Tuesday, January 5, 2010

Isu Kalimah Allah - Siri 2

Salam,

Di bawah merupakan petikan daripada artikel yang ditulis oleh bekas Mufti Perlis, Dr. Asri Zainal Abidin.Dan berdasarkan pertimbangan ilmu yang sedikit yang saya ada tentang agama termasuklah apa yang saya pernah dengar dan belajar tentang akidah di bawah program pondok,saya berpendapat, tulisan ini adalah yang terbaik dan boleh memperkuatkan pegangan akidah kita dan mengukuhkan kefahaman kita tentang bagaimana kita harus melihat dan memahami isu ini.Saya kira sesiapa yang pernah belajar kitab-kitab di pondok dan sempat mengikuti pengajian akidah yang diajar di pondok-pondok di Malaysia, ianya tidak lari daripada apa yang pernah diajar.Kenapa saya menekankan tentang ilmu agama di pondok ini?Senang sahaja, supaya tidak timbul lagi persoalan tentang bagaimana perkara ini ditafsirkan dan mengikut aliran mana,kerana zaman sekarang banyak sangat persoalan yang tidak sepatutnya timbul ditimbulkan gara-gara keghairahan kita berpolitik secara melampau.Buatlah penilaian secara adil ikhlas dan dengan ilmu.Selamat membaca....


Isu Nama Allah: Garis Panduan Penggunaan Nama Allah
Disiarkan pada Jan 04, 2010 dalam kategori Kenyataan & Penjelasan |
Oleh : Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin



Di sini saya mencadangkan beberapa perkara untuk diteliti dalam isu penggunaan nama Allah oleh mereka yang bukan Islam.



Seperti mana yang saya sebutkan dalam artikel saya pada tahun 2007 yang bertajuk “Beza Antara Merebut Nama Allah Dan Mempertahankan Akidah” bahawa isu ini lebih bersifat tempatan atau keselamatan setempat, bukan membabitkan larangan secara khusus dari nas-nas Islam. Harap kenyataan ini dibaca bersama dengan artikel tersebut.



Kristian Arab dan juga musyrikin Mekah dahulu juga menyebut Allah sebagai Tuhan. Nas-nas al-Quran dan al-Sunnah tidak membantah hal tersebut. Namun dalam konteks Malaysia, perkara ini agak baru. Ia menimbulkan kegusaran terutama disebabkan berbagai persoalan yang timbul, antaranya apakah maksud yang terselindung di sebalik tuntutan ini?!

Juga di pihak umat Islam sendiri, pendidikan akidah Islam tidak ditekankan secara yang sepatutnya. Kita lebih banyak menumpulkan soal fekah sehingga melupai pokok yang lebih penting iaitu akidah. Inilah sebabnya ramai orang melayu sekalipun bersolat, ada yang mudah terpengaruh dengan khurafat, bomoh, tahyul dan seumpamanya.

Jika kita jelas dalam persoalan akidah, tentu unsur-unsur seperti itu, pengaruh kristianisasi, unsur-unsur agama lain tidak dapat mengelirukan akidah dan pemikiran umat. Isu nama Allah ini sepatutnya menyedarkan kita keperluan menegaskan soal akidah dan batas-batas iman dan kufur.

Untuk mengelakkan ketegangan yang tidak baik untuk negara dan kehidupan masyarakat yang berbilang agama dan kaum, maka saya sekadar mencadangkan beberapa pekara berikut sebagai garis panduan yang patut diambil perhatian oleh pihak kerajaan;

Nama Allah tidak boleh dipanggil melainkan hanya kepada tuhan yang sebenar. Maka dengan itu tiada pihak yang boleh menamakan sekutu-sekutu Allah yang didakwa oleh manusia sebagai tuhan atau perantara tuhan sebagai Allah. Ini seperti memanggil berhala, atau batu, atau patung, atau manusia dengan panggilan Allah. Jika ini berlaku, muslim memang wajar menentang dan membantah. Musyrikin Quraish yang memanggil tuhan sebenar Allah tetapi mensyirikkanNya, pun begitu tidak menamakan berhala mereka dengan nama Allah, sebaliknya menamakan berhala-berhala mereka dengan panggilan al-Lata, al-‘Uzza, Manat dan seumpamanya.



Manusia memang sewajar memanggil tuhan yang sebenar Allah. Ini juga membuktikan ajaran Islam yang memanggil tuhan ‘Allah’ itulah yang benar. Maka, tidak mengapa, bahkan sepatutnya semua manusia tanpa mengira agama menyatakan “Allah yang menciptakan alam”, “Allah yang menurunkan hujan”, “Allah menyuruh kita melakukan kebaikan” dan seumpamanya. Perkataan-perkataan itu benar. Adalah tidak wajar seorang muslim membantah apabila mendengar bukan muslim menyatakan perkara seperti itu. Bahkan al-Quran menyebut: (maksudnya) “Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (Wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal (untuk memahami tauhid) (Surah al-Ankabut ayat 63).



Jika mereka akur Allah adalah Tuhan sebenar, lalu mereka memanggilnya dalam ibadat mereka maka seorang muslim tidak boleh mengganggu urusan ibadah agama lain. Walaupun Islam mempertikaikan kesyirikan mereka, tetapi kebebasan beribadah adalah hak setiap agama.



Bukan muslim tidak boleh menggunakan nama Allah untuk penyebaran dakyah yang menghina Islam. Ini seperti mempersendakan Allah dalam sebaran kepada masyarakat Islam atau mempermain-mainkan nama Allah dalam tulisan, lukisan, filem dan seumpamanya seperti yang sering berlaku dalam masyarakat Barat.



Bukan muslim tidak boleh memputarbelitkan ajaran Islam dengan mempergunakan nama Allah sebagai umpan. Tindakan provokatif seperti itu wajar diambil tindakan tegas. Adalah menjadi prinsip kemanusiaan yang dipegang oleh Islam bahawa tiada siapa pun boleh memutar belitkan maksud ajaran pihak lain. Orang Islam juga tidak boleh memutarbelitkan ajaran agama lain.



Menyebut nama Allah dalam pergaulan antara muslim dan bukan muslim dengan cara yang hormat dan mengagungkan Allah seperti bukan muslim menyebut kepada muslim “semoga Allah merahmati kamu”, atau “semoga Allah memberi rezeki kepada kamu” adalah diizinkan. Bahkan itulah yang sepatutnya. Nabi s.a.w ketika membuat perjanjian dengan Quraish Mekah juga masing-masing menggunakan nama Allah seperti hadis Muslim: Sesungguhnya Quraish membuat perjanjian damai dengan Nabi s.a.w. Antara wakil Quraish ialah Suhail bin ‘Amr. Sabda Nabi s.a.w : barangkali aku boleh tulis Bismillahirrahmanirrahim. Kata Suhail: Adapun Bismillah (dengan nama Allah), maka kami tidak tahu apa itu Bismillahirrahmanirrahim. Maka tulislah apa yang kami tahu iaitu BismikalLahumma (dengan namaMu Ya Allah!)”.
Ini adalah beberapa cadangan saya mengenai hal ini untuk dijadikan garis panduan kepada rakyat Malaysia agar kita tidak merusuh disebabkan isu ini. Sebaliknya, hendaklah setiap pihak menghormati sensitiviti pihak yang lain.

2 comments:

faiz ck said...

afif betul ke saya nye pemikiran....konteks akidah tiada maslaah lagi. bukan persoalan dan juga bukan isu yang kabur sebab jelas mereka boleh guna sebab yusuf qadrawi pun oyak buleh guna.tapi konteks pelaksaann di Malaysia,saya rasa tidak boleh dibenarkan kerana bagi saya jelas mereka berusaha untuk mendapatkan hak ini degan agenda tertentu(awak mesti faham maksud saya).jadi perjuangan mereka dilihat terlalu halus,boleh secara konsep tapi membawa kesan buruk~jia benar agenda mereka berjaya...
apa pendapat awak.?

