Tuesday, May 27, 2008

Di Hadapan 'Pulau'

Salam,

Keputusan ICJ menyaksikan rakyat Malaysia telah kehilangan satu lagi khazanah negara ,
Pulau Batu Putih. Dalam erti kata lain juga, keputusan itu menunjukkan kita telah hilang satu lagi kedaulatan negara. Sungguh menyedihkan dan lagi membimbangkan apabila keputusan itu merupakan satu keputusan muktamad dan tidak boleh dicabar lagi peringkat pengadilan antarabangsa.

Kesan yang pasti ditakuti oleh Tanah Melayu ini adalah kehilangan kedaulatan serta persempadanan semula perairan negara. Apabila ini berlaku,maka negara akan mengalami kerugian dari segi ekonomi terutama kepada pelabuhan Pasir Gudang di Johor sekiranya Singapura bertindak menutup laluan. Apa pentingnya pulau tersebut?

Pertama, ia adalah satu lokasi strategik bagi negara yang memilikinya kerana di situ 'angle of view' adalah lebih luas dan amat penting untuk keselamatan negara dari segi pertahanan.Yang kedua, pentingnya pulau berbatu tersebut adalah demi memastikan kedaulatan negara kita tidak terus dicabuli oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Apa yang ditakutkan sekiranya Singapura membenarkan pulau tersebut dibangunkan oleh sekutu rapat mereka terutama, AMERIKA SYARIKAT, untuk membina pengkalan tentera di kepulauan tersebut. Mungkin bagi sesetengah orang perkara ini adalah tidak masuk akal memandangkan itu hanya sebuah pulau kecil yang dipenuhi batu2 sahaja,tetapi sebenarnya perkara ini tidak mustahil bagi AS.

'AS' negara yang polis dunia, mempunyai kuasa autoriti dalam pertubuhan dunia dan juga memiliki kemajuan teknologi yang amat terkehadapan,'sumber' kewangan yang ber'trillion2', maka tidak mustahil bagi mereka untuk membina sebuah pengkalan tentera yang serba canggih di sebuah pulau berbatu tersebut,apatah lagi kemungkinannya adalah tinggi apabila mengambil kira faktor Singapura sebagai 'adik' ke-2 AS selepas Israel. Amat2 tidak mustahil untuk membenarkan perkara tersebut daripada berlaku.

Singapura juga mungkin boleh meluaskan negara mereka dengan menimbun pasir sehingga ke pulau tersebut.Maka semakin berkuasalah mereka.Jika ini yang berlaku, maka berjaga-jagalah setiap daripada kita untuk mengalami satu lagi bentuk penjajahan baru yang dicipta oleh AS.Maka bersedialah kita untuk sebarang kemungkinan.Benar seperti tulisan IBNU KHALDUN, sebuah negara hanya mampu memiliki kemerdekaan yang sebenar hanya dalam tempoh 50-100 tahun pertama,selepas daripada generasi 50 tahun pertama,ia mula menunjukkan kejatuhan.Dengan keputusan ini, maka AS semakin mudah merencana agenda mereka untuk memonopoli dunia.

Usah dikesali lagi keputusan serta kesilapan lalu yang menyebabkan kita terlepas pulau tersebut, sebaliknya terus berusaha memastikan kedaulatan kita tidak sesekali akan tergadai lagi selepas ini,kerana tugas kita semakin BERAT! Semoga kita terus dapat mengekalkan kedaulatan negara kita di masa hadapan walau apa yang terjadi demi menegakkan kalimah syahadah di muka bumi. Demi menjamin perkembangan dakwah Islam, sama2lah kita bersatu. Janganlah berpecah lagi. Jangan sudah terhantuk baru tergadah.
Sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tidak berguna.
Untuk generasi muda dan juga para PEMIMPIN, fikirkanlah....

Semoga kisah ini tidak akan berulang lagi.........

............................"Di Hadapan Pulau"......................

Friday, May 23, 2008

Thanx Friends

.........
This typing is dedicated to all my friends.First,thank you so much to all my friends that had coming when i was in the hospital juz a few hours after i took my spm result.On that day, my friend and me was getting crash with the car in front of PUTIK,Kelantan.I didnt realize what had happened after dropped from the motorcycle,but the only thing that i can memorize was i had laid on the bed and some of my friends had look at me by saying something but i didnt hear.Thanx to my friends who was helping me on that day,thanx to them for visiting me,it made my heart to feel i was so lucky because i still have true 'friends'.Thanx to all my friends who had visiting me in the hospital,thanx to all who always pray for me and thanx to everybody."Friend in need is friend in deed".This is specially dedicate to all my friends especially who were appeared on that day...
May Allah bless you all
...

