Tuesday, December 23, 2008

Dilema Malaysia (1)

Salam,

Hari ini saya akan menyenaraikan beberapa isu yang telah saya pilih berdasarkan laporan media untuk dijadikan santapan minda kita bagi berfikir secara 'mendalam' tentang isu-isu tersebut.Isu-isu yang akan saya bincangkan di dalam blog ini nanti apabila saya berkesempatan akan saya senaraikan di bawah untuk dijadikan rujukan dan perkongsian intelek antara kita untuk kita fikirkan bersama.

Semua isu yang akan saya senaraikan di bawah begitu penting tetapi telah terlepas pandang daripada pandangan sestengah masyarakat dan juga kerajaan.Sesetengahnya pula diabaikan dan disalah tafsirkan pula oleh beberapa pihak dan ada kalanya ia diperburukkan oleh sesetengah pihak bagi menjaga kepentingan sesetengah pihak yang lain.

Adalah amat malang isu-isu yang sepatutnya membina sebegini dijadikan permainan politik dalam negara kita.Saya seorang pemerhati bebas sahaja dan tidak berpihak kepada mana-mana pihak sama ada kerajaan atau pembangkang.Semua isu dan pendapat yang saya akan tuliskan nanti adalah merupakan pandangan peribadi saya sebagai seorang yang tidak bertaklid buta pada mana-mana parti politik dan tidak juga fanatik pada satu-satu pihak terutama politik.

Amat sedih sekali kerana situasi perpecahan dalam masyarakat kita sekarang kerana keegoan masing-masing dan juga sesetengahnya disebabkan bertaklid buta pada satu-satu pihak.Perkara ini berlaku pada setiap lapisan masyarakat sama ada dewasa ataupun remaja.

Kadang-kala walaupun pihak yang disokongnya itu melakukan kesalahan yang dia sendiri akui tetapi tetap dipertahankannya dan kecaman juga tidak berlaku seprti mana kecaman yang dilontarkan kepada pihak yang tidak sebulu dengannya.Saya pun tidak faham mengapa teradi begini.

Adakah kita belum cukup matang untuk menilai semua perkara tersebut dan berani mempertahankan yang hak dan yang menentang yang batil walaupun perkara itu berlaku dalam pihak yang kita sokong sendiri.Kita seringkali berlaku tidak adil dan tidak menurut syariat Islam.Padahal pada sesetengah pihak mereka tahu dan belajar tentang bagaimana Islam menyuruh kita berpegang pada sesuatu perkara tetapi kita tetap sombong menjadikan semua yang di pihak kita itu benara walaupun sebenarnya salah.

Tentanglah yang batil dan tegakkan kebenaran walaupun pahit.akuilah dan kita sama-sama memperbetulkannya.Islam itu agama yang indah dan lengkap.Tapi kita sering melupakan ajarannya apabila berdepan situasi yang tidak berpihak kepada kita.Mengapa kita tidak matang lagi???Mengapa kita masih belum dapat menghayati ajaran Islam yang sebenarnya walaupun sesetengah daripada kita cukup tinggi ilmu agamanya??

Islam mendidik umatnya menjadi umat yang cemerlang dan matang.Kita yang salah apabila kita sendiri yang bersikap dan berpemikiran yang tidak melambangkan sepeti mana syariat Islam.Dalam hal politik, sama ada Umno atau Pas, kedua-duanya tidak sempurna.Saya menyokong semua perkara benar yang dilakukan oleh mana-mana pihak sekalipun dan juga menentang segala perkara yang bertentangan dengan Islam daripada mana-mana pihak sekalipun.

Cukup kagum dengan Dr Asri, bekas mufti Perlis.Pendirian sebegitulah yang kita mahukan.Malah beliau berani menyuarakan teguran kepada mana-mana pihak sama ada pembangkang ataupun kerajaan.Kita tidak boleh bertaklid buta.Tetaplah berpihak pada Islam dan bukan parti.Satukanlah umat Islam di Malaysia ini.Matanglah dalam berfikir dan berbicara.Penyelesaian pada masalah umat kita ada, tapi sikap kita selalu menggagalkannya.Ada yang korup, ada yang sombong.Sungguh bermasalah.Saudara-audari, ingatlah, hanya Islam yang benar, fikirkanlah....

Senarai isu yang akan dibincangkan dan untuk difikirkan bersama :

1. Siasatan Berkenaan Dakwaan Sheikh Muszaphar Dituduh Mengumpul Bayaran Ceramah Sebanyak 1.2 juta

- Kita di Malaysia pelik, nak bayar persembahan artis tak berkira,sanggup bawak dari luar negara,tapi bila orang intelek dan berjiwa besar sebegini dikatakan meminta bayaran ceramah kita sudah bising.Saya yakin dakwaan tersebut tidak benar dan banyak dibesar-besarkan oleh media dengan tajuk yang tidak sesuai(sedangkan mereka mahir dalam lenggok bahasa).Hatta dia sepatutnya menerima bayaran lebih daripada itu.Tetapi masayarakat kita sudah terbalik fikirannya.

Sumber untuk artikel berkaitan isu ini :
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=018325&Itemid=109

2. Lagu yang Mempunyai Beberapa Lirik Dr Asri Disekat

-Perbuatan ini menunjukkan tidak matangnya pihak kementerian berkenaan dalam mengambil keputusan.Terasa ke apa tak tahulah.Satu lagi contoh ketidakmatangan dalam berfikir dan bertindak.

Sumber untuk artikel berkaitan isu ini :
1.http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1224&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_13.htm
2.http://drmaza.com/home/?p=526#more-526

3. Ketidakfahaman sesetengah pihak mengenai hukum Islam dan juga penghayatan Ajarannya

-masih ramai tidak faham betapa pentingya hukum Islam dilaksana.

Sumber untuk artikel berkaitan isu ini :
1.http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1224&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_09.htm

4. Isu PPSMI: Antara Bahasa dan Ilmu, Jatidiri atau Maju Tidak dengan Acuan Sendiri

5. Kepentingan Pelajaran Subjek Sejarah di semua peringkat pendidikan dan Penghayatannya di Kalangan Pelajar


No comments: