Friday, October 23, 2009

Sementara Hati Masih Ada...Untuk Meninjau Politik Tanah Air..

Salam,

Rasanya sudah lama tidak menjegah ke laman blog ini.Sementara masih ada masa sebelum melewati waktu ke kelas 'tutor', jadi ingin aku bingkaskan sedikit cetusan hati yang tiba-tiba datang sementalah membaca beberapa isu semasa di blog-blog para pejuang mahasiswa dan pemimpin siasah.

Hum...perkara pertama, apabila melihat senario politik pada hari ini,terutama politik antara UMNO dan Pas, sungguh memualkan.Diri ini kadang-kala ingin sahaja rasa memuntahkan apa yang dibaca, permainan politik yang semakin 'kejam'.Hatta memperjuangkan bangsa Melayu dan Islam sekalipun, kedua-dua parti ini semakin 'menzalimi' pemikiran rakyat.

Sedih, tapi apa yang mampu kita buat? Mereka kader generasi muda di sekolah-sekolah dan universiti untuk dijadikan pengikut tegar masing-masing tanpa memberi ilmu yang sebenarnya kepada pewaris kepempinan akan datang ini.

Sesungguhnya maka lahirlah para pemuda dan pemudi yang bersifat taksub, jumud dan buta mata hati.kedua-duanya sekali, tiada bezanya.Apabila ada orang yang suci hatinya untuk memperbetulkan keadaan ini dalam parti, maka mereka dituduh mengkhianati.Sedih!Puas hati generasi muda yang masih inginkan keadilan yang sebenar meraung kepada mereka ini supaya cukuplah,berhentilah daripada permainan politik kotor kamu ini.

Sungguh yang terseksa itu adalah kami.Nescaya di suatu masa nanti,kami yang akan berdarah hasil doktrin politik kejam kamu berdua terhadap pemikiran kami.Kami dambakan ketulusan hati kedua-dua kamu dalam berjuang, bukan mengalatkan apa yang suci, bukan juga menggunakan kuasa mengikat kami dan juga bukan menyalahgunakan ilmu untuk menarik kami.

Berikan kami ilmu yang sebenar, diikuti dengan kepimpinan melalui tauladan.Sesungguhnya, apa yang lebih kami rindu kini adalah keimanan hakiki.Kami memohon pada Mu-Ya Allah, agar diberi petunjuk kepada kami agar kami tidak terperangkap dengan permainan politik Marchiavelli kedua-dua pemimpin kami.

Kami pohon pada-Mu Ya Allah,berikan kami hidayah untuk memperbetulkan kembali kesilapan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin kami ini.Tanpa kudrat-Mu, kami tidak mampu ya Allah, Bantulah kami, generasi yang ingin Islam kembali tertegak di muka bumi,dengan jalan yang suci seperti mana jalan-jalan yang telah Nabi-nabi kami tunjuki, bantulah kami, amin.

Semoga sedar pemimpin-pemimpinku (Khas untuk pemimpin-pemimpin UMNO! Dan PAS!)

Saturday, October 10, 2009

Pengenalan Kajian Warisan Intelektual Bangsa dan Sejarahnya

Salam,

Kepada semua pengunjung blog-blog aku,mintak maaf banyak2,sebelum ini memang aku tidak ada masa untuk menulis di dalam blog ini,sekarang pun kesibukan disebabkan sekolah penyembelihan universiti terhadap graduannya atas konsep kapitalisme yang masih menjajah seluruh sistem manusia termasuk Malaysia membuatkan aku turut merasai sembelihannya sehingga tidak dapat membincangkan pandangan isu semasa dalam blog ini.

Dengan masa yang cukup sedikit ini,aku lampirkan di sini lirik lagu yang agak popular sebelum ini dan masih hidup hasil karya sifu M.Nasir untuk kita selami jiwa, masalah, kebaikan, keunikan, kecelaruan, dan pelbagai lagi persoalan hidup yang boleh kita kupas tentang pandangan alam Melayu yang begitu unik ini.Buat sementara ini aku biarkan untuk korang menilai dan mencari makna tersendiri di dalam lirik tersebut sama ada dari sudut kebaikannya dan keintimannya dengan budaya melayu dan mungkin juga kepincangan dalam amalan dan falsafah yang bertentangan dengan agama dalam lagu tersebut.

Sementara aku mendapat masa lagi untuk mengulas tentangnya, sesiapa yang ingin mengulas lanjut tentang semua ini dan memberi pendapat tentang maksud lagu ini,dengan berbesar hati aku sediakan ruang di sini untuk kita berdiskusi tentang.Kepelbagaian pendapat amat digalakkan. Fikirkanlah....

M. Nasir


Mentera Semerah Padi

Hei! kersani mengalir lah dikau
Menjadi raksa
Mengisi belikat punggungku
Agar aku bisa berdiri
Tegap dan segak
Bagaikan laksmana Melayu

Hei! sepuluh helai daun sirih
Ku gentas bersama
Bunga cengkih jadilah dikau
Darah merah pekat
Mengisi uratku
Agar bisa aku berlangkah
Gagah dan tampan
Bagaikan sijantan yang berkokok

Di mana bumi ku pijak
Di situ langit ku junjung
Alang-alang menyeluk pekasam
Biar sampai ke pangkal lengan

Aku seru mentera pusakaku
Mentera semerah padi