Wednesday, April 23, 2008

Ada PhD belum tentu cendekiawan

salam,kali ni,aku menjumpai satu lg post yg agak menarik untuk dikongsikan bersama anda semua.Post yang ditulis oleh profesor di bahagian sosial dan pembangunan masyarakat(lbih kurangla department dia tu,xtulis lak kat laman web,tp ada kat dalam paper utusan malaysia yg hari aku post ni,hari nila,hehe) universiti teknologi petronas ni boleh kita jadikan sbgai salah satu makanan untuk pemikiran kita mngasah lagi ketajaman intelektual dan keupayaan untuk membuat pertimbangan dalam mngambil keputusan hidup serta mncambahkan pandagn2 yg dapat mmbntu kita semua dalam mnjalani khdupan yg x menentu keprluannye.selamat membaca dan fikir2kanlah :-)

Ada PhD belum tentu cendekiawan

Oleh A. MURAD MERICAN

TIDAK dapat dinafikan bahawa ijazah doktor falsafah (PhD) mempunyai nilai yang tinggi dan amat berguna kepada kesejahteraan kehidupan manusia. Dan terdapat pelbagai pandangan dan perspektif tentang ijazah tersebut seperti yang telah diajukan dan dibincangkan sebelum ini. Namun terdapat beberapa aspek yang perlu diperjelaskan dari penulisan Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil yang bertajuk Bukan mudah dapat PhD (Utusan Malaysia, 14 April).
Beliau menyatakan bahawa pensyarah yang tidak mempunyai PhD 'belum sempurna keilmuannya' kerana seseorang itu tidak didedahkan dengan kaedah pengajian dan penyelidikan. Sebenarnya, ilmu yang ada pada seseorang itu tidak akan sempurna, tidak kira sama ada seseorang itu memiliki ijazah atau tidak.
Di Malaysia, segulung ijazah PhD dianggap sebagai puncak kejayaan dan kesempurnaan seseorang dari segi kebijaksanaan dan keilmuannya. Tetapi adapun pendapat yang menyatakan bahawa segulung ijazah, apatah lagi PhD merupakan permulaannya pencarian ilmu atas perasaan ketidaksempurnaan ilmu yang sedia ada pada seseorang itu.
Dalam kita mengukur keupayaan seseorang guru di universiti misalnya, keperluan PhD tidak sama dengan sumbangannya kepada kesarjanaan. Umumnya, PhD adalah satu kelayakan dalam bentuk ijazah yang dianugerahkan kepada seseorang itu apabila beliau telah menyempurnakan keperluan dan syarat-syarat dari sesebuah universiti. Salah satunya ialah menyiapkan tesis di bawah seorang penyelia atau beberapa orang (mungkin dua atau lebih) yang bertindak sama ada sebagai penyelia bersama, atau penyeliaan oleh sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada beberapa sarjana.
Ijazah doktor falsafah pertama dianugerahkan oleh Universiti Paris tahun 1150. Bagaimanapun, gelaran 'PhD' hanya membawa maksud yang diterima pada zaman ini sebagai ijazah tinggi kedoktoran bermula dari amalan universiti-universiti di Jerman.
Apa yang perlu dimaklumkan di sini ialah ijazah PhD diberikan kepada seseorang pelajar yang telah menamatkan sesuatu kajian pasca siswazah dan dengan jayanya mempertahankan tesis beliau yang mengandungi kajian asli dalam bidang sains atau ilmu kemanusiaan.
Di Eropah moden, amalan tersebut dimulakan pada abad kesembilan oleh Friedrich Wilhelm University di Berlin. Amalan penganugerahan ijazah PhD itu kemudiannya digunakan oleh Yale University tahun 1861 dan kemudiannya di United Kingdom pada tahun 1917.
Tidak semestinya sesebuah tesis itu menghasilkan teori baru. Penulis Dr. Mohamed Azam menyatakan "…kalau ia tidak membuahkan satu teori baru, ia tidak dianggap tesis PhD". Apa yang pentingnya di sini ialah sesebuah tesis itu merupakan sesuatu penyelidikan asli yang menjurus kepada sesuatu penemuan atau tafsiran yang belum pernah wujud sebelumnya.
