Saturday, December 12, 2009
Tuesday, December 1, 2009
Saturday, November 21, 2009
Menelusuri Senario Karya-karya Tempatan dan Implikasinya Terhadap Masyarakat
Teknik Berfalsafah Dalam Karya
Tulisan daripada Puan Ainon Mohd (http://ainonmohd.blogspot.com/) :
Ada pengarang Malaysia berasa tersinggung lalu marah-marah apabila seorang penulis Indonesia mengatakan karya Malaysia tidak mengandung falsafah.
Isu apakah komen penulis Indonesia itu benar bagi SEMUA karya penulis Malaysia, ataupun ia benar bagi mana-mana karya yang pernah dibaca oleh penulis Indonesia itu sahaja, isu itu bukan persoalan penting.
Yang penting adalah menerima kenyataan bahawa karya sastera mesti mencipta kesan ke atas daya fikir pembacanya bahawa karya itu mengandung falsafah dan dia memahami mesej falsafah si pengarang.
Kesan falsafah itu mesti terang dan jelas, sambil membaca, pembaca sudah nampak apa falsafah yang terkandung dalam karya itu.
Bukan mesej falsafah yang perlu dicari-cari, digali-gali, diteka-teka apa barangkali falsafah yang cuba disampaikan oleh si pengarang. Bukan kesan samar-samar, ataupun yang cuma diada-adakan oleh pengkritik karya itu.
Bukan juga falsafah yang memerlukan IQ tinggi disertai oleh penguasaan ilmu-ilmu bantu yang tinggi-tinggi bagi mengesan dan memahami mesej falsafah itu, bukan yang perlu difikir-fikirkan dengan mendalam, perlu direnungkan, dimenungkan.
Bukan, bukan falsafah yang seperti itu. Jika begini persepsi kita, karya seperti itu tidak banyak gunanya bagi tujuan memandaikan pembaca, sedangkan adalah fungsi asas sastera memberi pencerahan, yakni membantu pembaca menjadi lebih bijaksana selesai membacanya.
Bukan juga mesej falsafah yang hanya dapat dimasukkan oleh pengarang selepas banyak membaca buku-buku falsafah Barat mahupun kitab-kitab tulisan ulamak-ulamak agung. Jika begini persepsi kita, maka tidak banyak penulis yang berani memasukkan unsur falsafah ke dalam karyanya.
Memang ada karya sastera yang bertaraf karya falsafah, yang ditulis oleh pengarang yang menguasai ilmu-ilmu falsafah, dan hanya dapat difahami mesej falsafahnya oleh pembaca yang memiliki banyak ilmu-ilmu bantu yang tinggi dan kompleks. Barangkali kategori inilah yang dimaksudkan oleh si penulis Indonesia itu.
Dari sudut pandang Islam, setiap penulis dituntut memasukkan mesej falsafah ajaran Islam ke dalam karyanya, tanpa kekecualian apakah karya itu cerita kanak-kanak, novel remaja, novel cinta ataupun fiksyen sains, dan tanpa kekecualian apakah individu yang membaca karyanya itu kanak-kanak, remaja mahupun orang dewasa.
Justeru Islam tidak membataskan tugas berfalsafah itu kepada sasterawan yang menguasai ilmu-ilmu falsafah Islam, Barat dan Timur sahaja, ataupun kepada mereka yang menulis novel-novel bertaraf ’sastera’ sahaja. Tuntutan Islam ini tidak membedakan penulis kepada kategori sasterawan dan bukan sasterawan, suatu pembedaan ciptaan pakar-pakar teori sastera aliran konvensional.
Justeru, dari sudut pandang Islam, penulis-penulis novel remaja, novel popular, novel cinta, novel sejarah, malah novel thriller sekalipun, dituntut memasukkan mesej falsafah dalam karyanya.
Apabila Islam menuntut semua penulis berfalsafah, maka timbul 2 isu:
(1) Isu pertama, apakah jenis-jenis falsafah yang mudah dimasukkan ke dalam karya, sehingga ia membolehkan penulis yang belum membaca buku-buku falsafah pun dapat memasukkan unsur falsafah dalam karyanya.
(2) Isu kedua adalah, apakah ada teknik-teknik yang mudah bagi memasukkan unsur falsafah ke dalam karya, sehingga penulis-penulis yang baru belajar menulis pun sudah dapat mempelajari dan menggunakan teknik-teknik itu.
………………….
Pesan bagi mentee-mentee SifuPTS:
Memasukkan kandungan falsafah dalam novel jibunsyi adalah mudah. Ikut teknik yang digunakan dalam surah Yusuf. Teknik itu adalah dengan menggunakan dialog yang mengandung nilai. Maksudnya, mesej falsafah itu disampaikan dalam dialog watak-watak, bukan dalam naratif.
Teknik dialog mengandung nilai falsafah inilah yang digunakan dalam sastera komik Amerika. Inilah yang membolehkan, jangan dikatakan karya sastera, malah strip komik Amerika sekalipun, mengandung unsur falsafah. Justeru, si kucing Garfield itu pun seringkali mengucapkan dialog-dialog yang mengandung mesej falsafah!
(Teknik falsafah dalam dialog inilah yang membolehkan Garfiled diminati oleh semua kategori manusia, di semua pelosok dunia - dan tidak terbatas pada peminat kucing sahaja.)
Berdasarkan surah Yusuf, watak utama mestilah seorang yang mengucapkan dialog yang mengandung falsafah ajaran Islam. Prinsip inilah yang menyebabkan dalam teori sastera Islami (aliran surah Yusuf), watak utama tidak boleh merupakan individu yang tidak baik, yang tidak insaf sampai akhir cerita, sebab jika begitu, kita memberikan kemenangan moral kepada kemungkaran.
