Wednesday, May 21, 2008

Pensyarah, Sistem dan Masyarakat

Salam,

Baru2 ini telah keluar satu berita yang mendedahkan tentang nasib para pensyarah di universiti tempatan.Memetik kepada laporan berita tersebut, mereka membincangkan tentang gaji para pensyarah di negara ini masih kurang terbela kerana gaji mereka tidak dirujuk sebegitu lama berbanding dengan gaji para guru.

Antara isu2 yang mereka kemukakan adalah gaji bagi pensyarah terutama di bidang kejuruteraan dan perubatan adalah tidak setimpal dengan tugas yang mereka pikul kerana mereka dibebani dengan terlalu banyak beban tambahan.

Kesan daripada perkara ini, para pensyarah terutama di kedua2 bidang ini tidak mampu untuk memberikan komitmen yang tinggi terhadap pelajar2 mereka.Akibatnya,para graduan daripada kedua2 bidang ini yang dihasilkan oleh universiti tempatan adalah tidak bermutu.Senario graduan daripada kedua2 bidang ini yang dikatakan tidak bermutu diutarakan oleh media sebagai satu keputusan tinjauan serta kaji selidik.

Mungkin ada benar atau tidak, tetapi untuk membicarakan perkara ini dengan lebih matang, maka saya lebih sukacita untuk menggunakan tanggapan bahawa senario yang berlaku adalah tidak bermutu.Hal ini supaya kita dapat mengenal pasti segala kelemahan kita seterusnya berusaha untuk meperbaiki sistem pendidikan di negara kita secara bersama.

Pertamanya, isu pendidikan bagi kedua2 cabang ilmu ini perlulah diberi perhatian yang serius kerana kedua2nya adalah bidang kritikal dan negara masih memerlukan beribu2 lagi tenaga pakar dalam bidang ini.Antara langkah yang perlu diambil adalah dengan memantapkan sistem di universiti itu sendiri terutama di IPTA kerana IPTA adalah institusi yang paling penting untuk kerajaan merencanakan program pembangunan untuk negara.Dalam masa yang sama IPTS juga tidak boleh diabaikan.

Cuma yang berbezanya adalah apabila sesuatu sistem yang dilaksanakan di peringkat kerajaan, maka ia akan lebih banyak memberi kesan kepada IPTA.

Sebab itu saya mengatakan bahawa hal ini perlu dirujuk pd IPTA.di IPTS mereka mempunyai sedikit kebebasan dalam melaksanakan dasar serta sistem mereka kerana mereka tidak terikat sepenuhnya dengan kerajaan. Oleh sebab itu, isu gaji pensyarah tidak timbul di IPTS kerana mereka sentiasa mampu melakukan pelbagai alternatif dalam meneruskan persaingan di peringkat institusi pengajian tinggi tempatan.

Berbalik kepada perbincangan isu pertama, banyak perkara yang perlu dirujuk semula dalam memastikan tahap universiti tempatan menjadi institusi ilmu yang berprestij di DUNIA, bukan hanya jagoan kampung.

Selain gaji, memudahkan proses mendapatkan geran bagi menjalankan penyelidikan kepada para pensyarah kita juga adalah amat perlu.Bagaimana kita ingin menjadi masyarakat yang inovatif sedangkan para penyelidik di negara kita sentiasa tersekat dalam mencipta sesuatu inovasi.Antara sekatan2 nya adalah kerenah birokrasi dalam mendapatkan geran penyelidikan , seolah2 kerajaan tidak menyokong untuk menyuburkan budaya percambahan dan penerokaan ilmu secara progresif di negara kita ini.

Sekiranya perkara ini berlanjutan , bagaimana kita mampu untuk melahirkan seorang pemenang Hadiah Nobel di kalangan warganegara tempatan?Maka kita perlu bermimpi lagilah.

Keduanya, menilai kembali sistem pendidikan di negara kita terutama bermula dari pendidikan di sekolah rendah lagi.Di situ kita perlu membina sebuah sistem pendidikan yang mampu melahirkan pelajar2 yang berani , berfikiran jauh , intelek dan matang.

Kesemua nilai2 yang diperlukan dalam bidang keilmuan tidak mampu kita capai sekiranya sistem pendidikan di negara kita ini berorientasikan peperiksaan. Sudah jelas lagi bersuluh , kebanyakan sistem di negara kita masih lagi berlingkar di ruang lingkup peperiksaan.Jika ini berlaku , maka kita hanya melahirkan pelajar2 yang rigid pemikiran mereka.Pelajar yang tidak berani, tidak inovatif dan hanya tertutup pada satu ruang lingkup.Atau istilah paling mudah, kita hanya mampu melahirkan seorang 'robot' yang hanya dilahirkan untuk memenuhi dasar2 serta hala tuju kerajaa bukannya melahirkan seorang 'Ilmuwan' atau 'cendekiawan' yang bersifat menghayati segala ilmu2 dengan penuh kejujuran untuk kesejahteraan umat manusia.Memang tidak salah matlamat tersebut sebab ia perlu untuk membangunkan negara tetapi ada pengabaian dalam matlamat utama yang menyebabkan ia menjadi 'jenayah' dalam bidang keilmuan.

Jika ini yang berlaku,jangan bermimpi untuk kita melahirkan Ibnu Sina dan Al-Khawarizmi di negara kita atau dalam masyarakat kita.Kerana mereka2 ini bersifat dengan penuh penghayatan terhadap ilmu.Menghargai segala nilai2 yang ada sepanjang proses pembelajaran , Kritis mindanya , besar jiwanya.sehinggakan sumbangan mereka digunakan oleh dunia ini selama berabad2 lamanya.

Jika mentaliti kita masih lagi terperuk di ruang menjadikan ijazah
itu sebagai 'money assistant' kita , atau maksudnya ijazah itu hanya sebagai jalan untuk mendapat kerja yang ulung atau duit berjuta2,maka lupakanlah hasarat melahirkan generasi yang menghayati ilmu.Kerana itu tidak menghairankan apabila profesional2 yang lahir dari sistem sebegini jugaklah yang banyak menyimpang dan melakukan jenayah kolar putih dan barah masyarakat walaupun dianggap oleh masyarakat tinggi ilmunya.

Tetapi mereka sebenarnya kosong ilmu , yang ada hanyalah maklumat atau informasi,bukannya 'ILMU'. Maksud ilmu mempunyai perbincangan yang panjang lebar telah dikemukakan oleh Syed Taufiq Al-Attas , anda boleh baca artikelnya tentang perkara ini.

Sebenarnya banyak lagi isu2 yang ingin saya kemukakan berdasarkan tajuk ini,tetapi masa tidak mengizinkan.Semoga 2 persoalan utama tadi dapat membuatkan kita berfikir sejenak , apakah betul haluan kita dalam menuntut ilmu.Kita masih tidak mampu mengubah sistem kerana kita tidak berada dalam parlimen,tetapi kita mampu mengubah NILAI2 serta PEMIKIRAN kita sendiri.Semoga niat menuntut ilmu kerana ALLAH sentiasa subur dalam jiwa kita.Renung-renungkanlah......

No comments: