Friday, January 30, 2009

'Kilang' Intelek Negara

Salam,

Setelah sekian lama aku meninggalkan perbincangan tentang dunia intelektualisme dan sistem pendidikan, kini aku kembali setelah merasa keperluan untuk aku merentangkan sedikit 'buah' yang aku dapat selama pemerhatian aku semenjak berhenti menulis tentang pendidikan.

Pertamanya, isu yang secara jelas sering timbul, walaupun kadang-kadang ia tenggelam, namun hakikatnya,kita tidak dapat lari daripada menghadapi situasi ini selagi sistem pendidikan yang ada sekarang masih tidak direvolusikan atau dievolusikan menjadi lebih baik dan kembali ke arah kebenaran jalan keintelektualan. Isu yang aku maksudkan adalah 'kekakuan sistem pendidikan di negara kita' sehingga melahirkan begitu ramai generasi robot yang dikeluarkan secara besar-besaran daripada kilang yang bernama universiti.

Kesannya juga tidak dapat dinafikan memberi impak yang negatif terhadap robot-robot baru yang sedang dalam pembikinan di institusi ilmu tersebut. Namun aku masih bersyukur kerana masih ada juga di antara pelajar-pelajar ini yang sedar tentang hakikat perkara ini. Atas hakikat inilah aku kembali bersemangat untuk meneruskan perjuangan ini bagi mengembalikan sistem pendidikan di negara kita kepada sebuah kehidupan yang membina intelek, membudayakan pencarian ilmu dari segi semangatnya, penghargaannya serta konsep sepanjang hayatnya dan juga menjadikan ia sebagai satu ruang untuk mencari kebenaran tanpa hijab untuk menjaga kepentingan pihak tertentu sama ada pihak 'academician' ataupun 'politician'.

Yang jelas, berdasarkan pemerhatian aku,betapa masih ramai di kalangan pelajar masa kini yang sebenarnya tidak mempunyai keupayaan untuk berdikari dalam mencari ilmu serta menentukan keputusan kehidupan berdasarkan asas ilmu serta kemahiran berfikir yang matang.Ya, ramai yang bijak dalam akademik, tapi tak ramai yang bijak dalam hidup.Kebanyakan yang bijak akademik di dalam sistem pendidikan ini sebenarnya lebih banyak kaku berbanding rakan-rakan mereka yang sebaya dengan mereka di negara lain.Disebabkan faktor inilah membuatkan mahasiswa kita pada hari ini hilang deria rasanya, hilang ketajaman akal fikirannya, hilang kematangan inteleknya dan juga mungkin hilang peribadinya.Semuanya kerana kesilapan besar dalam bidang ilmu yang telah berlaku di dalam penstrukturan sistem pendidikan negara kita.

Berapa ramai di antara kita ini yang menyedari betapa hidup ini bukannya satu 'tabir' sahaja?Berapa ramai di antara kita ini yang menyedari terdapatnya lapisan tabir itu, tetapi tidak tahu apakah jenis tabir di belakangnya itu?Kesannya...kita terperangkap dalam ideologi hidup ciptaan mereka yang menyedari hakikat ini tetapi tidak beriman sehinggakan menyalahgunakan pengetahuan mereka itu untuk memesongkan kita agar mudahlah mereka menang dalam agenda mereka.

Usah ditunding jari kepada pelajar-pelajar yang menjadi mangsa ini,ini bukan salah mereka.Tetapi muhasabahlah kembali sistem yang kita cedok dan ciptakan sendiri itu berteraskan akal sahaja tanpa merujuk kepada wahyu.Ibarat nasi sepinggan rasanya hanyalah kuah sesudu.Mengambil yang mana kita rasa hendak sahaja tanpa memikirkan betapa perlunya menggunakan nikmat yang diberikan kepada kita oleh Maha Pencipta.Akarnya, pemimpin dan mereka yang berkuasa dalam hal ini yang perlu bertanggugjawab.