Ada dua jenis dialog falsafah dalam surah Yusuf:
(1) Dialog yang dengan jelas mengandungi mesej falsafah Islam.
Sebagai contoh, ayat 90: “Barang siapa yang hatinya sabar, Allah tidak menyia-nyiakan perbuatan baiknya.”
(2) Dialog yang tidak secara jelas menyatakan ajaran Islam.
Sebagai contoh ayat 35: Dalam episod sewaktu isteri al-Aziz mengancam Nabi Yusuf, sekiranya dia tetap enggan membalas cintanya, maka dia akan pastikan supaya Nabi Yusuf dimasukkan ke dalam penjara.
Dijawab oleh Nabi Yusuf dengan berkata lebih kurang beginilah maksudnya, “…saya lebih cintakan penjara daripada cinta yang puan tawarkan kepada saya…”
Sifu sedang menyambung kajian ke atas surah Yusuf….
Komentar :
Penulisan daripada Puan Ainon Mohd ini memberikan kita satu satu sudut pandang yang sepatutnya kita melihat dalam menilai kelesuan tahap pembacaan di kalangan rakyat Malaysia dan juga tahap pembentukan mentaliti masyarakat Malaysia melalui buku-buku hasil tulisan karyawan tempatan.Antara mesej utama yang dapat kita lihat daripada penulisan Puan Ainon di atas dapat kita lakukan sedikit sebanyak pembedahan terhadap kelesuan budaya intelek di kalangan rakyat Malaysia sehingga industri hiburan kita menjadi terlalu hedonisme dan terperangkap dalam strategi produser Barat dalam menciplak secara mutlak sesetengah idea mereka.
Kita dapat melihat ramai rakyat Malaysia begitu menyukai filem-filem yang 'tidak membantu' dan lesu 'pendidikan dan keintelektualan' secara zahir.Contohnya filem-filem mistik yang begitu mendapat sambutan luar biasa.Karyawan tempatan pula, demi memastikan produk mereka dapat mencapai keuntungan yang tinggi maka genre inilah yang sentiasa menjadi pilihan mereka sehingga masyarakat kita lesu dan baku.Yang bersifat hedonisme melampau seperti sesetengah cerita realiti televisyen yang berkembang ibarat cendawan selepas hujan mula membanjiri pelbagai saluran.Semakin lama semakin terbuka.Modenlah katakan.
Selain itu karyawan tempatan kita juga tidak terlepas daripada lingkaran ketandusan ini apabila untuk memaparkan sesuatu realiti kehidupan mereka mengambil cerita-cerita yang ibarat menggalakkan para penonton untuk meniru aksi yang tidak sihat dalam filem atau cerita tersebut.Dihujahkan oleh mereka hanya untuk memaparkan realiti tetapi sayang, di sinilah kita dapat melihat bahawa produser-produser kita ketandusan idea dan kreativiti dalam menyampaikan kritikan sosial sehingga seolah-olah karya mereka pula yang menggalakkan hal tersebut walaupun mereka berpendapat tidak sebegitu.Kenapa jadi begini? Jawapannya senang, seperti yang Puan Ainon Mohd tulis di dalam penulisan di atas, karyawan-karyawan negara kita sebenarnya kurang ilmu falsafah dan tidak memahami realiti falsafah dalam pembentukan 'events' besar dunia zaman pasca-moden.
Sebab itu kita mudah terperangkap dalam karya Barat tetapi masih tidak dapat menandingi karya mereka hatta bagi sebuah cerita di dalam televisyen sekalipun.Kerana apa? Kerana mereka para pengkarya Barat sentiasa mengolah cerita mereka dengan mengisinya melalui mesej falsafah yang boleh menyatuni semua pihak sama ada orang awam atau para pemikir sehingga filem atau cerita mereka mampu menjentik keintelektualan kita.Lihat sahajalah pada kekuatan skrip yang dituturkan oleh para pelakon mereka.Bahasanya hebat dan intelek tetapi mampu difahami dan diterima sebagai hiburan dan isinya pula begitu mendalam.Kita dapat sedari mereka perkenalkan falsafah mereka secara senyap.Mereka memperkenalkan bahasa-bahasa sains dan intelek dalam skrip.Contohnya, selalu kita dapati mereka menggunakan perkataan 'adrenalin' apabila melalui babak cemas.Kenapa mereka begitu kreatif sekali dan sanggup mangambil risiko untuk menyampaikan perkataan yang mungkin tidak difahami oleh sesetengah orang terutama orang yang tidak tahu sains biologi?Banyak lagi perkataan-perkataan lain yang terdapat dalam sains dan juga disiplin ilmu falsafah yang digunakan mereka, kajilah sendiri.
Selain itu, emosinya kurang.Tidak ada kita melihat mereka menangis keterlaluan,kerana apa?Sebab mereka melambangkan mereka bangsa tamadun yang cekal,tabah dan intelek dan pelbagai lagi sifat-sifat sebagai golongan maju dan bertamadun serta penuh dengan nilai mengikut pandangan mereka.Sebab apa mereka sanggup lakukan demikian? Kerana mereka memahami apa itu fungsi karya dalam menyampaikan mesej dan mendidik masyarakat.Betapa berbeza ilmu kita dan mereka (namun ada beberapa kerat sahaja karyawan di negara kita yang memahami perkara ini dan mencubanya tetapi bilangannya terlalu sedikit).Bandingkan pula dengan filem-filem kita, tengok pada skripnya dan juga jalan cerita serta ideanya.Sebab itulah kita selalu dengar ada orang pernah kata aku bosan tengok drama Melayu, filem Melayu tidak berbaloi untuk dilihat di pawagam, kerana apa? Kerana tidak pernah drama kita ini mengujakan fikiran kita dalam berhibur.Bukan untuk menyuruh kita mengagungkan dan menciplak idea Barat,t etapi sekadar untuk mengingatkan kita semua untuk kembali kepada budaya ilmu mengikut acuan Islam yang semestinya berbeza daripada nilai songsang Barat dan mempunyai kekuatan identiti diri yang lebih kuat dan bertamadun tinggi.Kita betul-betul terperangkap sebaliknya mereka yang tidak faham Al-Quran pula yang mengkaji Al-Quran lebih daripada kita kaji.Fikir-fikirkanlah........
Monday, November 2, 2009
Politik Ghaib Negaraku...Dr. Asri Dalam Ujian
Sebenarnya niat di hati sebelum ini ingin membincangkan tentang hal pendidikan,tetapi minda saya tiba-tiba tersentak apabila membaca akhbar pagi tadi tatkala sedang menikmati sarapan pagi.Sungguh terkejut, seorang mufti ditangkap JAIS atas alasan memberi kuliah tanpa tauliah!Apa dah jadi dengan JAIS ni?Dan apa yang lagi memelikkan apabila beliau ditahan dengan kehadiran pasukan polis yang begitu ramai dalam jumlah 30 orang lebih dan angka tersebut mencecah 40 orang seperti menyerbu Nordin Mat Top!Apa ke hal ni????
Adakah mereka pun sama termasuk perangkap politik yang dimainkan oleh pihak tertentu?Sebelum itu PGSM juga telah termakan tipu daya golongan 'ghaib' itu untuk menuduh mufti ini Wahabi dan beberapa tuduhan yang tiada asas.Ingin saya tegaskan di sini, saya menulis ini bukan kerana saya ingin berpihak pada mufti tersebut,tetapi dalam Islam, pendirian kita mestilah terhadap mereka yang benar.
Tidak perlu saya puji beliau, keikhlasan seseorang dalam berjuang pasti dapat dirasai oleh mereka yang berada disekeliling walau jauh terutama sesama kaum Mukminin.Saya banyak menyokong beliau dalam perjuangan beliau meluahkan pendapat terutama dalam hal politik yang tidak 'bias'.Berani menegur kerajaan atau pembangkang dan tetap dengan pendiriannya.
Dan beliau juga sebenarnya telah mewakili golongan yang inginkan kesatuan Islam dan mengembalikan Islam ke tempatnya dengan adil tanpa terikat dengan mana-mana pihak.Yang penting berani kerana benar walaupun ia pahit.
Apabila membaca berita tersebut, perkara pertama dalam fikiran saya, apa yang sebenarnya telah terjadi kepada pihak JAIS?Adakah sudah terkena dengan pihak-pihak yang sama yang telah mempengaruhi Menteri Besar negeri saya,Kelantan?Sehinggakan prinsip asal Islam seperti yang beliau sebutkan sebelum ini dilupakan kerana melebihkan 'Jeneral-jeneral' dari batalion lain sehingga melupakan nakhoda dalam kapal sendiri.
Nakhoda dan anak-anak kapalnya yang begitu ikhlas untuk memperjuangkan Islam yang sebenar terpaksa menelan kepahitan yang memeritkan akibat perangai penasihat tersebut yang boleh saya cirikan ada kelemahannya sebagai seorng orang 'Kelantan'.Telah saya rungkaikan ciri-ciri orang Kelantan dalam umur beliau berdasarkan pengalaman saya bekerja di bawah majikan golongan veteran (yang amat saya hormati) dalam blog ini sebelum ini.
Mungkin beliau terlupa, ada yang menjaga ego sampai tidak lagi boleh melihat anak-anak sekeliling.Hanya mereka yang mengenali orang Kelantan pasti mengetahui kenapa perangai itu boleh berubah.Sebagai golongan muda kita hanya mampu hormat berdasarkan jasa-jasa sebelum ini.Namun jangan samapai menghalang kebenaran.Jika sayangkannya inilah cara kita, memperbetulkannya.
Kesian Tuan Guru Haji Hadi, Nasharuddin Mat Isa, Mustapha Ali, Dr. Hassan Ali dan ahli-ahli di pihak nakhoda ini seperti Ustaz Nasruddin Tantawi, Ustaz Harun Din, Harun Taib dan mereka yang ingin Islam sebenar kembali diperjuangkan kapal ini tanpa menggunakan politik 'Marchiavelli' yang ternyata bertentangan dengan Islam dan mengoyakkan imej Islam yang dibawa.Senario pertelingkahan ini berlaku kerana didalangi pihak ketiga yang tidak dapat duduk senang dengan pendekatan yang diambil pihak pejuang-pejuang sebelah sini dalam hal berkaitan dengan Islam.Mereka terasa pihak ini menjadi batu penghalang bagi mereka dalam mencapai matlamat mereka.
Ada dua pihak dalam hal ini.Dan pakatan dua pihak ini pastinya dimainkan oleh salah satunya yang sudah tentu dasarnya jelas tidak akan menerima syariat Islam dalam ideologi yang dibawa,erti kata lain SEKULAR!Boleh fahamkan siapa,this thinker group will never give any chance for Muslims people to get over the administration because the only way to make this country like Singapore is only by political power!Jadi bolehlah fikir sendiri.