Pemikirzaman said...

hemm..hehe..saya sebenarnya xleh nak jawab faiz dalam hal ni,sebab saya xberani n xcukup kajian tentang apa yang dimaksudkan dalam sejarah agama samawi yg lain,saya xpernah belajar tentg apa yg ada dlm agama mereka,juz tahu secra sikit2 scr xformal,itulah masalah saya skit.cuma pandangan saya dlm hal ni,saya melihat pendekatan terbaik seperti artikel dr asri tu,bgaimana ingin berpendirian,sbb pada saya jika kita tidak berhati2 dlm hal ni ia akan mnybbkan kekeliruan dlm akidah.maksud saya,kefahaman yg nyata tentg batas2 iman dan kufur scra mendalam adalah perlu,dan masalah asasnya adalah drpd agama kristian itu sendri,konsep ketuhanan mereka yg bercelaru itu membuatkan keadaan smkn bercelaru,mereka tidak meletakkan Allah di tahap sepatutnya dan Islam datang mendefinisikan balik bahawa Allah itu esa,tidak beranak dan diperanakkan dalam surah al-Ikhlas.dan apa yg saya tahu dpd fakulti agama dkat uia ni,bhawa dlm old dan new testament,kalimah Allah tidak pernah ditulis sebagai merujuk kepada nama tuhan.Jadi pada saya itu perkara terbesar yang akan saya gunakan mengapa mereka ingin menggunakn nama Allah sebgai merujuk kepada tuhan yg mereka namakan dlm kitab mereka seperti EL,Eloh,Elohim dan Yhwh.Sedangkan dalam nama untuk konsep bagi mana2 bahasa sekalipun,sesuatu nama tidak mampu diterjemah untuk melambangkan konsep asal,jadi peminjaman istilah asal adalah paling penting untuk penyampaian dan penerimaan konsep apatah lagi konsep ketuhanan.Jadi atas sebab itu,tanpa mengambil kira lagi dlm aspek2 agenda tersembunyi mereka itu,saya berpendirian tidak bersetuju penggunaan oleh mereka,melainkan mereka mengakui bahawa kalimah itu betul2 merujuk dgn konsep asal dan hak iaitu Allah itu MAHA EsA dan tidak beranak atau diperanakkan.saya mampu bagitau macm tu jela faiz sebab saya pun xcukup lagi terutama dlm perbandingan agama,dan sepatutnya isu ini hanya dibincang oleh ulama dan paderi dan masih tidak sampai masa untuk dibuka kepada umum kerana masalah utama umat ISlam adalah masalah pemahaman akidah yg mantap masih belum mencukupi untuk memahami perbahasan peringkat tinggi seperti dlm soal ketuhanan.sebab itu ustaz saya dulu bagitau sape2 yg nak belajar dalam usuluddin(kursus berkaitan ketauhidan dan ketuhanan) maka dia betul2 perlu mempunyai daya fikir yg tinggi,dan ada yg jadi gila isim disebbkan tidak mampu faham dan keliru dek kecetekan ilmu.dalam hal ini mengikut maratibul ilmi(peringkat kewibawaan ilmu) itu adalah yg terpenting.Apa yg ulama tahu org awam xsemestinya faham,pakar ekonomi tahu benda yg org awam xfaham,dan begitulah selanjutnya.tu jelah faiz yg boleh saya bagi pandangan.Pada saya dalam hal ini,pengukuhan konsep tauhid adalah yg terpenting,dan saya setuju ngn awak bhwa terlalu bnyk agenda tersembunyi mereka.dan saya juga setuju dgn apa yg diberitahu dr.Yusof al-Qardhawi dgn makna dan situasi sebenar yg dimaksudkan