Tuesday, July 8, 2008

Pendidikan dan Gender

Salam,

Maafkan saya kerana agak kurang berkesempatan untuk menulis di laman ini sejak akhir-akhir ini.Keadaan saya agak sibuk sedikit di samping menumpukan kepada beberapa komitmen lain.Seperti mana tujuan asal saya membina blog saya ini iaitu untuk memperjuangkan isu-isu kemasyarakatan terutamanya dari segi pendidikan,maka pada kali ini saya ingin membicarakan sedikit perihal isu yang masih belum selesai dan masih memperjuangkan tentang memupuk kesedaran serta mengubah mentaliti sesetengah masyarakat di negara kita ini terutama kepada golongan pertengahan yang menjadi majoriti kepada komposisi masyarakat di negara kita.Isu kali ini yang ingin saya bincangkan adalah masih mengenai 'pendidikan dan gender'.

Pertamanya, ketika isu mengenai kekurangan pelajar lelaki di IPTA dihebahkan di dalam media pada beberapa minggu yang lalu, saya merasa perkara ini masih lagi amat menjengkelkan dan masyarakat di negara kita masih tidak berubah dari cara berfikir mereka yang masih dipengaruhi oleh proses transisi ke arah masyarakat maju.Ini adalah salah satu kesan yang harus kita terima apabila sesebuah masyarakat mengalami keadaan transformasi dari membangun kepada maju.

Tidak dinafikan,sistem pendidikan di negara kita sebenarnya telah banyak memberi sumbangan terhadap pembangunan negara, tapi dari satu sudut lagi, sekiranya kita masih berterusan menggunakan sistem lama ini dan masih tidak mampu untuk melakukan perubahan kita sebenarnya akan terus ketinggalan berbanding negara2 lain.Matlamat kita untuk mencapai status sebuah negara maju dengan kestabilan dan keseimbangan dalam semua bidang yang dimiliki oleh sesebuah masyarakat tidak akan tercapai.Hakikatnya mudah untuk kita menjadi sebuah negara maju tetapi sukar untuk kita menjadi masyarakat yang maju.Ini semua bertitik tolak dari pemikiran kita yang masih lagi dibelenggu dengan pemikiran yang rigid serta tidak mampu berfikir dengan sendiri.Kita banyak menerima pengaruh2 yang disebabkan sistem monetry tidak kira dalam apa jua bidang.Kita masih menjadi masyarakat yang bergantung kepada indikator yang dimiliki dalam persekitaran kita sedangkan kayu ukur tersebut tidak semestinya betul.Masyarakat kita nampaknya masih ramai yang tidak berani dalam menerajui perubahan untuk kemajuan dan ketulusan dan segala bidang.

Ada kalanya ketika kita memberi peluang yang sama rata kepada semua, tetapi apabila sesuatu perubahan yang berlaku selepas itu dilihat agak berlainan, kita mempersoalkan semula tentang golongan yang 'dilihat' gagal dalam persaingan tersebut,tanpa kita menyedari bahawa golongan tadi sebenarnya sudah lama mampu bersaing dan mereka mengambil peluang di dalam bidang lain yang lebih terkehadapan.Ini hanyalah sebagai memperkuatkan sistem yang sedia ada.Jika kekurangan pelajar lelaki di IPTA menjadi persoalan besar kepada masyarakat,saya rasa teramat geli hati kerana pemikiran kita masih di takuk lama.Apakah menjadi satu masalah sekiranya pada waktu dahulu kita membuka peluang kepada semua golongan termasuk wanita untuk mencapai kejayaan dalam bidang pendidikan tetapi selepas beberapa tahun apabila nisbah perempuan melebihi nisbah lelaki di IPTA kita melihatnya sesuatu yang memalukan kaum lelaki???wajarkah???Apakah kayu ukur yang melihat jika kurangnya pelajar lelaki di IPTA berbanding pelajar perempuan merupakan satu kegagalan kepada pelajar lelaki???

