Salam,
Sempena sambutan hari guru tanggal 16 Mei baru2 ini,aku teringat kembali kepada kngan di zaman persekolahan yang banyak mengajar aku erti hidup.Ada yang benar,ada yang kabur dan ada yang tersimpang.Namun semuanya pelajaran2 yang mematangkan diri kita untuk melangkah ke alam dewasa.
Perbezaan antara alam dewasa dan alam remaja serta kanak2 amatlah berbeza.Alam dewasa yang kita pernah lihat pada satu ketika dahulu daripada kaca mata kita sendiri rupa2nye bukanlah semudah yang disangka dan tidaklah sejujur mane pun.Ibarat kita melihat dari dalam air ke arah medium udara yg mempunyai perbezaan 'index of refraction' yang begitu besar.sehinggakan medium dewasa ini seolah2 terlalu besar nilai sudutnya menjauhi dari garis normal.So?
Untuk mereka yang memahami dan mengetahui tentang hakikat ini,pasti mereka mengetahui,bahwa setiap perkara dalam hidup kepentingannya adalah ilmu.Ilmu sbgai persiapan di hari muka.Ilmu untuk meghadapi nilai pembiasan yang terlalu tinggi daripada tanggapan awal kita sewaktu berada dalam medium remaja.Semakin kita membesar,semakin bnyak tersingkap segala 'the truth of fairytale' bak kata orang putih.Semua ini memerlukan kepada akal serta pemikiran yang matang untuk menilai segala perkara yang berlaku dalam kehidupan seharian kita.
Terima kasih kepada cikgu2 yang telah bnyk memberikan kami tentang ilmu untuk menjadi dewasa.terima kasih kepada ibu bapa kita kerana telah mndidik kita untuk mngenal tentang dunia ini.terima kasih kepada Nabi Muhammad s.a.w yang telah menyebarkan risalah agung di atas muka bumi ini sehingga kita mndapat bnyk nikmat drpdnya dan yang paling penting,syukur kepada Allah s.w.t kerana telah mengutuskan Rasul2 dan nabi2 serta menganugerahkan mukjizat teragung AL-Quran untuk kita jadikan sebagai pedoman dan panduan dalam menghadapi kehidupan kita.Syukur kerana kita diberi nikmat kurnia yang terbesar iaitu ISlam.Alhamdulillah,selawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.
Justeru itu kwn2 semua,semasa kita di alam pengajian ini,yang penting adalah ilmu kehidupan itu yang paling utama.Terbuktinya kemampuan kita untuk menyerap ilmu2 itu melalui keupayaan kita mempelajari ilmu sepanjang pengajian kita yang berkisar tentang kehidupan seharian kita,bukannye markah.andai kate anda mendapat 49% , hanya 1% sahaja lagi untuk lulus,maka janganlah cepat tidak berpuas hati,menggelabah,bimbang atau kecewa.Walaupun ia tentang soal LULUS dan GAGAL,HIDUP atau MATI.Fikirkan dulu,itulah pelajaran paling mahal dalam hidup kita .Kerana apa?
Sebabnya adalah 1% itu mengajar kamu tentang erti bersyukur,keduanya ia mengajar kita tentang erti kesungguhan,ketiga erti kesabaran,keempat tentang erti keberanian dan ketabahan,kelima tentang erti redha,keenam tentang erti berjaya,ketujuh tentang erti gagal,kelapan tentang erti kebangkitan,kesembilan tentang erti kematangan dan yang terakhir adalah tentang semua erti nilai2 yang kita perlu dalam kehidupan dan semua nilai2 yang kita perlu kikis dalam kehidupan sepanjang kita masih bernafas di atas muka bumi ini.Bukankah terlalu banyak pelajaran2 ini hanya kerana 1%?Kerana apa semua ini? Kerana inilah nilai sebuah pelajaran.PELAJARAN KEHIDUPAN.Inilah ilmu yang paling berharga sekali yang pernah guru saya berikan kepada saya,TERIMA KASIH CIKGU!!SELAMAT HARI GURU...
No comments:
Post a Comment