Macam mana bijaknya mereka ini menyusup masuk kedalam minda kapal yang membawa ideologi Islam ini dengan menawan orang kesayangan dan paling dihormati dalam kapal tersebut iaitu penasihatnya sendiri yang begitu berpengaruh terutama bagi orang yang taksub sehingga kadang-kadang nakhoda dan anak-anaknya juga diserang dengan membuta tuli semata-mata mempertahakan penasihat ini walaupun kenyataanya secara jelas 'mengelirukan'!
Kalau kata itu taktik politik tidak mengapa lagi tetapi kenyataannya selalu menggunakan agama sehingga membenarkan apa yang diperkatakan sebelum ini oleh parti lawannya iaitu hanya menjadikan agama sebagai alat.Hilang keyakinan orang ramai terhadap di manakah keikhlasan selama ini dalam memegang panji suci sehingga sanggup menggunakan doktrin 'Marchiavelli' yang jelas tidak diterima dalam perjuangan suci ini.Kita ada cara kita sendiri.Islam itu lengkap, syumul.Kita diajar bagaimana politik cara Islam.Pelik sekiranya mereka buat-buat tidak tahu atau menafikannya.
Dalam hal Dr.Asri ini ternyata apa yang boleh saya lakukan telahan ialah, wujudnya pihak yang sama yang menggunakan taktik Yahudi dalam menguasai sesebuah organisasi, gunakan remote control dari jauh sahaja apabila robot berkenaan telah berjaya 'decoding' balik mengikut aspirasi mereka.Sedih melihat apabila pihak-pihak ini telah termakan tipu daya mereka sehingga menganiaya sesama Muslim.Harap Dr.Asri tabah dalam perjuangan tersebut.Saya yakin beliau di pihak benar.
Saya pernah mengikuti tulisan-tulisannya dan pandangannya dalam media samada media kerajaan atau pembangkang.Ternyata beliau jujur dalam mengeluarkan pendapat.Bukan untuk menjadi politikus.Walaupun ada beberapa pendapat beliau yang saya tidak bersetuju tetapi pada kebanyakannya beliau masih jujur mengemukakan komentarnya berdasarkan ilmu saya yang sedikit ini saya mendapati tuduhan-tuduhan berat itu tidak langsung boleh didapati berdasarkan pandangan-pandangan beliau yang pernah saya ikuti.Sebaliknya beliau memberi harapan kepada kumpulan yang ingin melihat Islam kembali tertegak dengan pendekatan yang sebenarnya dalam negara ini.Pesanan saya, berhati-hatilah dengan pihak itu kerana mereka kini gembira apabila jarum mereka telah berjaya meresap dalam beberapa kerat golongan kita sendiri atas nama POLITIK!Politiklah seadanya jangan lebih-lebih.Kembalilah kepada ajaran Islam kembali.Buanglah ego itu.Kami masih lagi sayangkan anda semua wahai saudara-saudara Islamku....fikirkanlah...
Friday, October 23, 2009
Sementara Hati Masih Ada...Untuk Meninjau Politik Tanah Air..
Rasanya sudah lama tidak menjegah ke laman blog ini.Sementara masih ada masa sebelum melewati waktu ke kelas 'tutor', jadi ingin aku bingkaskan sedikit cetusan hati yang tiba-tiba datang sementalah membaca beberapa isu semasa di blog-blog para pejuang mahasiswa dan pemimpin siasah.
Hum...perkara pertama, apabila melihat senario politik pada hari ini,terutama politik antara UMNO dan Pas, sungguh memualkan.Diri ini kadang-kala ingin sahaja rasa memuntahkan apa yang dibaca, permainan politik yang semakin 'kejam'.Hatta memperjuangkan bangsa Melayu dan Islam sekalipun, kedua-dua parti ini semakin 'menzalimi' pemikiran rakyat.
Sedih, tapi apa yang mampu kita buat? Mereka kader generasi muda di sekolah-sekolah dan universiti untuk dijadikan pengikut tegar masing-masing tanpa memberi ilmu yang sebenarnya kepada pewaris kepempinan akan datang ini.
Sesungguhnya maka lahirlah para pemuda dan pemudi yang bersifat taksub, jumud dan buta mata hati.kedua-duanya sekali, tiada bezanya.Apabila ada orang yang suci hatinya untuk memperbetulkan keadaan ini dalam parti, maka mereka dituduh mengkhianati.Sedih!Puas hati generasi muda yang masih inginkan keadilan yang sebenar meraung kepada mereka ini supaya cukuplah,berhentilah daripada permainan politik kotor kamu ini.
Sungguh yang terseksa itu adalah kami.Nescaya di suatu masa nanti,kami yang akan berdarah hasil doktrin politik kejam kamu berdua terhadap pemikiran kami.Kami dambakan ketulusan hati kedua-dua kamu dalam berjuang, bukan mengalatkan apa yang suci, bukan juga menggunakan kuasa mengikat kami dan juga bukan menyalahgunakan ilmu untuk menarik kami.
Berikan kami ilmu yang sebenar, diikuti dengan kepimpinan melalui tauladan.Sesungguhnya, apa yang lebih kami rindu kini adalah keimanan hakiki.Kami memohon pada Mu-Ya Allah, agar diberi petunjuk kepada kami agar kami tidak terperangkap dengan permainan politik Marchiavelli kedua-dua pemimpin kami.
Kami pohon pada-Mu Ya Allah,berikan kami hidayah untuk memperbetulkan kembali kesilapan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin kami ini.Tanpa kudrat-Mu, kami tidak mampu ya Allah, Bantulah kami, generasi yang ingin Islam kembali tertegak di muka bumi,dengan jalan yang suci seperti mana jalan-jalan yang telah Nabi-nabi kami tunjuki, bantulah kami, amin.