Appreciation to my BestFriend

Salam

First thing that coming into my head today when i go to my page, is friends.What is the importance of friends?I guest everybody can feel the same that friends is the most important people in our lives.Without friends, our lives is so bored..There r a lot of friends, but the best friends is quite little.Best friends only can be know when we are in the hard time.This is the only the feature of the best friend.No matter what way they had coming,but in the critical time,they will always show the new road for us in other to realize about the reality.Thanx to all my friends and a lot of thanx to my bestfriends.Juz to mention here as my appreciation to my bestfriend,"the best friend among bestfriends is people who always share about the life with me,and he knows who is him".
Thanx my friend....

Wednesday, May 21, 2008

Pensyarah, Sistem dan Masyarakat

Salam,

Baru2 ini telah keluar satu berita yang mendedahkan tentang nasib para pensyarah di universiti tempatan.Memetik kepada laporan berita tersebut, mereka membincangkan tentang gaji para pensyarah di negara ini masih kurang terbela kerana gaji mereka tidak dirujuk sebegitu lama berbanding dengan gaji para guru.

Antara isu2 yang mereka kemukakan adalah gaji bagi pensyarah terutama di bidang kejuruteraan dan perubatan adalah tidak setimpal dengan tugas yang mereka pikul kerana mereka dibebani dengan terlalu banyak beban tambahan.

Kesan daripada perkara ini, para pensyarah terutama di kedua2 bidang ini tidak mampu untuk memberikan komitmen yang tinggi terhadap pelajar2 mereka.Akibatnya,para graduan daripada kedua2 bidang ini yang dihasilkan oleh universiti tempatan adalah tidak bermutu.Senario graduan daripada kedua2 bidang ini yang dikatakan tidak bermutu diutarakan oleh media sebagai satu keputusan tinjauan serta kaji selidik.

Mungkin ada benar atau tidak, tetapi untuk membicarakan perkara ini dengan lebih matang, maka saya lebih sukacita untuk menggunakan tanggapan bahawa senario yang berlaku adalah tidak bermutu.Hal ini supaya kita dapat mengenal pasti segala kelemahan kita seterusnya berusaha untuk meperbaiki sistem pendidikan di negara kita secara bersama.

Pertamanya, isu pendidikan bagi kedua2 cabang ilmu ini perlulah diberi perhatian yang serius kerana kedua2nya adalah bidang kritikal dan negara masih memerlukan beribu2 lagi tenaga pakar dalam bidang ini.Antara langkah yang perlu diambil adalah dengan memantapkan sistem di universiti itu sendiri terutama di IPTA kerana IPTA adalah institusi yang paling penting untuk kerajaan merencanakan program pembangunan untuk negara.Dalam masa yang sama IPTS juga tidak boleh diabaikan.

Cuma yang berbezanya adalah apabila sesuatu sistem yang dilaksanakan di peringkat kerajaan, maka ia akan lebih banyak memberi kesan kepada IPTA.

Sebab itu saya mengatakan bahawa hal ini perlu dirujuk pd IPTA.di IPTS mereka mempunyai sedikit kebebasan dalam melaksanakan dasar serta sistem mereka kerana mereka tidak terikat sepenuhnya dengan kerajaan. Oleh sebab itu, isu gaji pensyarah tidak timbul di IPTS kerana mereka sentiasa mampu melakukan pelbagai alternatif dalam meneruskan persaingan di peringkat institusi pengajian tinggi tempatan.

Berbalik kepada perbincangan isu pertama, banyak perkara yang perlu dirujuk semula dalam memastikan tahap universiti tempatan menjadi institusi ilmu yang berprestij di DUNIA, bukan hanya jagoan kampung.

Selain gaji, memudahkan proses mendapatkan geran bagi menjalankan penyelidikan kepada para pensyarah kita juga adalah amat perlu.Bagaimana kita ingin menjadi masyarakat yang inovatif sedangkan para penyelidik di negara kita sentiasa tersekat dalam mencipta sesuatu inovasi.Antara sekatan2 nya adalah kerenah birokrasi dalam mendapatkan geran penyelidikan , seolah2 kerajaan tidak menyokong untuk menyuburkan budaya percambahan dan penerokaan ilmu secara progresif di negara kita ini.

