Saturday, October 10, 2009

Pengenalan Kajian Warisan Intelektual Bangsa dan Sejarahnya

Salam,

Kepada semua pengunjung blog-blog aku,mintak maaf banyak2,sebelum ini memang aku tidak ada masa untuk menulis di dalam blog ini,sekarang pun kesibukan disebabkan sekolah penyembelihan universiti terhadap graduannya atas konsep kapitalisme yang masih menjajah seluruh sistem manusia termasuk Malaysia membuatkan aku turut merasai sembelihannya sehingga tidak dapat membincangkan pandangan isu semasa dalam blog ini.

Dengan masa yang cukup sedikit ini,aku lampirkan di sini lirik lagu yang agak popular sebelum ini dan masih hidup hasil karya sifu M.Nasir untuk kita selami jiwa, masalah, kebaikan, keunikan, kecelaruan, dan pelbagai lagi persoalan hidup yang boleh kita kupas tentang pandangan alam Melayu yang begitu unik ini.Buat sementara ini aku biarkan untuk korang menilai dan mencari makna tersendiri di dalam lirik tersebut sama ada dari sudut kebaikannya dan keintimannya dengan budaya melayu dan mungkin juga kepincangan dalam amalan dan falsafah yang bertentangan dengan agama dalam lagu tersebut.

Sementara aku mendapat masa lagi untuk mengulas tentangnya, sesiapa yang ingin mengulas lanjut tentang semua ini dan memberi pendapat tentang maksud lagu ini,dengan berbesar hati aku sediakan ruang di sini untuk kita berdiskusi tentang.Kepelbagaian pendapat amat digalakkan. Fikirkanlah....

M. Nasir


Mentera Semerah Padi

Hei! kersani mengalir lah dikau
Menjadi raksa
Mengisi belikat punggungku
Agar aku bisa berdiri
Tegap dan segak
Bagaikan laksmana Melayu

Hei! sepuluh helai daun sirih
Ku gentas bersama
Bunga cengkih jadilah dikau
Darah merah pekat
Mengisi uratku
Agar bisa aku berlangkah
Gagah dan tampan
Bagaikan sijantan yang berkokok

Di mana bumi ku pijak
Di situ langit ku junjung
Alang-alang menyeluk pekasam
Biar sampai ke pangkal lengan

Aku seru mentera pusakaku
Mentera semerah padi

3 comments:

faiz ck said...

afif...jelaskan definisi penyembelihan..kurang jelas..bentuk ynag lebih tepat..huhu saya seorang pelajar~weee

Pemikirzaman said...

Klu ikut makna sebenar yang tersirat di sebalik perkataan yang digunakan itu huraian makna yang panjang diperlukan sebab perkaitan perbuatan itu dengan pelbagai cabang dalam satu sistem,tapi secara ringkasnya,
penyembelihan yang dimaksudkan saya itu saya rujuk kepada idea yang saya dapat dari rausyanfikir.com yang merujuk kepada kata2 syed al-Maududi terhadap graduan di mesir dalam satu majlis konvokesyen.Penyembelihan di sini membawa maksud suasana yang membunuh kreativiti,bakat,intelek,sosial,pemikiran,agama,jati diri,pengetahuan am,moral dan jiwa seseorang pelajar.analogi paling mudah ialah,
apabila sekelompok pelajar di sebuah sekolah diberi pendidikan yang berorientasikan peperiksaan secara tegar.Sesi persekolahan itu pula mesti dihabiskan dalam tempoh masa tertentu walau dengan apa cara sekalipun dan silibus mesti dihabiskan dalam tempoh itu juga walau pelajar tidak sempat 'mencerna' 'ilmu' yang sepatutnya ada dalam subjek yang diajar.Jadi matlamt paling tinggi dan paling utama persekolahan mereka adalah untuk lulus peperiksaan besar itu sahaja yang menanti di akhir pengajian mereka.Jadi dalam suasana bebanan dan matlamat itu,para pelajar ini terpaksa melakukan apa sahaja cara bagi mengikuti dan mengingati apa yang diajar itu walau dengan apa cara sekalipun dalam tempoh tersebut tanpa mengambil kira keadaan diri manusia yang subjektif dan kemampuan yang berbeza.Tiada penghargaan terhadap aspek2 'kemanusiaan' lain dalam masa tersebut.jadi suasana yang terjadi pastinya membuatkan kelompok pelajar tersebut akan hanya meletakkan prioriti yang paling utama dalam apa2 'task' seharian mereka ialah terhadap matlamat itu.Dan akhirnya,jika ada yang berjaya mengharunginya mereka pasti akan menerima tempias kebekuan minda yang terkesan disebabkan suasana sepanjang pengajian itu walaupun mereka taknak.Dan yang gagal mengikuti sistem itu dengan lancar pula akan mmencari jalan keluar mengikut identiti masing-masing disebabkan tekanan,kekecewaan dan kekeliruan mereka terhadap selera sistem tersebut yang mereka rasa ada something wrong dengan naluri mereka sebagai manusia tetapi mereka tidak dapat memahami apa yang tak kena tersebut sebb mereka masih lagi di peringkat belajar.Jadi suasana itu yang membunuh jiwa,kreativiti,bakat,pemikiran dan segala yang saya tulis dekat atas tadi itulaha yang saya maksudkan sebagai penyembilahan.
kalau lagi ringkas macam ni,pelajar yang 'terlalu' sibuk dengan sistem persekolahan sehingga tidak berkesempatan untuk mengikuti perkembangan semasa yang berlaku di sekitar mereka hatta untuk membaca akhbar.macam tu lah lebih kurangya faiz yang saya maksudkan hehe

faiz ck said...

afif tu xkurang lebih jek
hahah tq
clear