Saturday, April 6, 2013

Membina Jiwa (2)

Aku mahukan jiwa ini kembali
Ia melayang jauh
Sabtu yang terisi
Mana mahu aku cari
Supaya jiwa ini kembali mewarnai diri
Jiwa aku yang sendiri
Bukan jiwa atas jiwa lain
Dalam kehidupan kita hanya perlu bergantung pada jiwa sendiri
Yang diikat pada Yang Maha Pencipta
Tuhan Sekalian Alam
Jika pergantungannya pada jiwa yang lain
Pasti tidak akan pernah tenang
Aku belajar ini daripada pengalaman
Aku sudah berjaya melepaskan diri daripada jiwa lain yang dulu
Secara penuh
Langsung tiada kilan
Cumanya, aku mahu jiwa aku
Yang hilang dan pergi
dalam pergelutan yang dulu
terpaksa aku lepaskan seketika
agar mampu bermandiri
tapi kini masih belum ditemui
Jiwa yang fikir
Masih gambar sama.Hanya ini dapat mengingatkan
pada Sabtu yang terisi jiwa
Yang merasa
Yang salutannya juang
Yang kuatnya jiwa
Yang besarnya cita
Yang depannya cerah
Yang belakangnya mangkin
Aku masih mencari
Kembalilah jiwa itu
Untuk aku hidup pada yang berbaki
Menerus tugas
Terus bergerak
Kembalilah
Ahad hari ini, tidak pasti
Sabtu semalam,
Indah dan penuh dengan kepuasan
Terisinya bekal diri
Itu makna bahagia

Membina Jiwa (Bahagian 1)

Kadang aku terfikir, merasa, susahnya mahu membina kembali jiwa yang telah hilang.Rasanya bagaikan kosong.Kalau boleh, setiap hari aku mahukan pengisian ilmu seperti mana berlakunya pada hari Sabtu.
Hari Sabtu kini terukir penuh ketenangan, kepuasan dan ketenteraman dek penuhnya pengisian yang memaknakan diri.Hanya hari itu sahaja aku fikir jiwa ini hidup.Hari-hari lainnya, aku merasa seolah-olah kempis, sesak di dada, mencari-cari sesuatu untuk menenangkannya.Hidup aku kini sudah lain.Mahu membina kembali jiwa yang pernah runtuh bukan mudah.Aku harus bermula dari bawah.Itu yang getir.Seksa.
Tercari-cari.Bermain dengan masa dan tuntutan yang menghimpit.Semoganya kekuatan itu ada....


Sunday, March 17, 2013

Hari yang Cerah untuk Jiwa yang Cerah

Alhamdulillah, setelah beberapa minggu diuji Allah dengan dugaan yang tidak pernah dijangka, akhirnya menemui kembali jiwa yang hilang dek tersentap dengan perkhabaran yang tak dijangka.Dalam 6 minggu aku tersungkur, mencari dan ingin membina jiwa ini bukan mudah.Di dalam kegelapan itu juga sebenarnya datang satu hikmah paling besar, anugerah yang tidak ternilai, hadiah yang paling mahal, iaitu kurniaan Tuhan Yang Maha Besar kepada hambaNya yang banyak berdosa.Aku bersyukur, nikmat yang paling besar adalah kurniaan hidayah yang menyedarkan kembali diri yang jauh dari Pencipta.Lupa, alpa dan leka.Ujian itu mengingatkan diri, menginsafkan diri, bahawa aku lupa kepada Yang Maha Pengasih.Sungguh Dia penuh dengan kasih sayang dan rahmat.Didatangkan ujian sebagai tanda rindu mendengar hambaNya merintih.Aku bersyukur, tidak terkata.Ini nikmat paling besar, Subhanallah.Terima kasih Ya Allah :-)