Jika esok nanti lahir generasi yang hanya tahu bergerak berdasarkan program yang telah dicipta kita tanpa mempedulikan keperluan untuk mengubah cara pemikiran secara lebih dinamik dan luas, maka jangan dikesali lagi.Kerana pada waktu itu kita sudah ketinggalan sebanyak satu generasi secara minimumnya berbanding bangsa-bangsa maju lain yang menggalakkan budaya ilmu dan berfikir dan bukannya pemikiran 'rigid' yang kaku serta hanya berorientasikan peperiksaan, cgpa, sijil, kerjaya dan juga skema buku-buku lama tanpa berusaha menggerakkan tenaga dengan penuh kesedaran yang tinggi untuk menghidupkan budaya ilmu dan berfikir secara luas, matang, penuh intelek dan tinggi 'deria' rasa hakikat kehidupannya.

Maka dengan ini, saksikanlah peristiwa yang akan berlaku apabila keputusan SPM diumumkan nanti.Betapa kasihannya melihat berapa ramai yang telah dikongkong kehidupan ilmiah sebenar mereka semata-mata untuk berjaya di dalam sistem pengetahuan dan peperiksaan yang kaku.Masalah ini bermula dari sistem pendidikan rendah lagi.Selagi kita sombong dengan menafikannya, maka selagi itu kita akan tetap ketinggalan dan mungkin kesedaran itu hanya timbul 20 tahun lagi apabila bibit kehancurannya mulai terbentang.Semoga para pentadbir ini cepat sedar dan terbukalah dalam menerima cadangan serta kritikan untuk kita sama-sama memperbaiki kesilapan selama ini dan kembali membina generasi yang begitu mantap tahap inteleknya, ilmu, dan peribadi.

Kembalikan sekolah sebagai tempat yang cukup seronok untuk pelajar mengasah bakatnya, membina pemikirannya secara progresif, menambah sebanyak mungkin ilmu dengan keberkatan dan membentuk peribadi serta asas pemikiran yang mulia serta jelas.Bebaskanlah universiti ini daripada cengkaman intelektualisme yang kaku, kematian jiwa-jiwa kemanusiaan, keterbatasan belajar mengkaji kehidupan serta pembinaan produk yang hanya bersedia untuk pasaran tanpa menjadi seorang yang bernama MANUSIA.Fikirkanlah....

Thursday, January 22, 2009

Gaza Mengimbas

Salam,

Selepas Israel berundur dari bumi Gaza, penunjuk ke arah kedamaian masih belum jelas.Sikap Yahudi yang terkeji seperti mana disebut dalam al-Quran, menunjukkan kepada kita petanda untuk kita lebih berhati-hati pada kemudian hari.Persoalan yang timbul sekarang, apakah penyelesaian kepada masalah dunia yang semakin bergolak ini?

Percayalah,tindakan keganasan yang dilaksanakan oleh rejim zionis pada baru-baru ini pasti akan ada 'consequences' yang buruk selepas ini.Maka mulai sekarang wahai pemuda-pemudi, jangan dilupa meletakkan 'title' pengganas pada rejim zionis itu.Agar umat Islam tidak lagi menjadi mangsa propaganda barat dan Israel.Wahai pemuda-pemudi Islam, sedarlah kita pada hari ini bahawa kita sebenarnya telah terperangkap dengan mainan dunia yang direncana oleh kafir laknatullah.Bagi menjawab persoalan yang saya timbulkan di atas, saya berpendapat kunci kepada semua permasalahan dunia ialah ISLAM.Back to al-Quran and al-Hadith.

Umat Islam pada hari ini sebenarnya telah ditipu pemikirannya oleh Barat.Kita dibaja dengan pandangan bahawa kita ini masih lemah.Kita tidak mempunyai kuasa.Kita tidak maju setanding dengan mereka.Kita umat yang brpecah-belah dan kita ditanam 'Mustahil untuk kita bersatu dan menang"!Maka mudahlah untuk kita pada hari ini dipermainkan oleh barat.Punca kepada masalah ini???Kenapa kita boleh jadi begini tanpa kita sedari????Senang sahaja jawapannya,kita buka balik sejarah peradaban tamadun dunia dan lihat balik rentetan peristiwa yang berlaku dari era pra-kejatuhan zaman khalifah uthmaniyyah sehinggalah kepada pembentukan negara bangsa yang digagaskan oleh barat setelah revolusi perancis.Kemunculan ideologi-ideologi yang mulai dipegang oleh para pemimpin dunia pada abad ke-18 mengukuhkan cengkaman penanaman benih kiblat barat terhadap umat Islam.Keberkesanan pelaksanaan ideologi kuffar oleh golongan ini membolehan mereka menguasai dunia pada ketika ini.

