Friday, July 17, 2009

Perjuangan Bahasa, Bangsa dan Agama....

Salam

Erti sebuah perjuangan....
Berapa panjangkah sesebuah perjuangan itu perlu dilakukan?
Pahit..
Manis...
Duka..
Suka...
Nilai-nilai ini mewarnai hakikat perjuangan..sama ada bahasa...
Bangsa...atau..Agama.

Alhamdulillah, bersyukur terhadap Allah swt atas keizinan yang diberikan-Nya yang telah memberikan kemenangan kepada pejuang-pejuang isu PPSMI dalam negara kita pada baru-baru ini.Saya bersyukur kerana keputusan yang dilakuakn oleh Bapak Timbalan Perdana Menteri kita yang baru ini telah mengangkat kembali bahasa yang kita cintai ini.
Syukur...

Namun perjuangan belum tamat...'Kemerdekaan' telah kita kecapi semula setelah kita 'dijajah' sebentar seperti penjajahan komunis selama 14 hari pada waktu dahulu..kini Bahasa kita telah merdeka kembali..namun kini tanggungjawab kita semua kembali bermula..Kita mesti mengisi kemerdekaan ini dengan melahirkan anak-anak bangsa yang tinggi jati dirinya dan kuat pegangan agamanya.Jika tidak..kemerdekaan kita ini tidak mustahil diragut semula oleh spesies 'intelektual' tempatan yang tidak mempunyai tapak asas jati diri yang kukuh.Mungkin juga 'mereka' keliru tentang konsep 'ILMU' sehingga terlupa tentang kesan sesuatu pendidikan dan gaya hidup terhadap pembentukan 'pemikiran dan mentaliti' anak-anak bangsa yang memerlukan bimbingan kita semua.

Apakah mereka tidak pernah mengalami keadaan di mana mereka hidup susah?Atau mereka tidak merasa suasana 'Melayu' dalam hidup 'Melayu Baru' mereka?Atau mereka sendiri yang telah terjajah dek pemikiran 'Inggeris' yang diagung-agungkan sehingga memandang rendah kemampuan diri masing-masing?Sehingga satu ketika dulu mereka sentiasa menasihatkan rakyat supaya mengubah mentaliti mereka supaya mampu berdiri di atas kaki sendiri dan menjadi bangsa yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi.Kita daki 'Everest', kita terjun di kutub, kita renangi selat dunia, kita layari lautan dunia, kita cipta kereta nasional...

Namun, setelah itu semua kita capai, setelah rakyat telah berjaya mengubah sebahagian mentaliti mereka menjadi seperti mana yang pemimpin-pemimpin ini mahukan, mereka pula mengarahkan kita untuk kembali ke alam penjajahan.Seperti kata orang 'putih' , "back to the square one".Huhu..lucu,lawak, dan menghairankan!

Apakah atas kapasiti mereka ini telah membawa kemajuan kepada negara berdasarkan idea-idea mereka yang luar biasa sebelum ini yang telah berjaya mencapai kejayaan dan melangkaui pemikiran masyarakat pada masa tersebut maka mereka mempunyai kekebalan untuk menetukan nasib bahasa,bangsa dan pemikiran generasi muda kita pada masa hadapan?

Tidak!Tidak sama sekali kerana mereka juga manusia....yang mempunyai kelemahan.Terkadang mereka juga terlupa dan tidak nampak.Kami generasi baru yang lahir hasil dasar-dasar kemajuan bangsa yang mereka sediakan untuk kami pada kali ini memohon maaf.Kerana kami tidak akan bersama anda sekiranya anda melakukan sesuatu yang mampu memudaratkan generasi kita semua.

Kami berterima kasih kepada anda atas usaha selama ini menaikkan keyakinan bangsa ini terhadap kemampuan diri sendiri..tetapi kali ini izinkan kami mengingatkan kembali anda supaya kita semua yang di 'kiri' atau di 'kanan' sentiasa berada di jalan yang lurus.Mungkin 'anda' semua sudah terlupa..tidak mengapa,manusia tidak pernah sempurna..Mungkin kini betul kata-kata 'hikmah' dahulu, 'Melayu Mudah Lupa'....

Tetapi saya tegaskan disini sebagai salah seorang anak bangsa yang berjiwa tinggi bersama-sama rakan-rakan seperjuangan yang lain betapa 'Bukan Hanya Melayu Mudah Lupa'..
Fikirkanlah..