Salam,
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Hari ini,air mata ini mengalir lagi, hati ini hampa dan kecewa, apbila ku lihat sana-sini, manusia angkuh bermaharajalela.Diri ini bukan sempurna, tidak terlepas dari salah dan dosa, tetapi seeloknya kita sentisa bertaubat mengingati Tuhan Yang Maha Esa.Ya Allah, apakah hari ini bangsaku akan runtuh?Apakah hari ini umat ini sudah tidak kenal erti agama?Apakah hari ini umat ini hilang rasa takut dan berdosa?Aku memohon ampun pada Mu Ya Allah atas segala dosaku.
Aku sedih dan insaf, betapa aku juga banyak berdosa.Ya Allah, jauhkanlah aku dari jalan orang yang kau murkai dan jalan mereka yang sesat.
Hari ini setelah fatwa mengenai yoga dikeluarkan, air mata ini mengalir kerana melihat saudara-saudari seagamaku, seolah-olah tidak mengerti erti agama.Jika jahil, bukan merendah diri, tetapi semakin sombong.Jika aku lihat tentangan daripada orang yang tidak seagama melakukan perkara begitu hati ini masih boleh bertahan.Tetapi malangnya, saudara-saudariku sendiri begitu berani menentang alim ulamak.Masya-Allah...
Aku tidak mengerti,apakah ini tandanya dunia kini semakin ke penghujungnya?Siapakah kita ini yang layak untuk membahaskan ketetapan hukum syariah?Siapakah kita ini untuk membuat penilaian berdasarkan kaca mata kita sendiri demi memenuhi keperluan diri sendiri?Siapa kita untuk membantah keputusan ulamak?Siapa kita untuk memutuskan sesuatu hukum agama?Siapa kita???!!!!Baca al-fatihah pun kita sendiri belum tentu betulnya sebutan dan makhrajnya,apatah lagi ingin membantah sesuatu fatwa yang dikaji oleh mereka yang alim dalam bidang agama?Sedalam mana sangatnya ilmu kita tu kalau nak dibandingkan dengan para mufti?Jika ingat diri sudah tahu menilai sendiri tentang agama ini, berapa banyak hadis yang kamu(golongan membantah) telah hafal?Berapa banyak ayat yang kamu ingat?Berapa banyak kitab yang kamu belajar?Berapa pondok yang pernah kamu pergi?Berapa mursyid yang pernah kamu jumpa?Siapa kita ni???Solat, puasa pun belum tentu sempurna kita kerjakan.Tetapi persoalan yang pelik yang timbul daripada isu ini, ialah betapa benda yang semudah itu pun sukar diterima oleh manusia2 pembantah ini.Sedangkan tanya budak sekolah menengah pun tahu apa panduannya.Iman itu meyakini dengan hati,mengakui dengan lidah dan mengamalkan dengan perbuatan.Jika unsur dalam senaman yoga itu sendiri ada unsur yang menjejaskan akidah,walaupun terlindung dan telah diadaptasi untuk dijadikan senaman,namun hakikatnya perkara itu tetap haram.Apa yang lebih kita sayang?Agama atau duit?Agama atau kepuasan?Agama atau keegoan?Agama atau kejahilan?Siapa kita???
Saya tersangat bersimpati dengan nasib yang terpaksa dialami oleh para mufti dan alim ulamak.Mereka dikecam oleh umat sendiri yang jahil dan disokong oleh golongan bukan Islam.Sabarlah wahai alim ulamak, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa.Aku bersyukur kerana mereka ini masih ada kerana berani menegakkan kebenaran dan menjaga agama Allah ini.Mereka telah laksanakan tanggungjawab untuk memandu umat dengan betul.Walaupun agak bersedih terhadap sikap umat Islam yang kurang berani dan membiarkan agama ini serta kurang lantangnya mempertahankan institusi fatwa ini berbanding mempertahankan agenda perkauman(assabiyah), tetapi aku rasa bersyukur kerana alim ulamak kita begitu berani menjaga akidah umat Islam.Semoga Allah berikan kita kesabaran dan kekuatan untuk terus berjuang menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini.Wahai saudaraku,biarlah kita ini tidak sempurna dan banyak melakukan dosa, tapi jangan sesekali sombong dengan hukum agama Allah.Walaupun kita sedar diri ini banyak dosa,namun jangan kita malu untuk membersihkan jiwa kita untuk kita bersama-sama berjuang bagi mempertahankan Islam di negara kita.Melayu mulia kerana Islam.Melayu hancur jika tinggalkan Islam.Islam agama syumul membatasi sempadan bangsa dan warna kulit.Hanya Islam jalan yang benar.Semoga kita semua dipandu Allah dan semoga kita diberi kekuatan oleh Allah untuk berjuang bagi agamaNya.Amin