Saya merasa pendapat ini agak terpesong kerana kita telah terlepas pandang dalam beberapa perkara semasa kita melakukan kesimpulan tersebut.Aspek pertama yang kita terlepas pandang adalah dari segi nisbah lelaki dan perempuan di negara kita.Bukan hanya pelajar tetapi dari segi keseluruhannya.Tetapi lebih tepat lagi jika kita mengkaji nisbah lelaki terhadap bilangan perempuan yang berada dalam umur golongan yang terlibat dan menerima pendidikan iaitu dari 16-24 tahun bagi mengkaji tentang pendidikan di universiti.Hari ini, nisbah lelaki dibandingkan dengan perempuan adalah 1:9, di mana bilangan perempuan yang 9 kali ganda melebihi bilangan lelaki.Jika kehadiran pelajar lelaki di universiti secara kesulurahannya hanyalah 20-30% berbanding pelajar perempuan dalam 50-70% maka ia satu perkara yang amat wajar dan 'amat normal'.Tidak ada apa yang pelik kerana nisbah bilangan manusia bernama lelaki memang sedikit berbanding perempuan.

Jika mereka memperkatakan tentang kegagalan lelaki maka saya rasa perkara itu tidak tepat kerana jika dikaji semula berdasarkan nisbah maka pelajar perempuan yang sebenarnya gagal kerana mereka sepatutnya menepati nisbah tersebut dari dahulu lagi.Tetapi nampaknya dunia masih dikuasai lelaki dalam pelbagai bidang termasuklah jawatan-jawatan tinggi seperti bos masih di dominasi lelaki,tidak tahulah saya mengapa dikatakan lelaki gagal.Pelik dan musykil.

Mungkin mereka jawab kembali bahawa sistem kuota untuk lelaki menyebabkan perempuan tidak memenuhi nisbah tersebut,tetapi, lihat pula kepada para pelajar yang berjaya di universiti dengan berkualiti serta seimbang dari pelbagai aspek,sekali lagi lelaki masih mendominasi walaupun bilangan mereka sedikit.Samada akademik ataupun kepimpinan.Hemm...timbul pulak keraguan saya terhadap kualiti pelajar perempuan ini dari segi keseimbangan...hemm...patutlah ramai graduan di universiti dianggap oleh kebanyakan majikan hanya sebagai graduan 'burung kakak tua' dan seperti 'robot' yang dikeluarkan dari kilang secara besar-besaran.Maaf jika pedas sedikit,tetapi hanya untuk menyatakan kenyataan.

Jika perkara sebegini yang menjadi persoalan maka kita tidak akan berhenti-henti berdebat mengani perkara ini.Jangan mudah emosi,sabar ye kerana kita perlu sama2 berbincang dengan telus dan saya hanya menimbulkan persoalan di atas yang kita tidak sepatutnya membahaskan hal ini secara pesimis.Saya tidak suka berbicara mengenai gender,teramat2 tidak suka jika masyarakat menilai dengan gender, kerana kita tidak akan maju dengan cara tersebut bahkan menyebabkan perpecahan.Saya terpaksa menjawab mengenai fenomena ini apabila ia melibatkan tentang mentaliti masyarakat.

Jadi sekarang kita tidak harus menimbulkan isu seperti ini lagi.Usahlah dicari titik pertikaian, kita samada lelaki atau perempuan harus bersatu padu untuk menjamin kesatuan dan kemajuan UMMAH.Sama-sama saling memerlukan.Kita bersatu atas dasar akidah, dan perkara ini seharusnya tidak ada dalam pemikiran kita sebagai seorang Muslim.Pemikiran feminimisme ataupun kelelakian tidak seharusnya diterima oleh umat Islam.Kita dalam Islam berjuang untuk satu Ummah tidak kira lelaki atau perempuan.Islam sendiri telah meletakkan keistimewaan yang dimiliki oleh masing2 dan kita saling memerlukan.Jangan ditimbulkan lagi isu yang jengkel seperti ini terutama di kalangan ahli-ahli intelektual kerana perkara ini kurang inteleknya.Justeru itu, saya berharap kita sama-sama menilai kembali persepsi kita serta mengubah mentaliti kita untuk menjadi masyarakat maju dan berjaya dunia dan akhirat.Fikir-fikirkanlah.....

No comments: