Sunday, September 7, 2008

Setelah 51 Tahun,Generasi Majmuk dan Kekeliruan

Salam,
Setelah lama saya tidak mempunyai 'blogging will' kerana kesibukan masa dan kekeringan isu yang saya ingin utarakan, namun kali ini fenomena dalam negara merangsang saya untuk kembali menulis bagi menyedarkan sekalian sahabat-sahabat sebangsa saya, dan juga ahli2-ahli anggota majlis perwakilan rakyat Malaysia amnya.Hari ini ,hati saya terasa sedikit pedih ,mujur puasa memberi saya kekuatan unutk terus bersabar.Dalam minggu ini, satu isu yang cukup megghairahkan berkenaan sejarah bangsa telah hangat ditimbulkan oleh mereka-mereka yang tidak tahu beryukur.Sungguh pedih.Hakikatnya saya tidak suka membincangkan tentang isu perkauman atau mengenai bangsa, kerana skop yang sebenar yang patut dituju adalah ummah, tanpa mengira bangsa.Tetapi disebabkan melihat senario pada hari ini menunjukkan ada orang cuba memutarbelitkan fakta sejarah yang kita pelajari sendiri di sekolah suatu ketika dulu, saya berasa amat gusar dan semakin membara kemarahan disebabkan ada manusia-manusia ini yang ingin menghapuskan identiti kita sebagai orang Melayu dan Islam.Koh Tsu Koon, begitu rancak membidas ucapan yang dibuat oleh Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail mengenai orang Cina ini 'menumpang'.Memang itu fakta sejarah dan cara diucapkan oleh
Datuk Ahmad Ismail ini adalah dengan cara yang betul dan bukan menghasut untuk perkauman.Ia sengaja dimanipulasi oleh mereka-mereka yang berasa tergugat.Saya bukan ingin membela beliau tetapi saya membela apa yang beliau katakan.Sejarah tetap sejarah,sesiapa yang melupai sejarah pasti akan melakukan kesilapan yang sama berulang kali.Kaum Melayu dan Bumiputera adalah penduduk asal Tanah Melayu ini.Bangsa-bangsa lain merupakan pendatang yang telah diberi kerakyatan hasil tolak ansur orang Melayu.Sungguh meluat saya dengan mereka yang tidak tahu bersyukur ini.Apabila mereka menyentuh hak-hak kita dan juga mempermainkan sensitiviti kita, mereka lantang bersuara.Tetapi apabila kita memprotes, mereka menyalahkan kita seolah-olah kita tidak berhak di atas tanah air sendiri.Kini, malang seribu kali malang, Datuk Ahmad Ismail bakal disiasat oleh polis atas dakwaan menghasut berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh bangsa yang menumpang di negara kita sendiri.Sedih, mungkinkah kita akan dijajah lagi???Mungkinkah kita akan dibuang lagi dari Tanah Air sendiri??Mungkin suatu hari nanti, para PATI dari indon,bangladesh dan sebagainya pula yang akan mendakwa kita di tanah tumpah darah kita sendiri.Kata Ibnu Khaldun dalam bukunya Mukaddimah,50 tahun kedua adalah saat2 bermulanya keruntuhan sesuatu bangsa,50 tahun ketiga maka runtuhlah kita jika kita tidak sedar dari sekarang.Hemmmm...51 tahun negaraku merdeka....;-( ...Melayu Takkan Hilang di Dunia....memberi maknakah kepada Melayu 'Baru'??? fikirkanlah.....

No comments: