Wednesday, September 10, 2008

Salam,

Mengenangkan keadaan kian parah, sejarah negara kian dilupa, pengorbanan nenek moyang semakin diabai, pemimpin Melayu semakin takut, semangat Melayu kian luntur, keris lambang peradaban orang Melayu dicium di dalam negara sendiri ditakuti, menyeru kepada permohonan maaf dari bangsa sendiri, sejarah diucap tidak bererti,dipandang serong golongan dengki,pemimpin sendiri hilang budi,ke mana Maruahnya kita sebagai orang Melayu, agama Islam kian digugat di dalam negara sendiri, kita diancam atas bumi sendiri...Maka Melayu Hilang Erti...kembali mengenangkan kesedihan atas lunturnya semangat dan keberanian Orang Melayu, lantaran hilangnya keberanian umat ini, maka saya paparkan disini sebuah lirik lagu untuk dikenangi bersama sewaktu zaman kita berkobar berapi-api....hayatilah...

WARISAN

Anak Kecil Main Api
Terbakar Hatinya Yang Sepi
Airmata Darah Bercampur Keringat
Bumi Dipijak Milik Orang

Nenek Moyang Kaya Raya
Tergadai Seluruh Harta Benda
Akibat Sengketa Sesamalah Kita
Cinta Lenyap Di Arus Zaman

Indahnya Bumi Kita Ini
Warisan Berkurun Lamanya
Hasil Mengalir Ke Tangan Yang Lain
Pribumi Merintih Sendiri

Masa Depan Sungguh Kelam
Kan Lenyap Peristiwa Semalam
Tertutuplah Hati Terkunci Mati
Maruah Peribadi Dah Hilang

Kini Kita Cuma Tinggal Kuasa
Yang Akan Menentukan Bangsa
Bersatulah Hati Bersama Berbakti
Pulih Kembali Harga Diri

Kita Sudah Tiada Masa Majulah Dengan Gagah Perkasa
Jangan Lalai Teruskan Usaha
Melayu Kan Gagah Di Nusantara (3x)



Sunday, September 7, 2008

Setelah 51 Tahun,Generasi Majmuk dan Kekeliruan

Salam,
Setelah lama saya tidak mempunyai 'blogging will' kerana kesibukan masa dan kekeringan isu yang saya ingin utarakan, namun kali ini fenomena dalam negara merangsang saya untuk kembali menulis bagi menyedarkan sekalian sahabat-sahabat sebangsa saya, dan juga ahli2-ahli anggota majlis perwakilan rakyat Malaysia amnya.Hari ini ,hati saya terasa sedikit pedih ,mujur puasa memberi saya kekuatan unutk terus bersabar.Dalam minggu ini, satu isu yang cukup megghairahkan berkenaan sejarah bangsa telah hangat ditimbulkan oleh mereka-mereka yang tidak tahu beryukur.Sungguh pedih.Hakikatnya saya tidak suka membincangkan tentang isu perkauman atau mengenai bangsa, kerana skop yang sebenar yang patut dituju adalah ummah, tanpa mengira bangsa.Tetapi disebabkan melihat senario pada hari ini menunjukkan ada orang cuba memutarbelitkan fakta sejarah yang kita pelajari sendiri di sekolah suatu ketika dulu, saya berasa amat gusar dan semakin membara kemarahan disebabkan ada manusia-manusia ini yang ingin menghapuskan identiti kita sebagai orang Melayu dan Islam.Koh Tsu Koon, begitu rancak membidas ucapan yang dibuat oleh Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail mengenai orang Cina ini 'menumpang'.Memang itu fakta sejarah dan cara diucapkan oleh
Datuk Ahmad Ismail ini adalah dengan cara yang betul dan bukan menghasut untuk perkauman.Ia sengaja dimanipulasi oleh mereka-mereka yang berasa tergugat.Saya bukan ingin membela beliau tetapi saya membela apa yang beliau katakan.Sejarah tetap sejarah,sesiapa yang melupai sejarah pasti akan melakukan kesilapan yang sama berulang kali.Kaum Melayu dan Bumiputera adalah penduduk asal Tanah Melayu ini.Bangsa-bangsa lain merupakan pendatang yang telah diberi kerakyatan hasil tolak ansur orang Melayu.Sungguh meluat saya dengan mereka yang tidak tahu bersyukur ini.Apabila mereka menyentuh hak-hak kita dan juga mempermainkan sensitiviti kita, mereka lantang bersuara.Tetapi apabila kita memprotes, mereka menyalahkan kita seolah-olah kita tidak berhak di atas tanah air sendiri.Kini, malang seribu kali malang, Datuk Ahmad Ismail bakal disiasat oleh polis atas dakwaan menghasut berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh bangsa yang menumpang di negara kita sendiri.Sedih, mungkinkah kita akan dijajah lagi???Mungkinkah kita akan dibuang lagi dari Tanah Air sendiri??Mungkin suatu hari nanti, para PATI dari indon,bangladesh dan sebagainya pula yang akan mendakwa kita di tanah tumpah darah kita sendiri.Kata Ibnu Khaldun dalam bukunya Mukaddimah,50 tahun kedua adalah saat2 bermulanya keruntuhan sesuatu bangsa,50 tahun ketiga maka runtuhlah kita jika kita tidak sedar dari sekarang.Hemmmm...51 tahun negaraku merdeka....;-( ...Melayu Takkan Hilang di Dunia....memberi maknakah kepada Melayu 'Baru'??? fikirkanlah.....