Juga perlu disebutkan bahawa ijazah PhD bukanlah tanda aras bagi seseorang itu 'dianggap sebagai seorang scholar'. Perlu kita ingat bahawa seseorang yang memperolehi ijazah PhD tidak semestinya seorang sarjana, ilmuwan atau cendekiawan.
Malangnya di Malaysia misalnya, ramai yang menganggap mereka ataupun diri mereka sendiri itu sebagai sarjana atau cendekiawan selepas memperolehi PhD. Sebenarnya, seseorang itu menjadi sarjana - dalam erti kata kewujudan ciri-ciri kesarjanaan sebelum memperolehi ijazah PhD.
Dan kita perlu ingat, ijazah kedoktoran seperti D. Econs (Doktor Ekonomi) atau D. Sc.(Doktor Sains) adalah lebih tinggi daripada ijazah doktor falsafah. Daripada apa yang diperhatikan, walaupun pada umumnya, setiap penyelidikan ke arah menghasilkan sebuah tesis itu perlu merangkumi dimensi-dimensi falsafah seperti epistemologi, ontologi, aksiologi, teleologi, tidak semua lulusan PhD perlu melalui pengalaman pembelajaran seperti itu.
Dan ini banyak bergantung kepada tradisi sistem, dan keperluan universiti dalam mengendalikan program ijazah tinggi.
Dalam sistem sesebuah universiti dalam atau luar negara, terdapat pelbagai pendekatan dan prosedur, serta mazhab pemikiran yang mempengaruhi, menentukan dan mencorak topik penyelidikan.
Apa yang penting ialah negara dan masyarakat kini memerlukan kualiti pemikiran yang tinggi, menyeluruh dan merentasi pelbagai pembahagian disiplin. Dan ini tidak semestinya diterjemahkan dengan kuantiti mereka yang memperolehi PhD. Kemajuan dan gagasan yang ada pada sesebuah masyarakat dan negara itu bukan bergantung kepada sekeping ijazah hasil daripada kepayahan menjalankan penyelidikan bertahun-tahun lamanya.
Walaupun PhD itu penting sebagai satu proses dan keperluan sesuatu sektor bidang ilmu dan amali untuk kesejahteraan masyarakat dan kemanusiaan, ia bukanlah satu izin berbahas tentang apa sahaja atau menggelar diri itu sebagai cerdik pandai dan mahir kepada semua bidang dan kepakaran kehidupan.
Sebenarnya, ijazah PhD perlu menyedarkan kita betapa kerdilnya ilmu yang ada pada kita ini. Kita perlu sedar bahawa kita ini miskin ilmu, tidak kira betapa tinggi kelulusan kita. Pengajarannya ialah kemiskinan ilmu yang ada pada kita merupakan pencetus kepada kesedaran tentang kekayaan ilmu di alam semesta ini.
Juga, ramai pemegang PhD berhenti menulis setelah memperolehi ijazah. Dan penulisan akademik dan kesarjanaan dalam bentuk buku ilmiah dan jurnal-jurnal tidak menjadikan seseorang itu sebagai sarjana dan cendekiawan.
Kita boleh menggalakkan penulis dan wartawan memiliki ijazah PhD. Yang membezakannya ialah kecenderungan berfikir dan berhujah dalam melihat sesuatu permasalahan itu serta menawarkan perspektif dan cara-cara menangani dan mengatasinya. Fakir miskin akan melihat kepada khazanah dan kekayaan dunia bagi mengatasi masalahnya.

Monday, April 21, 2008

peringatan tuk diri sendiri di kala kegagalan menjelma

Menangani tekanan kegagalan peperiksaan

Oleh: MOHD. FARID MD. ALIAS

Setiap pelajar tentunya mengidamkan kejayaan dalam peperiksaan. Bagi pelajar sekolah, mereka berhadapan dengan peperiksaan umum seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) sepanjang tempoh persekolahan.

Bagi pelajar kolej atau universiti, peperiksaan akhir semester adalah salah satu komponen utama dalam penilaian subjek diambil.

Tekanan emosi terhadap peperiksaan boleh berlaku sejak bermulanya persiapan pelajar seperti pada awal tahun sehingga selepas menerima keputusan peperiksaan. Namun cabaran emosi sedemikian boleh disifatkan semakin memuncak ketika tarikh peperiksaan atau tarikh pengumuman keputusan semakin hampir.

Perspektif masyarakat hari ini cenderung melihat pencapaian anak-anak dalam peperiksaan sebagai kayu pengukur kejayaan mereka. Pelajar yang berjaya mendapat seberapa banyak A bakal berasakan harga diri meningkat serta mendapat pengiktirafan daripada keluarga dan masyarakat.

Bagi yang kurang cemerlang pula, mereka mungkin berasa rendah diri atau disisihkan. Akibatnya, mereka mungkin mengalami tekanan perasaan yang amat kuat. Sekiranya tekanan perasaan tersebut tidak dapat dikawal lagi, maka mereka mungkin mengambil tindakan di luar kawalan sebagai cara untuk melepaskan tekanan.

Kita tidak mahu kelak peristiwa pelajar membunuh diri akibat tekanan berkaitan peperiksaan berulang lagi. Persoalannya, bagaimanakah caranya kita membantu para pelajar dalam mengawal emosi agar tindak tanduk mereka sentiasa berada dalam kerangka kewarasan akal fikiran.

Oleh yang demikian adalah amat penting bagi pelajar Muslim mempunyai motivasi yang terbimbing dalam menghadapi cabaran dunia pembelajaran. Dengan memahami konsep menuntut ilmu demi memenuhi tuntutan agama maka kita akan lebih bersemangat serta bertawakal dalam proses pembelajaran kita.

Walau apa pun ganjaran berbentuk kebendaan seperti gred A yang kita inginkan hasil kejayaan kita cemerlang dalam peperiksaan, kita perlu ingat bahawa ganjaran tersebut hanyalah merupakan alat untuk menambah motivasi kita untuk terus berusaha.

Namun matlamat atau niat sebenar kita untuk belajar perlulah dibetulkan iaitu semata-mata kerana Allah. Hadis Rasulullah s.a.w bermaksud, “menuntut ilmu itu adalah wajib bagi setiap Muslim”. Maka urusan belajar itu sendiri menjadi ibadah dengan niat dan cara yang betul.

Faktor niat ini juga dapat mempengaruhi cara penerimaan kita terhadap apa jua keputusan yang diterima kelak. Seandainya matlamat utama kita ditetapkan atas dasar gred A semata-mata, apabila kita gagal mencapainya maka kita mungkin akan berasa amat kecewa.

Hal ini mungkin mendorong ke arah perasaan putus harapan atau menyalahkan takdir. Tetapi sikap sedemikian bercanggah dengan apa yang dianjurkan dalam Islam. Islam sebaliknya mengajar umatnya untuk berusaha sebaik mungkin dan bertawakal kepada Allah terhadap hasil yang bakal diterima.

Pada dasarnya segala kurniaan Alah sama ada berbentuk kesenangan atau kesusahan merupakan ujian untuk kita.

Jika kita mendapat nikmat kesenangan adakah kita bersyukur dengan nikmat tersebut atau adakah kita menjadi semakin lalai daripada mengingati Allah? Jika kita mendapat ujian kesusahan adakah kita bersabar dan terus berusaha atau adakah kita berasa keluh kesah dan berputus asa?

Sebagai pelajar, keputusan peperiksaan yang kita terima juga adalah ujian untuk kita. Adakah kita bersyukur kepada Allah, merendah diri dengan keputusan yang cemerlang atau kita mendabik dada, berbangga-bangga serta berasa takbur dengan usaha kita selama ini.

Bagi yang berjaya, kita seharusnya bersyukur atas kejayaan tersebut dan bersimpati terhadap mereka yang kurang berjaya. Kita juga tidak sepatutnya berbangga-bangga atau menunjuk-nunjuk kejayaan tersebut kerana ia boleh menimbulkan rasa sakit hati atau jelik insan lain yang kurang bernasib baik.

Walaupun usaha gigih kita selama ini ternyata membuahkan hasil, namun kita harus sedar bahawa segalanya datang dari Allah. Kejayaan kita juga adalah dengan izin-Nya. Usaha kita hanyalah sebagai asbab kepada kejayaan tersebut.

Walhal dengan usaha yang sebaik mungkin namun Allah menetapkan rezeki kita tidak seperti yang kita harapkan, maka hal tersebut akan berlaku jua. Jalan yang terbaik adalah dengan berasa reda dengan apa jua keputusan yang didapati, kerana Allah mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

Perasaan sedih yang dialami bagi mereka yang gagal mencapai matlamat peperiksaan pula adalah satu perkara yang normal. Di sini kesabaran kita menjadi benteng pertahanan daripada kesedihan yang melampau dan keluh kesah.

Dengan memahami bahawa keputusan tersebut sebagai satu ujian serta memerlukan kita untuk bersabar dan bermuhasabah, maka kita akan berasa lebih tenang malah mendapat ganjaran pahala atas kesabaran kita.

Justeru, konsep qada dan qadar perlu difahami oleh para pelajar agar tekanan emosi yang dialami akibat keputusan peperiksaan yang kurang memberangsangkan dapat dikawal dan disalurkan kepada cara yang betul.

Ada juga yang tidak ambil kisah akan keputusan yang didapati, namun hal ini juga merupakan satu kerugian kerana tidak mempelajari hikmah serta melakukan muhasabah daripada pencapaian sendiri. Kegagalan mencapai matlamat peperiksaan perlu dilihat sebagai satu maklum balas berkenaan usaha yang kita telah lakukan selama ini.

Peranan Ibu Bapa

Dalam hal ini, para ibu bapa berperanan untuk memberikan kata-kata perangsang kepada anak-anak agar terus berusaha untuk peperiksaan yang akan datang.

Ibu bapa juga perlu menyedari bahawa kepintaran atau kreativiti pelajar bukan sahaja tercermin oleh keupayaan mereka untuk menjawab soalan peperiksaan semata-mata.

Sememangnya terdapat sebilangan anak-anak dengan kurang potensi dalam akademik. Anak-anak sedemikian perlu diterokai dan diasah bakat dan potensi mereka dalam bidang lain yang bermanfaat agar kelak tetap menjadi insan yang berguna.

Selain itu, ibu bapa juga perlu menjadi tempat anak-anak berkongsi permasalahan dalam pelajaran mereka. Peranan sedemikian dapat berlaku dengan adanya suasana yang sihat dalam hubungan kekeluargaan.

*Kesimpulan

Tidak dinafikan bahawa kejayaan dalam peperiksaan adalah penting bagi menjamin masa depan yang lebih cerah serta menjadi tiket melangkah ke tahap pembelajaran yang lebih tinggi.

Namun pada masa yang sama pelajar Muslim perlu memahami kembali tujuan mereka belajar agar dapat sentiasa dihubungkan dengan matlamat hidup sebagai seorang Muslim.

Insya-Allah dengan niat serta kaedah pembelajaran yang betul kita bukan sahaja akan beroleh keputusan yang cemerlang malah mendapat ganjaran pahala serta keberkatan atas usaha kita.

Sunday, April 20, 2008

SENARIO PENDIDIKAN GENERASI PERALIHAN

Salam,pertamanye,isu pendidikan di malaysia adalah satu isu yg perlu dititkberatkan dalam menghadapi era globalisasi dan situasi pasca tsunami politik malaysia.saya melihat perkembangan pendidikan di malaysia ada kalanye membimbangkan.

Senario pendidikan di malaysia telah melahirkan golongan burung kakak tua,iaitu golongan yang disuap dgn soalan2 latih tubi,pendidikan yg berorientasikan peperiksaan,pengaruh monetry sistem dalam masyarakat sehingga membentuk pemikiran generasi pertengahan iaitu kbnyakannnye kaum ibubapa untuk meletakkkan skop kejayaan itu sendiri.Tanpa disedari mereka telah mngecilkan agi skop kejayaan itu sendiri.


Sebagai contoh,berdasarkan pengalaman saya sendiri,di waktu persekolahan peringkat rendah lagi,kita dapat lihat bhwa ibu bapa telah menetapkan cita2 untuk anak2 mereka,hampir 98% drpd para pelajar mengangkat tgn apabila ditanya mengenai cita2 untuk menjadi doktor,sedangkan profesion lain yng tidak kurang hebatnye tidak mendapat sambutan di kalangan mereka.Perkara ini berlanjutan sehinggalah ke peringkat persekolah menengah.Anda lihat sendiri,berapa ramai antara pelajar2 ini apabila ditanya mgenai matlamat merea untuk cemrlang dalam spm adalah disebbkan keinginan tuk menjadi dr.Dan ada antara mereka apabila ditanya mengapa anda berminta untuk menjdi dr,jawapanye senang,"saya pun tak tahu".ini bukan jwpn yg tergolong dalam kelas minoriti,tp cuba kelaskan ia bersama jwpn2 lain yg menunjukkkan bhw mereka mgmbil medic ni hnya krn keinginan ibubapa,matlamat xjelas dan pandgn tinggi mkat.

Klu xdapt jd dr dah dikira GAGAL!mskat terlalu awal melabel generasi2 ni dgn status 'Gagal'.Padahal perjalan mereka masih pnjg,apakah hnya dgn mnjadi dr shaja akan berjaya?adakah dr benar2 berjaya?mngapa mskt kita masih lg tidak luas pemikiran mereka sedangkan untuk membina sebuah mkat maju kita perlu menganjak pemkiran kita ke kdpn ,mengapa hanya kejayaan itu,di kbnykan benak fikiran ibu bapa adalah dr?

Pd pndpt sy sndiri,kita perlu berubah,untuk mnjadi mkt maju,kita perlukan mkat yg menyelidik,mncipta,menyumbgkan teknologi serta mmperkembangkan ilmu sains.lebih relevan sekiranya kita mnanam cita2 tuk anak2 kita nanti supaya bila kamu besar nanti kamu jadilah seorang PROFESSOR,ataupun SAINTIS.klu dbndingkan anatara keperluan kedu2 sumber manusia ini,kita masih terlalu kekurangan Saintis.ngara maju adalah negara yg digerakkkan oleh saintis2.dan tanpa melupakan soal2 penekanan nilai2 moral n aspek2 murni peribadi.Hal ini juga smkin tandus dalam sistem pendidikan kita hari ni disebbkan terlau mengejar'A'!

Bukannye tujuan saya untuk menafikan cita2 mereka yg murni untuk mlahirkan anak2 sbg dr,dr itu sungguh mulia kerjanye.Tetapi jgnlah sampai kita membentuk lingkaran pengaruh dalam masyarakat sehingga mengecilkan lagi skop kejayaan.setiap manusia ada kelbihannye.Berilah peluang kpd generasi muda ini untuk menentukan yg mane terbaik tuk mereka n yg mane mmpunyai peluang yg crah untuk diasah bakatnye.jgn sampai sistem monetry mmpgaruhi khdupan anak2 kita,yg mnjadi magsa adalah para pelajar.

Justeru itu,sbg mbuktikan pndgn ni,sy ajak sama2 rakan2 blogger yg lain,cuba kita lihat balik dalam khdupan kita,betulkah prkara ni terjadi.lihat sama da di pjabat,apabla kita brbncg ng rkan2 sekerja tntg perihal ank2 masg2,pernahkah terlintas di fikiran kita ataupun sms prbincgn kita,bhw jika anak aku xberjaya mgmbil medic,maka anak aku xcemerlang.jika anak meraka mgmbil medic,maka snjungan merata2 serta pndgn terlalu tinggi thdp kursus itu telah menyerongkan pandangan kita thdp prestijnye kursus lain.Pada hemat saya,kursus yg paling bertprestij adalah kursus 'KEHIDUPAN'.kursus yg mngajar bgaimana ingin mjdi manusia brjya dalam semua aspek,bgaimana mgatasi mslah rumah tngga,bgamaina ingin mlahirkan anak2 cemerlang dan berperibadi mulia,bgaiman membina kekuatan jiwa,bgmana beraninye kita mghadapi kegagalan!kerana semua itu adalah ujian TUHAN YANG MAHA ESA.fikirkanlah,wassalam.