Semoga sedar pemimpin-pemimpinku (Khas untuk pemimpin-pemimpin UMNO! Dan PAS!)
Saturday, October 10, 2009
Pengenalan Kajian Warisan Intelektual Bangsa dan Sejarahnya
Dengan masa yang cukup sedikit ini,aku lampirkan di sini lirik lagu yang agak popular sebelum ini dan masih hidup hasil karya sifu M.Nasir untuk kita selami jiwa, masalah, kebaikan, keunikan, kecelaruan, dan pelbagai lagi persoalan hidup yang boleh kita kupas tentang pandangan alam Melayu yang begitu unik ini.Buat sementara ini aku biarkan untuk korang menilai dan mencari makna tersendiri di dalam lirik tersebut sama ada dari sudut kebaikannya dan keintimannya dengan budaya melayu dan mungkin juga kepincangan dalam amalan dan falsafah yang bertentangan dengan agama dalam lagu tersebut.
Sementara aku mendapat masa lagi untuk mengulas tentangnya, sesiapa yang ingin mengulas lanjut tentang semua ini dan memberi pendapat tentang maksud lagu ini,dengan berbesar hati aku sediakan ruang di sini untuk kita berdiskusi tentang.Kepelbagaian pendapat amat digalakkan. Fikirkanlah....
M. Nasir
Mentera Semerah Padi
Hei! kersani mengalir lah dikau
Menjadi raksa
Mengisi belikat punggungku
Agar aku bisa berdiri
Tegap dan segak
Bagaikan laksmana Melayu
Hei! sepuluh helai daun sirih
Ku gentas bersama
Bunga cengkih jadilah dikau
Darah merah pekat
Mengisi uratku
Agar bisa aku berlangkah
Gagah dan tampan
Bagaikan sijantan yang berkokok
Di mana bumi ku pijak
Di situ langit ku junjung
Alang-alang menyeluk pekasam
Biar sampai ke pangkal lengan
Aku seru mentera pusakaku
Mentera semerah padi
Friday, July 17, 2009
Perjuangan Bahasa, Bangsa dan Agama....
Erti sebuah perjuangan....
Berapa panjangkah sesebuah perjuangan itu perlu dilakukan?
Pahit..
Manis...
Duka..
Suka...
Nilai-nilai ini mewarnai hakikat perjuangan..sama ada bahasa...
Bangsa...atau..Agama.
Alhamdulillah, bersyukur terhadap Allah swt atas keizinan yang diberikan-Nya yang telah memberikan kemenangan kepada pejuang-pejuang isu PPSMI dalam negara kita pada baru-baru ini.Saya bersyukur kerana keputusan yang dilakuakn oleh Bapak Timbalan Perdana Menteri kita yang baru ini telah mengangkat kembali bahasa yang kita cintai ini.
Syukur...
Namun perjuangan belum tamat...'Kemerdekaan' telah kita kecapi semula setelah kita 'dijajah' sebentar seperti penjajahan komunis selama 14 hari pada waktu dahulu..kini Bahasa kita telah merdeka kembali..namun kini tanggungjawab kita semua kembali bermula..Kita mesti mengisi kemerdekaan ini dengan melahirkan anak-anak bangsa yang tinggi jati dirinya dan kuat pegangan agamanya.Jika tidak..kemerdekaan kita ini tidak mustahil diragut semula oleh spesies 'intelektual' tempatan yang tidak mempunyai tapak asas jati diri yang kukuh.Mungkin juga 'mereka' keliru tentang konsep 'ILMU' sehingga terlupa tentang kesan sesuatu pendidikan dan gaya hidup terhadap pembentukan 'pemikiran dan mentaliti' anak-anak bangsa yang memerlukan bimbingan kita semua.
Apakah mereka tidak pernah mengalami keadaan di mana mereka hidup susah?Atau mereka tidak merasa suasana 'Melayu' dalam hidup 'Melayu Baru' mereka?Atau mereka sendiri yang telah terjajah dek pemikiran 'Inggeris' yang diagung-agungkan sehingga memandang rendah kemampuan diri masing-masing?Sehingga satu ketika dulu mereka sentiasa menasihatkan rakyat supaya mengubah mentaliti mereka supaya mampu berdiri di atas kaki sendiri dan menjadi bangsa yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi.Kita daki 'Everest', kita terjun di kutub, kita renangi selat dunia, kita layari lautan dunia, kita cipta kereta nasional...
Namun, setelah itu semua kita capai, setelah rakyat telah berjaya mengubah sebahagian mentaliti mereka menjadi seperti mana yang pemimpin-pemimpin ini mahukan, mereka pula mengarahkan kita untuk kembali ke alam penjajahan.Seperti kata orang 'putih' , "back to the square one".Huhu..lucu,lawak, dan menghairankan!
Apakah atas kapasiti mereka ini telah membawa kemajuan kepada negara berdasarkan idea-idea mereka yang luar biasa sebelum ini yang telah berjaya mencapai kejayaan dan melangkaui pemikiran masyarakat pada masa tersebut maka mereka mempunyai kekebalan untuk menetukan nasib bahasa,bangsa dan pemikiran generasi muda kita pada masa hadapan?
Tidak!Tidak sama sekali kerana mereka juga manusia....yang mempunyai kelemahan.Terkadang mereka juga terlupa dan tidak nampak.Kami generasi baru yang lahir hasil dasar-dasar kemajuan bangsa yang mereka sediakan untuk kami pada kali ini memohon maaf.Kerana kami tidak akan bersama anda sekiranya anda melakukan sesuatu yang mampu memudaratkan generasi kita semua.