Sekiranya perkara ini berlanjutan , bagaimana kita mampu untuk melahirkan seorang pemenang Hadiah Nobel di kalangan warganegara tempatan?Maka kita perlu bermimpi lagilah.

Keduanya, menilai kembali sistem pendidikan di negara kita terutama bermula dari pendidikan di sekolah rendah lagi.Di situ kita perlu membina sebuah sistem pendidikan yang mampu melahirkan pelajar2 yang berani , berfikiran jauh , intelek dan matang.

Kesemua nilai2 yang diperlukan dalam bidang keilmuan tidak mampu kita capai sekiranya sistem pendidikan di negara kita ini berorientasikan peperiksaan. Sudah jelas lagi bersuluh , kebanyakan sistem di negara kita masih lagi berlingkar di ruang lingkup peperiksaan.Jika ini berlaku , maka kita hanya melahirkan pelajar2 yang rigid pemikiran mereka.Pelajar yang tidak berani, tidak inovatif dan hanya tertutup pada satu ruang lingkup.Atau istilah paling mudah, kita hanya mampu melahirkan seorang 'robot' yang hanya dilahirkan untuk memenuhi dasar2 serta hala tuju kerajaa bukannya melahirkan seorang 'Ilmuwan' atau 'cendekiawan' yang bersifat menghayati segala ilmu2 dengan penuh kejujuran untuk kesejahteraan umat manusia.Memang tidak salah matlamat tersebut sebab ia perlu untuk membangunkan negara tetapi ada pengabaian dalam matlamat utama yang menyebabkan ia menjadi 'jenayah' dalam bidang keilmuan.

Jika ini yang berlaku,jangan bermimpi untuk kita melahirkan Ibnu Sina dan Al-Khawarizmi di negara kita atau dalam masyarakat kita.Kerana mereka2 ini bersifat dengan penuh penghayatan terhadap ilmu.Menghargai segala nilai2 yang ada sepanjang proses pembelajaran , Kritis mindanya , besar jiwanya.sehinggakan sumbangan mereka digunakan oleh dunia ini selama berabad2 lamanya.

Jika mentaliti kita masih lagi terperuk di ruang menjadikan ijazah
itu sebagai 'money assistant' kita , atau maksudnya ijazah itu hanya sebagai jalan untuk mendapat kerja yang ulung atau duit berjuta2,maka lupakanlah hasarat melahirkan generasi yang menghayati ilmu.Kerana itu tidak menghairankan apabila profesional2 yang lahir dari sistem sebegini jugaklah yang banyak menyimpang dan melakukan jenayah kolar putih dan barah masyarakat walaupun dianggap oleh masyarakat tinggi ilmunya.

Tetapi mereka sebenarnya kosong ilmu , yang ada hanyalah maklumat atau informasi,bukannya 'ILMU'. Maksud ilmu mempunyai perbincangan yang panjang lebar telah dikemukakan oleh Syed Taufiq Al-Attas , anda boleh baca artikelnya tentang perkara ini.

Sebenarnya banyak lagi isu2 yang ingin saya kemukakan berdasarkan tajuk ini,tetapi masa tidak mengizinkan.Semoga 2 persoalan utama tadi dapat membuatkan kita berfikir sejenak , apakah betul haluan kita dalam menuntut ilmu.Kita masih tidak mampu mengubah sistem kerana kita tidak berada dalam parlimen,tetapi kita mampu mengubah NILAI2 serta PEMIKIRAN kita sendiri.Semoga niat menuntut ilmu kerana ALLAH sentiasa subur dalam jiwa kita.Renung-renungkanlah......

Monday, May 19, 2008

Coretan Hari Guru

Salam,

Sempena sambutan hari guru tanggal 16 Mei baru2 ini,aku teringat kembali kepada kngan di zaman persekolahan yang banyak mengajar aku erti hidup.Ada yang benar,ada yang kabur dan ada yang tersimpang.Namun semuanya pelajaran2 yang mematangkan diri kita untuk melangkah ke alam dewasa.

