Maafkan saya kerana dalam beberapa minggu baru-baru ini saya tidak sempat untuk mengemaskinikan blog saya disebabkan tidak berkesempatan masa dan juga ada sedikit masalah peribadi yang melanda membuatkan saya mengambil masa untuk kembali berfikir sejenak,di manakah hala tuju saya.Persoalan ini sentiasa bermain di dalam minda sehingga memberi impak yang besar dalam kehidupan.Ada pelbagai cerita di sebalik satu matlamat,tetapi yang manakah lebih penting,destinasi ataupun jalan cerita?Apabila kita berada di tepi gaung yang curam di sebuah pergunungan,apakah kita mampu untuk kembali bangkit menawan puncak?Di manakah kekuatan yang harus kita cari untuk mendapatkan kembali kekuatan untuk kita terus berdiri?Apakah harus kita menunggu,atau harus kita kejar kekuatan itu?Jika dengan kekuatan itu juga kita tidak berjaya,bagaimanakah nasib kita?Mungkin mati dan terus gagal dalam usaha tersebut...ramai yang akan kecewa jika itu konsepnya dalam kehidupan,sebab itu ramai yang tidak mempunyai iman yang teguh membunuh diri jika menemui kegagalan.Setelah lama saya berfikir,maka saya menemui satu sinar yang sentiasa menyuluh harapan dalam kehidupan saya hatta walau apa pun yang berlaku,selagi saya masih berpegang kepada cahaya ini,maka saya akan tenang,selamat dan menemui kejayaan hakiki.Cahaya2 itu adalah iman dan taqwa.Perkara yang harus sentiasa pegang adalah al-Quran dan as-Sunnah.Setelah saya merenung,dan membuka kedua2 lembaran tersebut,air mata saya terus berhenti daripda mengalir,kerana apa?kerana saya menemui berita gembira di dalamnya.Sesiapa yang membacanya pasti akan menemui keindahan yang tidak tergambar dek kata2 dan kekaguman yang tidak terkata,hanya mereka yang mengalaminya sahaja akan mengetahui dan mengerti.Syukur Alhamdulillah kepada Allah yang telah menurunkan kitab suci ini kepada kita semua...kini air mata saya berhenti mengalir dan senyuman sentiasa menguntum,walau kegagalan di dunia ini masih menempa,kerana saya tahu,al-Quran ada jawapan terhadap kejayaan sebenar,Maha Suci Allah,Subhanallah....maka bacalah al-Quran,pasti anda menemui jawapannya terhadap semua persoalan anda...insya-Allah..
syukur terhadap Tuhan Yang Maha Esa
syukur terhadap Tuhan Yang Maha Esa
No comments:
Post a Comment