Sunday, February 17, 2013

Setelah hati terluka

Saat paling berat, bila kita dapat jawapan kepada segala yang berlaku.Kenyataannya perit.Mudah untuk aku harungi dunia tanpa jawapan.Namun, dengan khabar yang menghiris jiwa, aku rasa seolah luluh diri ini.Apa yang berlaku selama ini, andai itu sebabnya, pasti satu penyeksaan yang paling berat pernah aku terima.Rasa diperbodohkan, dipermainkan dan ditipu.Kemarahan yang tak dapat nak aku luahkan, menjadi barah kebencian dalam diri.Sungguh, ini satu cara yang tak dapat aku maafkan.Maaf, memang aku tak maafkan.Aku boleh bersabar dan menerima kenyataan, namun untuk menerima hakikat bahawa diri ini seolah-olah dipermainkan dengan pembodohan yang dilakukan selama ini, aku tak dapat.Maaf, sehingga dia datang sendiri memohon maaf.Mencabar diri ini bukan satu cara terbaik engkau nak lepaskan diri.Jangan ingat mudah untuk aku maafkan kau setelah bermacam-macam penyeksaan kau berikan.Ingat, kau sedang berdepan dengan aku.Dan kau kenal baran aku bagaimana.Sehingga kau datang melutut meminta maaf, baru aku maafkan.Yang dahulu itu, tipuhelah kau tanpa memberitahu perkara sebenar.Semoga kau faham..

Saturday, September 15, 2012

Aku Takkan Lupa


Aku tak akan lupa wahai 'kawan'.Terima kasih kerana mengajarkan aku tentang seni berpolitik, terima kasih kerana menyedarkan aku untuk menggunakan seni ini dalam perhubungan.Dulunya, aku fikirkan ini mitos.Tetapi dunia sepanjang di alam pengajian kejuruteraan mengajarku banyak perkara, dan yang paling besar tentang perkara ini, iaitu 'Berpolitik dalam perhubungan, berkawan dan mencari kawan untuk kepentingan dan hanya bila memerlukan, dan banyak kalanya, diperangkap ditinggalkan dalam survival bersama'.Dengan begitu banyak pengalaman-pengalaman yang menghentak jiwa aku, aku belajar satu perkara, rupanya 'keikhlasan' itu tidak bermakna.Sekarang, selamat datang.Kamu boleh mengenal siapa aku yang sebenar, dan kamu akan lihat sehebat mana permainan politik aku.Keikhlasan aku hanya untuk orang yang ikhlas.Sebagaimana kamu berurusan dengan aku, begitu juga aku akan melayani kamu.Aku sudah serik untuk bersangka baik setelah dihentak-hentak sedalam-dalamnya ke dalam kubur yang engkau gali.Ketahuilah, jiwaku ini sangat liat.Tiba saatnya aku keluar dari kuburmu, berjaga-jagalah...:-)

Sunday, September 2, 2012

Never Give In!



"I whole-heartedly believe that every single person that crosses our paths in this life are put there for a reason. Some are put there so you learn what to NOT be in life. Some are there and they want to help you in every possible to succeed. Some are put there to help you through the darkest days of your lives. Some are put there to show you how to love again - maybe even for the first time."

"Like a candle, that bright shine can only last for so long. People change over time...it's a given. So you either find a way to make that shine last or it'll simply go out. Whether it's a job, a friend, a lover or whatever.....it's a effort that needs to be shared by more than one person. Life is too short for each and every one of us to not be happy. We ALL deserve to be happy. I, for one, will not let anyone take that happiness away from me :)" -
KICKPICS - Professional Martial Arts Photography and KICKPICS.net 

Monday, August 27, 2012

Perjalanan Ini



Dah lama tak update blog.bersarang dengan macam-macam.Dan aku pun dah tumpul semua perkara dek diperah segala fokus hanya kepada dunia sempit 'engineering' wuhuu.Menantikan saat 'pembebasan' itu, aku perlu lebih banyak bersabar.Banyak ujian sepanjang perjalanan yang tidak mampu ditulis.Kalau bercerita pun, sudah pasti mengambil masa yang sangat lama.Yang penting, aku bersyukur atas didikan agama yang baba (panggilan kepada ayah aku) berikan kepada aku semenjak dari kecil lagi.Selain didikan langsung darinya, dihantar ke kelas-kelas pengajian agama sewaktu usiaku masih mentah secara berterusan.Dan aku bersyukur, ustaz2 dan ustazah2 yang mengajarku itu sangat berkaliber padaku dalam menanamkan keyakinan dan membentuk pandang alam terhadap agama ini.Ilmu2 yang disampaikan, nilai2 yang ditanam, kefahaman yang mengakar dan keyakinan yang dipasak kukuh, itulah bekalan yang paling bernilai pernah aku ada dalam hidup.Itulah yang menjadi pedoman yang sangat2 berguna sehingga ke hari ini.