Perbezaan antara alam dewasa dan alam remaja serta kanak2 amatlah berbeza.Alam dewasa yang kita pernah lihat pada satu ketika dahulu daripada kaca mata kita sendiri rupa2nye bukanlah semudah yang disangka dan tidaklah sejujur mane pun.Ibarat kita melihat dari dalam air ke arah medium udara yg mempunyai perbezaan 'index of refraction' yang begitu besar.sehinggakan medium dewasa ini seolah2 terlalu besar nilai sudutnya menjauhi dari garis normal.So?

Untuk mereka yang memahami dan mengetahui tentang hakikat ini,pasti mereka mengetahui,bahwa setiap perkara dalam hidup kepentingannya adalah ilmu.Ilmu sbgai persiapan di hari muka.Ilmu untuk meghadapi nilai pembiasan yang terlalu tinggi daripada tanggapan awal kita sewaktu berada dalam medium remaja.Semakin kita membesar,semakin bnyak tersingkap segala 'the truth of fairytale' bak kata orang putih.Semua ini memerlukan kepada akal serta pemikiran yang matang untuk menilai segala perkara yang berlaku dalam kehidupan seharian kita.

Terima kasih kepada cikgu2 yang telah bnyk memberikan kami tentang ilmu untuk menjadi dewasa.terima kasih kepada ibu bapa kita kerana telah mndidik kita untuk mngenal tentang dunia ini.terima kasih kepada Nabi Muhammad s.a.w yang telah menyebarkan risalah agung di atas muka bumi ini sehingga kita mndapat bnyk nikmat drpdnya dan yang paling penting,syukur kepada Allah s.w.t kerana telah mengutuskan Rasul2 dan nabi2 serta menganugerahkan mukjizat teragung AL-Quran untuk kita jadikan sebagai pedoman dan panduan dalam menghadapi kehidupan kita.Syukur kerana kita diberi nikmat kurnia yang terbesar iaitu ISlam.Alhamdulillah,selawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.

Justeru itu kwn2 semua,semasa kita di alam pengajian ini,yang penting adalah ilmu kehidupan itu yang paling utama.Terbuktinya kemampuan kita untuk menyerap ilmu2 itu melalui keupayaan kita mempelajari ilmu sepanjang pengajian kita yang berkisar tentang kehidupan seharian kita,bukannye markah.andai kate anda mendapat 49% , hanya 1% sahaja lagi untuk lulus,maka janganlah cepat tidak berpuas hati,menggelabah,bimbang atau kecewa.Walaupun ia tentang soal LULUS dan GAGAL,HIDUP atau MATI.Fikirkan dulu,itulah pelajaran paling mahal dalam hidup kita .Kerana apa?

Sebabnya adalah 1% itu mengajar kamu tentang erti bersyukur,keduanya ia mengajar kita tentang erti kesungguhan,ketiga erti kesabaran,keempat tentang erti keberanian dan ketabahan,kelima tentang erti redha,keenam tentang erti berjaya,ketujuh tentang erti gagal,kelapan tentang erti kebangkitan,kesembilan tentang erti kematangan dan yang terakhir adalah tentang semua erti nilai2 yang kita perlu dalam kehidupan dan semua nilai2 yang kita perlu kikis dalam kehidupan sepanjang kita masih bernafas di atas muka bumi ini.Bukankah terlalu banyak pelajaran2 ini hanya kerana 1%?Kerana apa semua ini? Kerana inilah nilai sebuah pelajaran.PELAJARAN KEHIDUPAN.Inilah ilmu yang paling berharga sekali yang pernah guru saya berikan kepada saya,TERIMA KASIH CIKGU!!SELAMAT HARI GURU...