Kami berterima kasih kepada anda atas usaha selama ini menaikkan keyakinan bangsa ini terhadap kemampuan diri sendiri..tetapi kali ini izinkan kami mengingatkan kembali anda supaya kita semua yang di 'kiri' atau di 'kanan' sentiasa berada di jalan yang lurus.Mungkin 'anda' semua sudah terlupa..tidak mengapa,manusia tidak pernah sempurna..Mungkin kini betul kata-kata 'hikmah' dahulu, 'Melayu Mudah Lupa'....
Tetapi saya tegaskan disini sebagai salah seorang anak bangsa yang berjiwa tinggi bersama-sama rakan-rakan seperjuangan yang lain betapa 'Bukan Hanya Melayu Mudah Lupa'..
Fikirkanlah..
Saturday, June 20, 2009
Pembuka Bicara Wajah Baru
Setelah lama berehat serta melakukan beberapa pemerhatian terhadap dunia luar serta isu-isu yang berlaku di sekeliling dalam tempoh masa yang terdekat ini, maka dapat saya simpulkan bahawa kita sebenarnya masih mempunyai harapan untuk membina sinar baru dalam kehidupan bernegara kita ini sama ada dalam bidang pendidikan ataupun politik.Walaupun begitu kekangan serta cabaran yang datang mungkin sedikit sebanyak menimbulkan beberapa kontroversi yang mampu menggugat usaha ke arah pelaksanaan cita-cita murni kita.
Isu yang akan saya bincangkan nanti sekadar mengupas dari pandangan sebagai seorang yang tidak berpihak kepada mana-mana pihak serta mengadili secara adil dan telus.Tiada ketaksuban dan fanatik kepada pihak tertentu dan juga tidak ada sebarang unsur kecenderungan terhadap golongan tertentu.Sekadar mengutarakannya bagi memberi ruang berfikir kepada kita semua agar kita sentiasa bertindak tanpa melibatkan emosi tetapi berlandaskan petunjuk Ilahi.Mencari jalan hidup yang lurus serta benar.Menyantuni akhlak Islamiyah.
Para pembaca sekalian,
Isu yang hangat dibincangkan sekarang ialah isu kerajaan perpaduan.Idea yang dicetuskan oleh Tuan Guru Haji Hadi Awang ini disokong oleh Ustaz Nasharuddin Mat Isa menjadi pemangkin kepada munculnya usaha-usaha untuk menyatupadukan kembali umat Islam di negara kita yang setelah sekian lama berpecah sesama sendiri sehingga melampaui batasan agama.Pelbagai kecelaruan yang timbul disebabkan perbalahan sesama kita sendiri pada waktu dahulu.Kekeliruan ini memecah-belahkan kita.Menjatuhkan kekuatan Ummah.Lahirnya ketaksuban yang melampau.Melupai sirah junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
Tetapi, setelah tercetus idea ini, segala kekusutan itu nampaknya kembali menyediakan peluang untuk kita merungkainya kembali menjadi satu.Secara peribadi, saya menyokong gagasan idea ini kerana ianya merupakan satu jalan yang membawa kepada perdamaian serta kesatuan umat Islam.Sebenarnya telah lama saya dan rakan-rakan segenerasi ingin melihat perpaduan ini termasuk kematangan dalam berpolitik oleh YB-YB dalam negara kita.Harapan yang ditaruh selama beberapa tahun dulu akhirnya semakin menjadi realiti.Syukur,Alhamdulillah.
Tetapi menjadi kebimbangan saya juga apabila ada pihak yang kurang bersetuju dengan idea ini.Mungkin mereka ada pendapat tersendiri.Tetapi pada saya, walau sebesar mana pun kesilapan itu dilakukan oleh musuh kita,tidak ada salahnya kita memaafkan mereka dan mencari jalan perdamaian selagi mereka mahukannya demi menjaga kemashlatan Ummah.Kebaikannya merupakan satu nikmat yang tidak terhingga bagi kami semua generasi muda yang suatu ketika dahulu dicelarukan oleh kamu semua wahai pemimpin-pemimpin ku dek permainan politik yang tidak mengenal lagi nilai agama.Ada yang melupakannya dan ada yang terlupa apa yang ada di dalamnya.
Sesungguhnya kita semua tidaklah maksum melainkan hanya para nabi sahaja.Jangan kita lupa bahawa kita manusia tidak sentiasa terlepas daripada karakter diri kita yang kita tidak sedari pada ketika tertentu.Ibarat kata orang, yang Bugis itu bengis orangnya, yang Arab itu kasar wataknya, yang Melayu itu lembut sikapnya.
Yang Nogori itu beradab orangnya, yang Melaka itu kasar bahasanya, yang Kelantan itu................gedeber, terkadang 'keras' hatinya, kadang-kala terlingkar di dalam relungnya sahaja...Oleh itu, ruang untuk kita memperbaiki kesilapan kita dek emosi kita, kelemahan watak kita ataupun kelalaian kita sentiasa terbuka daripada yang Maha Pengampun lagi Luas Rahmat-Nya, Allah s.w.t.Sekiranya kita masih lagi berdegil dengan melayani emosi kita, juga kepada pengikut-pengikut kita yang terlalu taksub, ingatlah, sesungguhnya kembali ke jalan Allah itu akan membuka kembali pintu hati kita yang berjerebu dek kealpaan kita mencari yang hakiki dan mengakui yang hak walaupun pahit untuk kita selama ini.
