Salam,
Rasanya sudah lama tidak menjegah ke laman blog ini.Sementara masih ada masa sebelum melewati waktu ke kelas 'tutor', jadi ingin aku bingkaskan sedikit cetusan hati yang tiba-tiba datang sementalah membaca beberapa isu semasa di blog-blog para pejuang mahasiswa dan pemimpin siasah.
Hum...perkara pertama, apabila melihat senario politik pada hari ini,terutama politik antara UMNO dan Pas, sungguh memualkan.Diri ini kadang-kala ingin sahaja rasa memuntahkan apa yang dibaca, permainan politik yang semakin 'kejam'.Hatta memperjuangkan bangsa Melayu dan Islam sekalipun, kedua-dua parti ini semakin 'menzalimi' pemikiran rakyat.
Sedih, tapi apa yang mampu kita buat? Mereka kader generasi muda di sekolah-sekolah dan universiti untuk dijadikan pengikut tegar masing-masing tanpa memberi ilmu yang sebenarnya kepada pewaris kepempinan akan datang ini.
Sesungguhnya maka lahirlah para pemuda dan pemudi yang bersifat taksub, jumud dan buta mata hati.kedua-duanya sekali, tiada bezanya.Apabila ada orang yang suci hatinya untuk memperbetulkan keadaan ini dalam parti, maka mereka dituduh mengkhianati.Sedih!Puas hati generasi muda yang masih inginkan keadilan yang sebenar meraung kepada mereka ini supaya cukuplah,berhentilah daripada permainan politik kotor kamu ini.
Sungguh yang terseksa itu adalah kami.Nescaya di suatu masa nanti,kami yang akan berdarah hasil doktrin politik kejam kamu berdua terhadap pemikiran kami.Kami dambakan ketulusan hati kedua-dua kamu dalam berjuang, bukan mengalatkan apa yang suci, bukan juga menggunakan kuasa mengikat kami dan juga bukan menyalahgunakan ilmu untuk menarik kami.
Berikan kami ilmu yang sebenar, diikuti dengan kepimpinan melalui tauladan.Sesungguhnya, apa yang lebih kami rindu kini adalah keimanan hakiki.Kami memohon pada Mu-Ya Allah, agar diberi petunjuk kepada kami agar kami tidak terperangkap dengan permainan politik Marchiavelli kedua-dua pemimpin kami.
Kami pohon pada-Mu Ya Allah,berikan kami hidayah untuk memperbetulkan kembali kesilapan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin kami ini.Tanpa kudrat-Mu, kami tidak mampu ya Allah, Bantulah kami, generasi yang ingin Islam kembali tertegak di muka bumi,dengan jalan yang suci seperti mana jalan-jalan yang telah Nabi-nabi kami tunjuki, bantulah kami, amin.
Semoga sedar pemimpin-pemimpinku (Khas untuk pemimpin-pemimpin UMNO! Dan PAS!)

5 comments:
saya pun kecewa.
sekarang perbincangan bukan pada perspektif mencari apa yang betul.
tapi mencari kesalahan orang tanpa menilai diri.
sukar dibawa berbincang.
menjadi diskusi satu perkara 'menyakitkan hati' dan menutup minda.ini mengecewakan.terus menutup selera saya mengikuti politik arus perdana.walau saya sedar ini tidak wajar untuk diri saya dan masa depan saya.tapi rasanya dah tawar hati~nak gula ckit!!!hoho
huhu,memang mcm tu la faiz,xreti nak cakap apa da kat golongan mcm ni,plg sedih bla tgk keadaan kegkwn sebaya kita yg teroerangkap dgn permainan ni,xnampak da kebenaran org lain,yg betul semua dia je,sedih2,tp tunggu bebrapa thun kemudian baru akui, n tukar pulak pendirian ikut pemimpin diorg.mcm2...tunggang terbalik,bak kata my lecturer ,stella luna was upside down hehe
maaf la dengan kecetekan pengetahuan saya..apakh itu stella luna??
stella luna tu sejenis binatang apa entah macam kelawar kot,saya sendiri pun xthu hehe,saya ambik perkataan dpd crite lecturer saya hehe
xingat nak cari mugo singgah laptop ni b4 masuk toilet jek
Post a Comment