Wednesday, June 18, 2008

DILEMA MASYARAKAT DAN KECELARUAN SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Salam

2 Hari lepas heboh mengenai kekurangan pelajar lelaki di IPT,agak melucukan apabila berita itu disiarkan,bukan kerana apa,tetapi saya terkilan kerana masyarakat di negara kita masih tertutup mentaliti mereka apabila tersilap pandang dalam hal sebegini.Mungkin atas dasar kaum lelaki,saya amat tidak bersetuju dengan perspektif yang ditimbulkan melalui berita tersebut apabila ramai beranggapan pelajar lelaki lemah,tidak berminat,pemalas dan macam2 lagila tanggapan negatif yang diberikan berdasarkan keputusan laporan berita tersebut.Hakikatnya,janganlah kita menghukum terlalu cepat dan janganlah berfikiran pendek dalam menganalisis sesuatu kejadian.Kaji selidik lah dahulu,mengapa dan apa punca yang menyebabkan berlaku sedemikian rupa.Dan satu lagi,ubahlah persepsi kita dalam melihat kes tersebut dan juga kes2 pendidikan yang lain.Kerana tujuan asal saya menulis blog ini untuk memperbetulkan sistem pendidikan,maka saya akan terus memperjuangkan perbincangan yang membina mengenai pendidikan dalam laman ini.Diharap dapat mengubah sedikit paradigma kita, jika kita ingin menjadi masyarakat MAJU...selamat membaca rencana di bawah yang saya petik dari utusan hari ini(18/6/2008)...ada banyak mesej penting yang penulis tersebut ingin sampaikan...selamat berfikir.....

Lelaki tumpu kemahiran


REMAJA lelaki kini cenderung mengikuti bidang keusahawanan daripada kerja makan gaji.


KEBIMBANGAN terhadap trend pelajar wanita yang menguasai institusi pengajian tinggi (IPT) pernah disuarakan sebelum ini apabila nisbah menunjukkan pelajar lelaki dan perempuan 60:40, iaitu 60 peratus bagi pelajar pe- rempuan dan 40 peratus bagi pelajar lelaki.

Perbandingan yang dicatatkan di kebanyakan IPT itu menimbulkan polemik yang pelbagai termasuk isu kualiti generasi muda lelaki hari ini dalam persediaan menempuh cabaran negara yang lebih getir pada masa depan.

Turut dikaitkan adalah kesannya terhadap sosio dan budaya dalam masyarakat apabila meningkatnya bilangan wanita berpendidikan dikatakan turut menyebabkan lebih ramai golongan itu berkahwin pada usia lewat, atau tidak berkahwin langsung.

Sejauh mana keterbukaan dasar dan polisi kerajaan yang memberi peluang pendidikan sama rata kepada semua penduduk tanpa mengira gender itu memberi kesan seperti yang dibimbangi, sebenarnya terlalu subjektif untuk dinilai.

Sementelah ia berkait rapat dengan usaha dan kegigihan seseorang untuk memajukan diri, kebijaksanaan dan kejayaan yang diperoleh sewajarnya tidak dibandingkan dengan apa-apa perkara, apatah lagi kegagalan di pihak yang lain.

Ibaratnya ketika padang dibuka sama rata, kenapa perlu ada pihak yang mempersoalkan kejayaan dan kelebihan golongan tertentu yang bertanding di gelanggang serupa?

Meningkatnya bilangan pelajar wanita di IPT ketika ini seperti yang dipersetujui banyak pihak turut berpunca daripada konsep pendidikan terutamanya di peringkat IPT seperti yang diamalkan di negara ini.

Berorientasikan peperiksaan yang memerlukan ketekunan dan semangat mengulang kaji pelajaran yang tinggi, konsep pendidikan sebegitu perlu diakui memberi kelebihan kepada pelajar perempuan.

Pelajar lelaki pula tidak ramai yang jenis ulat buku, sebaliknya lebih selesa mengembangkan bakat dan kemahiran diri secara praktikal.

Ini sekali gus menjelaskan mengapa golongan itu lebih ramai di kolej komuniti seperti di Institut Kemahiran Belia Negara dan Institut Kemahiran Mara (IKM), biarpun sebenarnya berkelayakan melanjutkan pelajaran di IPT.

Lalu jika trend pelajar perempuan yang lebih mendominasi IPT ketika ini dilihat sebagai satu masalah, maka sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan seperti diamalkan di gedung ilmu itu tidak dapat mengelak daripada dipersalahkan.

Persoalannya berbaloikah sistem pendidikan itu dikaji semula dan dirombak, apabila dasar yang sudah bertahun-tahun lamanya diamalkan itu lebih menonjolkan pelajar perempuan?

Atau pertanyaan yang lebih besar lagi, apakah penguasaan pelajar perempuan di IPT itu benar-benar menjadi masalah kepada negara dan mengancam sosio dan budaya masyarakat pada masa depan?

Bagi pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Nazarudin Zainun, sejauh mana penguasaan pelajar wanita di IPT mengancam sosio dan budaya masyarakat seperti yang digembar-gemburkan ketika ini bergantung kepada persepsi orang yang menilai.

Beliau bagaimanapun secara peribadi berpendapat, tidak ada salahnya negara mempunyai lebih ramai kaum wanita yang berpelajaran tinggi kerana fitrahnya, golongan inilah juga yang akan melahirkan dan membesarkan generasi masa depan yang juga berpendidikan.