Tidakkah kita pelik dan janggal melihat betapa ramainya umat Islam di dunia ini atau secara spesifik dengan isu betapa ramai penduduk Islam Arabdi sekitr Israel, tetapi, mengapa kita tidak mampu berbuat apa-apa tatkla kekejaman secara jelas dan nyata berlaku di depan mata kita semua???Ketika piagam PBB dilanggar secara terbuka dan begitu biadap sekali oleh Israel dan Amerika, di mana pendirian kita semua ketika itu??Terutama pemimpin negara Islam?????Begitu lemah dan dayus kita pada hari ini apabila tidak mampu berbuat apa-apa ketika saudara kita disembelih di depan mata dan dalam masa yang sama kita masih lagi mengikut undang-undang ciptaan barat!!!Sungguh kita telah jauh tertipu dan terpedaya dengan mainan barat.

Apabila peluang untuk negara Islam bangkit kembali membina khilafah,kita masih lemah mengikut prosedur PBB yang jelas tidak lagi berdaulat walaupun pada mata undang-undang dunia.PBB jelas telah dicabuli!!!Tetapi pemimpin Islam kita takut.Takut untuk berjihad menghantar tentera ke Palestin.Takut untuk ke depan dengan keimanan tinggi untuk membina kembali Khalifah Islam di muka bumi.Takut untuk menegakkan kalimah Allah.Kita masih lagi dengan kedayusan kita berteriak seperti pondan di pentas PBB mengutuk kezaliman Israel.Suara kita tidak diendahkan tetapi kita tetap terhegeh-hegeh bersuara dengan prosedur ciptaan barat tersebut.Tidak sepatah pun kluar tentang JIHAD FI SABILILLAH!!!Mana perginya Islam kita???

Padahal di waktu PBB dicabuli secara jelas inilah dan bukti keganasan yang dirakam oleh lensa-lensa wartawan seluruh dunia inilah dapat kita ambil peluang untuk membantu saudara kita di Palestin mengikit cara Islam!!Mengikut ajaran al-Quran.Pada waktu itulah kita sepatutnya melancarkan jihad tanpa mempedulikan kuasa dunia dan undang-undang DUNIA!!Itulah waktu terbik untuk it perjuangkan kembali keadilan dan keamanan Undang-Undang ALLAH s.w.t.Pada waktu itulah peluang terbaik untuk kita berjihad membina Daulah Islamiyyah!!Menegakkan Kalimah Allah di muka bumi!!Tetapi dimana kita????Masih dayus ikut PBB.

Kita juga sering dimomokkan dengan ugutan atau alasan untuk melemahkan semangat kita kononnya kita tidak akan boleh menang kerana kita tidak ada senjata canggih seperti mereka kuasa dunia yang lain.Ingatlah wahai para mukminin,kemenangan itu bukan bergantung pada bilangan yang banyak atau kekuatan yang besar,tetapi kemenangan itu milik Allah.Ingatlah janji-janji Allah untuk memberi kemenangan kepada orang mukmin.Imbaslah kembali sejarah kemenangan umat Islam dalam perang Badar.Ingatlah kembali bagaimana umat Islam pada zaman dahulu dapat menewaskan tamadun ROM dan PARSI!!!yang mana kekuatan mereka seolah-olah Amerika(termasuk sekutunya) dan Rusia pada ketika ini!!!

Jadi, di mana keyakinan kita sebenarnya pada janji Allah????Soalan kepada pemimpin-pemimpin Islam, adakah kita sebenarnya betul-betul ingin melaksanakan Islam atau kita sebenarnya tidak berniat pun untuk melaksanakan sistem Islam secara menyeluruh walaupun untuk jangka waktu panjang walau di negara sendiri??Jika anda masih berdolak-dalik dan tidak memahami tentang peri pentingnya melaksanakan hukum Islam,maka secara berlembut kami sebagai rakyat menasihatkan anda untuk bermuhasabah diri kembali.Ingatlah wahai para pemimpin ku, hidup di dunia hanya sementara, akhirat kelak yang kekal jua...semoga kita akan bangkit sebagai mujahidin Islam yang akan menegakkan kalimah suci di atas muka bumi ini.Tiada pemimpin yang hebat melainkan anda benar-benar ikhlas melaksanakan Islam seperti perjuangan yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.aw dan para sahabat...salam peringatan...