Sunday, May 11, 2008

Memahami Erti Hidup

Salam,
Setiap daripada kita pernah mengecapi kejayaan dan mengalami kegagalan.Ada yang menganggap hidup ini hanyalah bersandarkan kepada kejayaan dan kegagalan.mungkin ada cabang ilmu yang membenarkan konsep ini,tetapi apa yang saya bincangkan di sini adalah tentang kegagalan dan kejayaan dalam kehidupan berdasarkan keperluan duniawi.rumusannya akan menjerumus kepada hakikat sebenar iaitu destinasi ukhrawi.Untuk memudahkan kefahaman,saya akan cuba menggunakan bahasa2 yang mudah.fenomena kehidupan kita pada hari ini banyak menyebabkan kita selalu tertekan dek desakan2 dalam hidup.Ada yang tertekan disebbkan kegagalan dan ada yang tertekan disebbkan kejayaan.semua sebenarnya adalah bergantung kepada kefahaman dan skop kejayaan yang kita takrifkan sendiri.tidak salah kgkdg untuk menfsirknnya semat2 untuk mmberi galakan atau dorongan motivasi kpd dri sndri atau kpd org lain,tetapi hakikatnya jika ia dipercayai dan diletakkan sebagai sesuatu yang teramat penting sehingga kita lupa erti hidup yang sebenar,itu yang menjadi masalah.sehinggakan kita tertekan dan menganggap kita sudah gagal dan akhirnya membawa kepada lemah semangat dan putus asa.Dalam Islam,tiada konsep berputus asa.kita perlu sentisa positif dengan apa yang kita terima dan apa yng ditakdirkan.sebb itu adlah salah satu rukun iman,percaya kepada qada' dan qadar.memang bukan mudah kgkdg untuk kita menerima hakikat sesuatu kjadian yg tidak ingin berlaku kepada kita,sama ada yang tidak memenuhi impian ataupun yang tidak diminta.tetapi apabila kita kembali semula kepda ajaran al-Quran dan as-Sunnah,kita akan dapati bahwa erti hidup yang sebenar adalah untuk mencapai keredhaan Allah.walau ape pun yng menimpa kita,kita kena redha,ada hikmah disebaliknya.peringatan ini juga sebenarnya adalah untuk diri sendiri.semoga apa yang diperolehi sentiasa kita syukuri dan apa yang tidak dikecapi,kita sabar dan juga syukur.wassalam.

Monday, May 5, 2008

Secondary Education Memories.....

Salam,

Bila terkenang balik zaman persekolahan dulu,memg begitu menyeronokkan n kdg2 sedih gk. ada pahit,manis,suka,duka,masam,masin,huhu..n macam2 lagi la.setiap pgalamn mngajar kpd kita erti kehidupan.pendidikan bukan hanya di kelas,tetapi pendidikan sebenar adalah pembelajaran di luar kelas.mendidik pembentukan mentaliti,sahsiah diri dan jati diri adalah satu proses yang amat sukar.kengkadag pengalamn yg lbih bnyk mngajar kita tentang erti hidup.erti kejayaan,erti kegagalan,erti senang,erti susah,erti kawan,erti sahabat,erti pelajaran,erti ilmu,erti amal dan erti kehidupan.semuanya hanya untuk mereka yg mahu berfikir.kenangan bukan untuk ditangisi,tetapi untuk dijadikan sbgai pedoman dalan hidup.memberi kita lebih pertimbagn dalam mghadapi kehidupan yg mendatang.kehidupan adalah perjalann bukannye destinasi.nikmatilah nikmat yg Allah anugerahkan ini dgn sebaik2 nya.semoga ikatan silaturrahim semasa berjihad menuntut ilmu sentiasa berterusan shga akhir hayat.bertemu kerana Allah,berpisah kerana Allah.My friends in MARA Junior Science College,we are all in one team.Go MARA..this picture was dedicated to my ex-classmate 5 Dinawari..


loading to memories........

















Bebudak kelas aku bersatu akhirnya,haha,rindu Ustaz Yusof n Cg Asmah.2 homeroom bergabung mnjadi satu,yeahhhhhh!!!!
















Jantan 5 Dinawari yang macho2,huhu,
asal lak ade yg duk kat bawah terowong tu,
kesian anak ustaz korg bwk naik kat atas


















Pasukan Dinawari mahu terbang jauh.....
Due sbagai ketua,huhu..

















Eit!geng2 pempuan buat pe tu,ketupat ek?hehe
ni la budak pempuan kelas aku,dah fly ke merata tempat da sumenye,huhu



















Gaya para pemain bola sepak yang akan mewakili Malaysia ke Piala Dunia 2020..



















Menjulang kemenangan untuk pasukan Malaysia di kejohanan Bola Sepak Pantai Dunia 2006,bertempat di pantai Chenok,
mengalahkan Brazil 5-0,haha


















Aktiviti membakar ayam,nazif n nije genius sebagai ketua pasukan memasak
hangus ek?


















Pehe n nije,posing bersama2...


















Kelas 5 Dinawari semasa graduasi...Yeh!
kami berjaya!yahooo...xleh nak lambung songkok,sorylah..


















