Sunday, March 20, 2011

Nukilan Dua Puisi

Salam

Entri 2 puisi di bawah aku tujukan khas untuk semua sahabat-sahabatku
manusia-manusiaku
yang membakar diri demi aku
untuk kembali berdiri
setelah terlantar lemah
untuk beberapa minggu
(*3 minggu yang berat)

Terima kasih ku untuk semua
Tiada apa yang mampu dikata
melainkan nukilan yang tidak seberapa ini
Tapi ikhlas dari sudut hati

Penghargaan untuk sebuah persahabatan
Ya Allah, ampunkan dosa-dosa kami,
Berkatilah kami, Pandulah kami,
Satukan hati-hati kami,
Kekalkanlah nikmat ini,
Rahmatilah kami

Amin..

Kembali Berdiri

Dan kini
Aku masih di sini
Bezanya cuma keadaan
Dan di sini
Aku akan bangun
bangun melawan
kamu-kamu yang menikam
Dan bangun ini
Takkan rebah lagi
Dan ini cuma harapan

Sungguh
Hanya berdiri yang aku mampu kini
namun belum melawan
Tangan ini masih lemah
kaki ini masih kaku

Sungguh
Terima kasih
Yang membawa pedang
Pedang untuk aku berlindung
Di kala masih bertongkat

Sungguh
Tiada kata mampu kukata
hanya seribu penghargaan
atas kekuatan yang dikongsi
walau diri terpaksa dibakar

Dan kita
Sebenarnya membakar
Membakar diri demi yang lain
Dan kita
masih terbakar
Untuk jalan yang gelap
Agar yang tersayang
mampu melihat jalan
dalam kegelapan yang suram

Sungguh
rasa ini begitu indah
sudah lama gelap itu datang
dan ia masih belum pergi
hanya api yang dikongsi
menjadi bekal

Sungguh
api yang membakar diri ini
adalah kekuatan
untuk kembali melawan
walau sakit

Sungguh
tak pernah terlihat
oleh mata ini
sekumpulan jiwa-jiwa
yang ikhlas membakar
walau diri yang terkorban
hanya satu kekuatan
terbakarlah kita bersama
kerna hanya ini yang kita mampu
saat berjumpa mentari nanti
akan ku rawat luka-luka itu
biar kita kembali berlari
sepenuh hati
melawan semua yang berdiri di depan
biar pedang menghunus semua yang menghalang
biar yang berdiri mengerti
Masa itu roda
Saatnya akan tiba nanti

Terima kasih insani

Saturday, March 19, 2011

Harapan Itu

Aku
Aku cuba dapatkan rasa itu

Aku
Aku cuba ingatkan kembali
Perkara itu

Aku
Cuba fikirkan semula semua itu

Aku
Mahu semua semua itu datang kembali
Di saat ini
Di saat aku empunya sakti

Aku
Aku tolak semuanya
Untuk itu

Aku
Aku inginkan yang tertinggi
Untuk kamu

Aku
tak ingin
Semuanya seperti tidak berubah

Aku
Mahu kamu kembali
Merasakan saat itu
yang mungkin hanya
Aku inginkan
Aku tak tahu

Aku
Mahu semuanya
gembira

Aku
Rela menolak semua
demi rasa itu kembali
pada kamu
Kerna aku
hargai tali itu
yang kau hulurkan
jalurnya padaku

Aku
Sebelumnya tak mampu
Memegang tali yang kau hulur
Kerna aku adalah aku

Aku
Di gelap sini
bersedia bintang dan langit
Demi kembalikan rasa itu
Atau mungkin
memberi rasa itu
pada kamu

Aku
walau aku tak pasti hujungnya
namun masih aku berharap
memohon agar aku
mampu
zahirkan rasa ikhlas itu
terima kasih itu
untuk kau yang terdahulu

Aku
mencuba sepenuhnya
di gelap ini
membakar diri
menyimpan gelodak
memendam amarah
yang ada dalam aku

Agar kamu kembali
merasa jiwa itu
Senyummu ikhlas
Rasamu jujur

Aku
dan terus mencuba
Bahkan membakar diri
untuk kamu
Agar kamu melihat
jalan harapan itu
yang aku rasa
kau mahukannya
Walaupun mungkin tidak

Aku
Tak pasti semua itu
Yang pasti
aku mencuba
Dan masih mencuba
memberi rasa itu

Aku
Biar aku mati apinya
Biar aku lenyap hingga akhirnya
Kernaku tahu
Hanya itu yang termampu

Aku
Di saat ini
Menghargai kamu
Sampai akhirnya
kekuatan itu kekal
kekal terukir dalam benak sanubariku

Aku
Bila sampai masanya nanti
Untuk aku berlari
Akan ku heret
upih pinang lalu bersama
kerna itu tujuan aku berlari
berlari menuju makna
Bukan berlari mengejar yang tipu
kerna itu aku perlu kamu

Aku
Bimbang andai rasa itu
Bukan lagi harapanku
kerna aku juga
punya rasa

Dan sekarang
dan nanti
Datangkah rasa itu?


Untuk sahabat-sahabatku
tenkiu...

Wednesday, March 2, 2011

Aku Hilang Dalam Taman Ini

Aku Hilang

Aku hilang dalam taman yang merimbun

aku hilang

Aku hilang dalam lautan yang membiru

aku hilang

Aku hilang dalam kertas yang bertimbun

aku hilang

Aku hilang dalam kota mayat bernyawa

aku hilang

Aku hilang dalam bangunan yang menipu

aku hilang

aku hilang lagi





Dan aku terus hilang dalam taman ilmu yang dicabul

Aku hilang dalam taman budi yang munafik

aku terus hilang

Duniaku kini hampa

Adakah lagi harapan itu

Sementalah penyemai benih sejati dalam taman itu pergi

pergi meninggalkan taman budi ini



Adakah lagi harapan

untuk aku melihat ia kembali mewangi

dengan nilai dan pandangan yang sejati

aku hilang



Adakah lagi kekuatan untuk aku merasai

buah ranum satu dalam seribu

aku hilang lagi

Kini penyemai itu pergi

bersama benih-benihnya yang suci

Aku kini meratapi

andai aku bisa menemukanmu lagi disini





Duhai murabbi

Kini aku hilang lagi

siapa yang mengganti

cukuplah derita taman ini

sakitnya tidak terperi

diri ini tidak tertahan lagi





Akan ku hancurkan taman ini

Akan aku nyalakan api ini

membakar penyemai yang dengki

biar jasad berkecai

biar nyawa melayang

asal musnah kesesatan ini

asal berdarah pemegang kota suci ini

untuk mu sang murabbi

Aku rela dikeji