Maka, apakah tugas sebagai pendakwah ini harus kita berikan kepada orang lain yang tidak tahu pasal agama?Atau kita sendiri yang terlupa untuk bermuhasabah kembali tanggungjawab yang kita pikul sebagai seorang yang membawa panji-panji Islam?Atau kita sendiri sudah terlupa tentang perjuangan Islam kita?Fikir-fikirkanlah........
Tuesday, March 3, 2009
Berakhirnya Satu Kembara Ilmu di CFS PJ
Friday, January 30, 2009
'Kilang' Intelek Negara
Setelah sekian lama aku meninggalkan perbincangan tentang dunia intelektualisme dan sistem pendidikan, kini aku kembali setelah merasa keperluan untuk aku merentangkan sedikit 'buah' yang aku dapat selama pemerhatian aku semenjak berhenti menulis tentang pendidikan.
Pertamanya, isu yang secara jelas sering timbul, walaupun kadang-kadang ia tenggelam, namun hakikatnya,kita tidak dapat lari daripada menghadapi situasi ini selagi sistem pendidikan yang ada sekarang masih tidak direvolusikan atau dievolusikan menjadi lebih baik dan kembali ke arah kebenaran jalan keintelektualan. Isu yang aku maksudkan adalah 'kekakuan sistem pendidikan di negara kita' sehingga melahirkan begitu ramai generasi robot yang dikeluarkan secara besar-besaran daripada kilang yang bernama universiti.
Yang jelas, berdasarkan pemerhatian aku,betapa masih ramai di kalangan pelajar masa kini yang sebenarnya tidak mempunyai keupayaan untuk berdikari dalam mencari ilmu serta menentukan keputusan kehidupan berdasarkan asas ilmu serta kemahiran berfikir yang matang.Ya, ramai yang bijak dalam akademik, tapi tak ramai yang bijak dalam hidup.Kebanyakan yang bijak akademik di dalam sistem pendidikan ini sebenarnya lebih banyak kaku berbanding rakan-rakan mereka yang sebaya dengan mereka di negara lain.Disebabkan faktor inilah membuatkan mahasiswa kita pada hari ini hilang deria rasanya, hilang ketajaman akal fikirannya, hilang kematangan inteleknya dan juga mungkin hilang peribadinya.Semuanya kerana kesilapan besar dalam bidang ilmu yang telah berlaku di dalam penstrukturan sistem pendidikan negara kita.
Usah ditunding jari kepada pelajar-pelajar yang menjadi mangsa ini,ini bukan salah mereka.Tetapi muhasabahlah kembali sistem yang kita cedok dan ciptakan sendiri itu berteraskan akal sahaja tanpa merujuk kepada wahyu.Ibarat nasi sepinggan rasanya hanyalah kuah sesudu.Mengambil yang mana kita rasa hendak sahaja tanpa memikirkan betapa perlunya menggunakan nikmat yang diberikan kepada kita oleh Maha Pencipta.Akarnya, pemimpin dan mereka yang berkuasa dalam hal ini yang perlu bertanggugjawab.
Jika esok nanti lahir generasi yang hanya tahu bergerak berdasarkan program yang telah dicipta kita tanpa mempedulikan keperluan untuk mengubah cara pemikiran secara lebih dinamik dan luas, maka jangan dikesali lagi.Kerana pada waktu itu kita sudah ketinggalan sebanyak satu generasi secara minimumnya berbanding bangsa-bangsa maju lain yang menggalakkan budaya ilmu dan berfikir dan bukannya pemikiran 'rigid' yang kaku serta hanya berorientasikan peperiksaan, cgpa, sijil, kerjaya dan juga skema buku-buku lama tanpa berusaha menggerakkan tenaga dengan penuh kesedaran yang tinggi untuk menghidupkan budaya ilmu dan berfikir secara luas, matang, penuh intelek dan tinggi 'deria' rasa hakikat kehidupannya.
Maka dengan ini, saksikanlah peristiwa yang akan berlaku apabila keputusan SPM diumumkan nanti.Betapa kasihannya melihat berapa ramai yang telah dikongkong kehidupan ilmiah sebenar mereka semata-mata untuk berjaya di dalam sistem pengetahuan dan peperiksaan yang kaku.Masalah ini bermula dari sistem pendidikan rendah lagi.Selagi kita sombong dengan menafikannya, maka selagi itu kita akan tetap ketinggalan dan mungkin kesedaran itu hanya timbul 20 tahun lagi apabila bibit kehancurannya mulai terbentang.Semoga para pentadbir ini cepat sedar dan terbukalah dalam menerima cadangan serta kritikan untuk kita sama-sama memperbaiki kesilapan selama ini dan kembali membina generasi yang begitu mantap tahap inteleknya, ilmu, dan peribadi.
Kembalikan sekolah sebagai tempat yang cukup seronok untuk pelajar mengasah bakatnya, membina pemikirannya secara progresif, menambah sebanyak mungkin ilmu dengan keberkatan dan membentuk peribadi serta asas pemikiran yang mulia serta jelas.Bebaskanlah universiti ini daripada cengkaman intelektualisme yang kaku, kematian jiwa-jiwa kemanusiaan, keterbatasan belajar mengkaji kehidupan serta pembinaan produk yang hanya bersedia untuk pasaran tanpa menjadi seorang yang bernama MANUSIA.Fikirkanlah....
Thursday, January 22, 2009
Gaza Mengimbas
Selepas Israel berundur dari bumi Gaza, penunjuk ke arah kedamaian masih belum jelas.Sikap Yahudi yang terkeji seperti mana disebut dalam al-Quran, menunjukkan kepada kita petanda untuk kita lebih berhati-hati pada kemudian hari.Persoalan yang timbul sekarang, apakah penyelesaian kepada masalah dunia yang semakin bergolak ini?