Segak bergaya,seperti cendekiawan di zaman kegemilangan Islam,haha


















Malam Annual Dinner,besttt....ramai yg memboyokan dirinye pada malam tersebut,namun kek xjugak2 habis..







tinggal kenangan...thanx 4 da sweet memories...

Sunday, May 4, 2008

Politik Semasa

Salam,

Baru sekejap tadi aku terbaca tentang kenyataan di akhbar berikutan kata2 karpal singh dan Datuk ngeh koo ham yang mencabar titah sultan perak berkenaan pelantikan semula pengarah Jaip yang di arah untuk bertukar oleh MB Perak baru2 ni.Setelah aku amati balik,walaupun aku dah bosan dengan semua benda2 agenda politik camni,tapi terpakasa gak kadang2 tuk aku luahkan perasaan terhadap isu ini.bukan untuk emosional,tp juz sbg renungan.Sejak akhir2 ni,semakin ramai orang bukan Melayu atau Bumiputera yang berani mncabar perjanjian dan ketuann Melayu.Walaupun pd sesetgh pihak menganggap pendapat seperti ini lebih bersifat perkauman ataupun assabiyah,tp pada aku sebelum kita membincangkan isu assabiyah itu sendiri dalam konteks melayu ni,kita perlu meneliti budaya dan sejarah melayu.ingin aku kongsi bersama,bahawa tindakan sesetgh pihak yg mempertahankan melayu tu sbnrnye lebih bersifat untuk mempertahankan agama Islam.Ini kerana sosio budaya Melayu itu sendiri yang amat rapat dgn Islam,hinggakan tergubal perlembagaan bahawa syarat seseorang dikatakan melayu itu pertamanya sekali dia adalah Islam.ini ada kaitan dgn sejarah.xnk aku ceritakan sejarah di sini,juz korg pun bleh cari.Persoalan yng timbul,apakah berhak orang bukan Melayu mncabar titah sultan ataupun Ketuanan melayu?mungkin ada mengatakan ni fahaman konservatif melayu,ni isu yg selalu dimainkan oleh Umno tuk kekalkan kuasa,tp aku xnk lihat dr sudut tu,kita juz lihat dr kedudukan kita sbg bangsa melayu dan Islam.Jika kuasa kesultanan Melayu ataupun politik org melayu dipijak,maka pada waktu itu,kita x akan lagi mampu untuk mengamalkan ajaran2 Islam dengan lebih terbuka seperti sekarang.mungkin juga isu2 sensitif yang berkaitan agama Islam akan dicabar scara terbuka seperti akan ada ahli parlimen yg berani mngemukakan usul untuk mgharamkan pemakaian tudung di Malaysia!!xmustahil Malaysia ini akan mnjadi seperti singapura.Mahukah kita keadaan sebegini??Aku xkisah sgt jika soal2 bangsa itu disentuh,kerana terlalu taksub dgn bangsa itu pun pemahaman yg slah(assabiyah) .tapi kalau soal urusan agama Islam disentuh tmbh2 scr x hormat,amat xwajar skali tindakan trsbut n perlu untuk kita org islam mempertahakannnye.Dalam soal bgsa plak,juz jadikan bangsa sbg rumpun untuk memudahkan penyatuan umat Islam seperti keadaan pada zaman Nabi,di mana kaum Aus dan Khazraj disatukan sbg Ansar.Dan penyatuan Ansar dan Muhajirin adalah kuat disebbkan kesatuan jiwa yg didmiliki mereaka atas dasar akidah.Allah menciptakan kita berbangsa-bangsa untuk saling mengenal.Dan tidak pula untuk kita mgabaikan bangsa kita sndiri jugak.Namun jgn sampai bangsa melebihi prioriti thdap agama Islam
.Sbgai org Islam,penyatuan melalui akidah adalah yg terpenting.Cuma dalam konteks pencabaran ketuanan Melayu td,ia jelas menunjukkan semakin hari,org bukan Islam berani mempersoalkn tentg Islam dan Melayu.Karpal singh bukanlah calang2 org,pihak Barisan Alternatif perlu berhati2 dlm setiap strategi.Perpecahan Umno dan Pas bg aku hnyalah agenda politik.masih ada ruang mencari titik kesatuan.semoga generasi baru ni lebih mnyedari hakikat n x sombng untuk bersatu kembali.Salam