Boleh dianggap sebagai ejen sosialisasi masyarakat yang cemerlang, golongan wanita yang berpendidikan tinggi apatah lagi yang memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa, bakal memberi didikan yang sempurna dan lebih baik kepada anak-anak mereka sesuai dengan taraf pendidikan yang dimiliki.

Menjelaskan lebih lanjut, Nazarudin berkata, trend kaum wanita yang lebih berpendidikan berbanding kaum lelaki hanya berlaku di negara ini, dan tidak wujud di negara lain waima di negara maju seperti Jepun kerana kekangan budaya.

KeterbukaanSenario itu sangat mudah untuk dikaitkan dengan dasar keterbukaan dan peluang sama rata dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan dan kerjaya yang ditawarkan oleh kerajaan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Sedangkan di kebanyakan negara lain seperti di negara jiran misalnya, masih wujud diskriminasi yang memberikan kelebihan kepada kaum lelaki seperti gaji yang lebih tinggi biarpun melakukan kerja yang sama.

Begitu juga di negara-negara di Asia Barat, yang mana masih ada kaum wanita yang tidak dibenarkan memandu selain dinafikan jawatan yang lebih tinggi dalam masyarakat.

''Kekangan budaya yang membataskan wanita untuk meningkatkan taraf diri hampir tidak wujud di negara ini. Sekalipun ada dasar yang memberi keutamaan kepada lelaki, ia hanya melibatkan kes yang sangat terpencil dan kebiasaannya sesuai dengan saranan agama.

''Justeru, wanita di negara ini mempunyai ruang yang cukup luas untuk menjadi individu yang berjaya," katanya.

Menyentuh mengenai kebimbangan sesetengah pihak mengenai kedudukan wanita yang lebih berpelajaran dalam institusi kekeluargaan, Nazarudin berpendapat, masyarakat moden hari ini lebih berfikiran terbuka dan boleh menerima perubahan termasuk golongan lelaki yang menjadi surirumah.

Meskipun tidak digalakkan oleh agama, namun sekiranya kerukunan dan kebahagiaan dalam rumah tangga dapat di- pertahankan, budaya Mr. Mama itu bukanlah sesuatu yang janggal malah sudah ada yang mengamalkannya di negara ini.

''Begitu juga apabila ada pihak yang mengaitkan wanita berpelajaran ini dengan masalah lewat berkahwin atau tidak berkahwin langsung, hakikatnya dalam komuniti kita ketika ini, banyak pasangan yang isteri lebih berjawatan dan bergaji tinggi berbanding suami dan dalam masa yang sama tetap hidup bahagia," katanya.

Beliau menambah, meskipun bilangan wanita yang berpelajaran ketika ini semakin tinggi, namun dalam prospek kerjaya, golongan tersebut hanya mengisi beberapa jawatan yang sebelum ini lebih didominasi oleh kaum lelaki.

Sedangkan beberapa jawatan penting dan utama lebih-lebih lagi yang membabitkan kekuatan fizikal, masih lagi dipelopori oleh kaum lelaki.

Monday, June 16, 2008

Sebuah Kisah Hidup

Salam,

Maafkan saya kerana dalam beberapa minggu baru-baru ini saya tidak sempat untuk mengemaskinikan blog saya disebabkan tidak berkesempatan masa dan juga ada sedikit masalah peribadi yang melanda membuatkan saya mengambil masa untuk kembali berfikir sejenak,di manakah hala tuju saya.Persoalan ini sentiasa bermain di dalam minda sehingga memberi impak yang besar dalam kehidupan.Ada pelbagai cerita di sebalik satu matlamat,tetapi yang manakah lebih penting,destinasi ataupun jalan cerita?Apabila kita berada di tepi gaung yang curam di sebuah pergunungan,apakah kita mampu untuk kembali bangkit menawan puncak?Di manakah kekuatan yang harus kita cari untuk mendapatkan kembali kekuatan untuk kita terus berdiri?Apakah harus kita menunggu,atau harus kita kejar kekuatan itu?Jika dengan kekuatan itu juga kita tidak berjaya,bagaimanakah nasib kita?Mungkin mati dan terus gagal dalam usaha tersebut...ramai yang akan kecewa jika itu konsepnya dalam kehidupan,sebab itu ramai yang tidak mempunyai iman yang teguh membunuh diri jika menemui kegagalan.Setelah lama saya berfikir,maka saya menemui satu sinar yang sentiasa menyuluh harapan dalam kehidupan saya hatta walau apa pun yang berlaku,selagi saya masih berpegang kepada cahaya ini,maka saya akan tenang,selamat dan menemui kejayaan hakiki.Cahaya2 itu adalah iman dan taqwa.Perkara yang harus sentiasa pegang adalah al-Quran dan as-Sunnah.Setelah saya merenung,dan membuka kedua2 lembaran tersebut,air mata saya terus berhenti daripda mengalir,kerana apa?kerana saya menemui berita gembira di dalamnya.Sesiapa yang membacanya pasti akan menemui keindahan yang tidak tergambar dek kata2 dan kekaguman yang tidak terkata,hanya mereka yang mengalaminya sahaja akan mengetahui dan mengerti.Syukur Alhamdulillah kepada Allah yang telah menurunkan kitab suci ini kepada kita semua...kini air mata saya berhenti mengalir dan senyuman sentiasa menguntum,walau kegagalan di dunia ini masih menempa,kerana saya tahu,al-Quran ada jawapan terhadap kejayaan sebenar,Maha Suci Allah,Subhanallah....maka bacalah al-Quran,pasti anda menemui jawapannya terhadap semua persoalan anda...insya-Allah..
syukur terhadap Tuhan Yang Maha Esa