Umat Islam pada hari ini sebenarnya telah ditipu pemikirannya oleh Barat.Kita dibaja dengan pandangan bahawa kita ini masih lemah.Kita tidak mempunyai kuasa.Kita tidak maju setanding dengan mereka.Kita umat yang brpecah-belah dan kita ditanam 'Mustahil untuk kita bersatu dan menang"!Maka mudahlah untuk kita pada hari ini dipermainkan oleh barat.Punca kepada masalah ini???Kenapa kita boleh jadi begini tanpa kita sedari????Senang sahaja jawapannya,kita buka balik sejarah peradaban tamadun dunia dan lihat balik rentetan peristiwa yang berlaku dari era pra-kejatuhan zaman khalifah uthmaniyyah sehinggalah kepada pembentukan negara bangsa yang digagaskan oleh barat setelah revolusi perancis.Kemunculan ideologi-ideologi yang mulai dipegang oleh para pemimpin dunia pada abad ke-18 mengukuhkan cengkaman penanaman benih kiblat barat terhadap umat Islam.Keberkesanan pelaksanaan ideologi kuffar oleh golongan ini membolehan mereka menguasai dunia pada ketika ini.
Tidakkah kita pelik dan janggal melihat betapa ramainya umat Islam di dunia ini atau secara spesifik dengan isu betapa ramai penduduk Islam Arabdi sekitr Israel, tetapi, mengapa kita tidak mampu berbuat apa-apa tatkla kekejaman secara jelas dan nyata berlaku di depan mata kita semua???Ketika piagam PBB dilanggar secara terbuka dan begitu biadap sekali oleh Israel dan Amerika, di mana pendirian kita semua ketika itu??Terutama pemimpin negara Islam?????Begitu lemah dan dayus kita pada hari ini apabila tidak mampu berbuat apa-apa ketika saudara kita disembelih di depan mata dan dalam masa yang sama kita masih lagi mengikut undang-undang ciptaan barat!!!Sungguh kita telah jauh tertipu dan terpedaya dengan mainan barat.
Apabila peluang untuk negara Islam bangkit kembali membina khilafah,kita masih lemah mengikut prosedur PBB yang jelas tidak lagi berdaulat walaupun pada mata undang-undang dunia.PBB jelas telah dicabuli!!!Tetapi pemimpin Islam kita takut.Takut untuk berjihad menghantar tentera ke Palestin.Takut untuk ke depan dengan keimanan tinggi untuk membina kembali Khalifah Islam di muka bumi.Takut untuk menegakkan kalimah Allah.Kita masih lagi dengan kedayusan kita berteriak seperti pondan di pentas PBB mengutuk kezaliman Israel.Suara kita tidak diendahkan tetapi kita tetap terhegeh-hegeh bersuara dengan prosedur ciptaan barat tersebut.Tidak sepatah pun kluar tentang JIHAD FI SABILILLAH!!!Mana perginya Islam kita???
Padahal di waktu PBB dicabuli secara jelas inilah dan bukti keganasan yang dirakam oleh lensa-lensa wartawan seluruh dunia inilah dapat kita ambil peluang untuk membantu saudara kita di Palestin mengikit cara Islam!!Mengikut ajaran al-Quran.Pada waktu itulah kita sepatutnya melancarkan jihad tanpa mempedulikan kuasa dunia dan undang-undang DUNIA!!Itulah waktu terbik untuk it perjuangkan kembali keadilan dan keamanan Undang-Undang ALLAH s.w.t.Pada waktu itulah peluang terbaik untuk kita berjihad membina Daulah Islamiyyah!!Menegakkan Kalimah Allah di muka bumi!!Tetapi dimana kita????Masih dayus ikut PBB.
Kita juga sering dimomokkan dengan ugutan atau alasan untuk melemahkan semangat kita kononnya kita tidak akan boleh menang kerana kita tidak ada senjata canggih seperti mereka kuasa dunia yang lain.Ingatlah wahai para mukminin,kemenangan itu bukan bergantung pada bilangan yang banyak atau kekuatan yang besar,tetapi kemenangan itu milik Allah.Ingatlah janji-janji Allah untuk memberi kemenangan kepada orang mukmin.Imbaslah kembali sejarah kemenangan umat Islam dalam perang Badar.Ingatlah kembali bagaimana umat Islam pada zaman dahulu dapat menewaskan tamadun ROM dan PARSI!!!yang mana kekuatan mereka seolah-olah Amerika(termasuk sekutunya) dan Rusia pada ketika ini!!!
Jadi, di mana keyakinan kita sebenarnya pada janji Allah????Soalan kepada pemimpin-pemimpin Islam, adakah kita sebenarnya betul-betul ingin melaksanakan Islam atau kita sebenarnya tidak berniat pun untuk melaksanakan sistem Islam secara menyeluruh walaupun untuk jangka waktu panjang walau di negara sendiri??Jika anda masih berdolak-dalik dan tidak memahami tentang peri pentingnya melaksanakan hukum Islam,maka secara berlembut kami sebagai rakyat menasihatkan anda untuk bermuhasabah diri kembali.Ingatlah wahai para pemimpin ku, hidup di dunia hanya sementara, akhirat kelak yang kekal jua...semoga kita akan bangkit sebagai mujahidin Islam yang akan menegakkan kalimah suci di atas muka bumi ini.Tiada pemimpin yang hebat melainkan anda benar-benar ikhlas melaksanakan Islam seperti perjuangan yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.aw dan para sahabat...salam peringatan...