Dan aku bimbang, terhapuskah dosa-dosa aku sepanjang menggalas amanah ini.Terlampau banyak dosa-dosa yang telah ku lakukan sepanjang menggalas amanah ini.aku bersalah pada mereka.aku bersalah pada amanah mereka.Peribadi diri tidak cukup baik untuk menjalankan amanah ini dengan sempurna.Aku bimbang, dek sepanjang menerima amanah ini, kesilapan dalam kehidupan peribadiku menemui dosanya bersama amanah kepimpinan ini yang lebih besar dan ramai yang aku bertanggungjawab terhadapnya.Ya Allah, aku memohon keampunanMu atas kegagalan, kesilapan dan dosa-dosaku sepanjang menggalas amanah ini sama ada yang aku sedari mahupun tidak sedari :-(
Astaghfirullah al-azim
Telah aku jangkakan dulu sewaktu mula-mula ditaklifkan ke posisi itu, bahawa betapa beratnya dosa-dosa yang akan ku tanggung jika peribadi diriku sendiri juga masih belum ku selesaikan.Aku mahu saja memberitahu mereka tentang ketidaklayakan peribadi aku dalam menggalas amanah sebuah gerakan Islam, yang pasti memerlukan saff kepimpinan yang berperibadi sangat mulia.Amanahnya terlalu besar, astaghfirullah, aku berharap beban rasa berdosa ini mampu hilang.Aku sangat-sangat berharap kemaafan kalian.Sesungguhnya aku terlalu lemah dalam menggalas amanah ini.Tiada yang lebih berat pernah aku rasai melainkan amanah untuk memikul gerakan ini sedang diriku sendiri dalam keadaan tidak layak bahkan begitu kerdil di depan Yang Maha Esa.Sungguh, aku kelu.Tak mampu nak berkata apa-apa lagi.Hanya satu aku harapkan, maafkan aku teman-teman.Jiwaku masih resah, maafkan aku :-(

Maafkan aku teman-teman semua.Aku sangat-sangat mengharapkan kemaafan daripada kalian semua yang pernah terlibat di bawah tanggungjawabku sepanjang menggalas amanah ini.Aku mahu hidup tenang selepas ini tanpa rasa bersalah lagi terhadap apa-apa yang ku gagal dan silap semasa menggalas amanah kepimpinan ini.Bagi diriku, kepimpinan adalah sesuatu yang sangat besar dan berat.Ianya bukan perkara main-main.Ibubapaku juga ustaz-ustaz yang pernah mendidik diri ini dari kecil selalu mengajarkan dan sangat menekankan kepada diri ini berkenaan betapa seriusnya amanah kepimpinan ini dan kesan dosa-dosanya.Kesan kesilapannya tidak mampu aku tanggung di akhirat kelak sedang dosa diri inipun masih terlalu banyak untuk aku mohon keampunan dari Yang Maha Esa.Ya Allah, ampunkan aku atas dosa-dosa ini.Sucikanlah diriku kembali dari dosa-dosa dengan manusia ini, semua yang pernah berada dalam tanggungjawabku, dalam amanah yang engkau berikan kepadaku, aku memohon keampunan :-( Sesungguhnya ini amat berat...Ya Allah, janganlah engkau hukum aku atas kesilapan ini, maafkan diri ini, bukalah pintu hati mereka semua untuk memaafi diri ini.Aku memohon keampunan sebanyak-banyaknya.Sungguh diri ini terlalu lemah.Maafkan diri ini semua teman-teman.Astaghfirullah.....
No comments:
Post a Comment