Kini, Alhamdulillah, walau kadang-kala merasakan saat ujian dan dugaan itu melanda di sepanjang perjalanan, yang kadang-kadang aku tidak menyangkakan sebegini tabah aku perlu hadapi, sekental batu hatiku perlu bertahan, nafasku terhenti jika mengenangkan kesesakan dan kesukaran perjalanan itu, namun, bekalan2 tadilah yang menjadikan aku sebagai seorang yang masih lagi mampu berdiri sebegini di dalam wilayah ini tanpa perlu aku berlari dari tanah ini walau dipukul sehingga berdarah, ditikam berkali-kali di luka lama, dihentam balak ke dada, dihayun kayu ke kaki, dilibas aku dengan cemeti, ditabur kaca dan duri, dikhianati dengan teman2 pengembaraan yang mengajarku apa itu erti 'politik', ditarik dan digugat sejauh-jauhnya keyakinanku pada erti keikhlasan dan berbuat baik di dalam perhubungan dan seribu satu mehnah yang aku tidak pernah membayangkan melalui saat-saat sebegini.Mungkin ini ujian yang Allah bagi untuk menghapuskan dosa-dosa aku, meningkatkan darjat diri dan mendekatkan diri di sisiNya.

Alhamdulillah, ilmu2 agama yang baba sediakan ke dalam diri aku dulu menjadi satu bekalan yang paling berharga.Tanpa agama, matilah jasadi dan rohani ini, berkontradiklah segala zat-zat diri yang pasti akan musnah dan hancur pupus tanpa makrifat kehidupan ini.Agama, keyakinan dan iman adalah sesuatu yang sangat2 berharga dalam kehidupan.Ialah matlamat agung kehidupan kita ini.Menuju kepada Yang Maha Esa.Terima kasih ya Allah, atas nikmat ilmu dan iman yang Engkau anugerahkan kepada diri ini.Aku bersyukur setinggi-tingginya.Tanpanya, aku hina terlerai seperti debu yang berterbangan.Aku bertaubat di atas segala dosa-dosa dan kesilapan yang pernah aku lakukan.Dan ku mohon keredhaanMu dalam kehidupanku agar pengakhiran ku itu adalah husnul khatimah yang akan menutupi makna kewujudanku ini sepertimana tujuan ia dijadikan.Ya Allah, kuatkan langkahku, tegapkan tapakku agar aku terus mampu bertahan dengan cabaran-cabaran yang masih belum selesai.Aku mohon pertolonganMu ya Allah, permudahkanlah perjalananku ini.Amin.

Sesuatu yang aku tidak pasti sebesar mana cabaran dihadapan dan bila samudera berombak ganas ini akan mula reda.Yang pasti, nakhodaku harus cukup kuat dan kental untuk terus belayar menuju destinasinya biarpun berseorangan mengemudi bahtera sebesar ini.

Hukum alam, di pelabuhan itu nanti pasti ramai yang mahu menaikinya kerna sudah gah dibuktikan kemampuannya menepati gah yang mereka mahukan, namun kepedihan sepanjang melayari bahtera melintasi pukulan ombak besar dan angin kencang yang menjadi pemisah di antara yang ikhlas dan berkepentingan, pasti tiada siapa yang mahu mengambil peduli tentangnya.Yang penting jasadmu itu harus di pelabuhan mereka.Jika tidak, karamlah sendirian di lautan itu tanpa ada yang akan meratapi dan kisah berkenaan kewujudan kapalmu itu.Inilah dunia, survival of the fittest.

Tanpa agama, kita sesat dalam keghairahan manusia mengejar kepuasan nafsu dan ego tanpa sedikitpun nilai perikemanusiaan.Berhati-hatilah kawanku, sentiasalah persiapkan jiwamu agar kental-sekentalnya, kerana di depanmu itu, akan ada belantara yang pasti tidak pernah engkau bayangkan perlu melaluinya.