahil untuk membenarkan perkara tersebut daripada berlaku.

Singapura juga mungkin boleh meluaskan negara mereka dengan menimbun pasir sehingga ke pulau tersebut.Maka semakin berkuasalah mereka.Jika ini yang berlaku, maka berjaga-jagalah setiap daripada kita untuk mengalami satu lagi bentuk penjajahan baru yang dicipta oleh AS.Maka bersedialah kita untuk sebarang kemungkinan.Benar seperti tulisan IBNU KHALDUN, sebuah negara hanya mampu memiliki kemerdekaan yang sebenar hanya dalam tempoh 50-100 tahun pertama,selepas daripada generasi 50 tahun pertama,ia mula menunjukkan kejatuhan.Dengan keputusan ini, maka AS semakin mudah merencana agenda mereka untuk memonopoli dunia.

Usah dikesali lagi keputusan serta kesilapan lalu yang menyebabkan kita terlepas pulau tersebut, sebaliknya terus berusaha memastikan kedaulatan kita tidak sesekali akan tergadai lagi selepas ini,kerana tugas kita semakin BERAT! Semoga kita terus dapat mengekalkan kedaulatan negara kita di masa hadapan walau apa yang terjadi demi menegakkan kalimah syahadah di muka bumi. Demi menjamin perkembangan dakwah Islam, sama2lah kita bersatu. Janganlah berpecah lagi. Jangan sudah terhantuk baru tergadah.
Sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tidak berguna.
Untuk generasi muda dan juga para PEMIMPIN, fikirkanlah....

Semoga kisah ini tidak akan berulang lagi.........

............................"Di Hadapan Pulau"......................

No comments: